>> Thursday, July 29, 2021

 


JANGAN HANYUT  SEPERTI  KAPARAN SAMPAH



 

 






Mereka yang pernah hidup di panggir sungai tentu sering melihat kaparan-kaparan sampah-sarap yang sering hanyut dibawa air yang mengalir.



Air mengalir dari hulu ke hilir, menghanyutkan semua benda yang terapung di atasnya.



Dari ulu, terutama di musim banjir sampah sarap akan berkumpul menjadi kaparan dihanyutkan air ke hili atau ke kuala, sampai ke laut kalau tidak yang menghalang.



Sampah sarap itu terdiri daripada berbagai--bagai benda, yang terbuang.



Ia akan hanyut dibawa arus, mungkin terdampar  di tanah-tanah tinggi dan kering, di dahan-dahan pokok dan ranting-ranting kayu, di pokok-pokok yang tumbang dan sebagainya.



Begitulah nasib kaparan sampah, tidak dapat menentukan hal tujunya sendiri.



Sungguh malanglah kalau ada hamba-hamba Allah yang menjadi seperti kaparan sampah yang kehilangan arah dan tuju. Terlalu hina dan keji.



Mereka menjadi seperti sampah sarap kerana asyik dengan menari mengikut gendangan syaitan yang terkutuk.



Dalam perjalanan hidup itu dia telah diperdayakan oleh syaitan, persis air sungai yang menghanyutkan dirinya yang menjadi seperti sampah sarap. Ke mana air mengalir ke arah itulah dia hanyut.



Seperti biasa syaitan akan memperdayakannya melakukan kerja-kerja terlaknat dalam memburu nikmat dunia. Sememangnya semua perbuatan melanggar perintah Allah akan dirasakan begitu manisnya.



Dalam perbuatan terkutuk ini syaitan akan membuat mereka merasa bahawa usianya masih muda, tenaganya masih kuat, masa matinya masih jauh, tidak perlu ditakuti.



Di samping itu syaitan juga menggambarkan bahawa masa untuk bertaubat kepada Allah itu sentiasa terbuka untuk semua manusia sepanjang masa. Bila-bila masa sahaja.



Sedangkan syaitan tidak pernah mengajak manusia untuk bertaubat, malah menjauhkan manusia dari bertaubat.



Dalam hidup ini orang-orang seperti ini tidak pernah merasa Tuhan itu sentiasa ada bersamanya, di mana sahaja dia berada. Justeru itu dia boleh berbuat apa sahaja sesuka hatinya, tanpa mengira baik atau buruk. Baik pun serupa, jahat pun serupa.



Orang ini akan membantah jika disebut Syurga dan Neraka, dan menuduhnya sikap itulah menyebabkan orang Islam  lemah di dunia ini, kerana selalu mengingat syurga dan neraka. Merugikan. Kata mereka persetankan semuanya.



Dan akhirnya mereka akan menanfikan adanya Allah Maha Pencpita seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat walaupun ilmu pengetahuan dan tamadunnya tinggi melangit.



Dan akhirnya mereka terus hanyut dalam banjir kehidupan hingga lemas di hujung hayatnya dalam kesesatan.



Maka berjayatlah syaitan menyesatkan mereka dalam bnjir kehidupan  di dunia ini.



Justeru itu  jangan jadi kaparan sampah dalam hidup, hidup tanpa arah dan tujuan. Hanyut  ke hilir ke hulu, terdampar di sana sini tanpa hala dan tujuan.



Berhati-hatilah, berwaspada supaya tidak menjadi kaparan sampah yang tidak berhala dan bertujuan.



Demikian sekadar renungan jua.

 

 


Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan,



28 Julai 2021/



19 Zulhajjah 1442




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP