>> Tuesday, July 6, 2021
KENAPA SUKA BERJAHAT
SANGKA?
Berjahat
Sangka?
Buruk
Sangka?
Episod
Pertama
Pada
suatu hari Ali berjalan kaki hendak pergi ke pasar berhampiran rumahnya.
Tiba-tiba dia terlihat ada dua orang jirannya sedang berbual-bual di kakilima
sebelah jalan di hadapan pasar itu. Tiba-tiba dia melihat kedua jirannya itu berhenti
berbicara sambil memuncungkan mulut ke arahnya.
Hati
Ali berdebar kencang. Dia merasa tidak sedap dan merasa kedua-dua jiarannya itu
sedang berbicara atau mengumpatnya. Kerana itu dia pun teru masuk kedai seolah-olah tidak menyedari keberadaan jirannya di seberang jalan itu.
Alikuat menyangka kedua-dua jiranya itu sedang mengumpat tentang dia dan keluarganya.
Mencari-cari keburukannya.
Episod
Dua
Ada
tiga orang wanita baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat jawatankuasa pertubuhan
mereka. Sementara menunggu kedatangan kenderaan menjemput mereka, mereka
berbual-bual.
Salah
seorang daripadanya kedengaran berkata, “Muak aku mendengar Si Kiah tu bercakap
tadi. Membuat cadangan kononya bagus, tapi saya agak mesti ada tujuannya yang
tersembunyi yang dikehendakinya....”.
Wanita
kedua menjawab, “Saya pun sangka begitu juga, mesti ada sesuautu.......”.
Belum
sempat mereka berbicara lebih lanjut kereta
mereka datang menjemput mereka.
Kedua-dua
wanita tadi ketika mesyuarat hanya diam persis tunggul buruk. Sepatah tak
berkata. Tapi membuat fitnah buruk sangka, di luar mesyuarat.
Bagaimana
pula dengan si Ali Dia pun membuat jahat sangka atau buruk sangka. Bagaimana
Ali boleh membuat tuduhan itu sedangkan dia tidakpun mendengar apa yang sedang dibicarakan
oleh kedua jirannya itu? Mungkin pula sebaliknya mereka sedang membicarakan
kebaikannya?
Sikap
ini boleh menyebabkan Ali memandang serung kepada mereka yang mungkin tidak
berdosa itu. Dan sikap ini mungkin berkembang ke dalam keluarganya yang mungkin
secara diam-diam menanam rasa permusuhan dalam hatinya terhadap jiran mereka pula.
Sikap
jahat sangka ini memang jahat, dia boleh berkembang menjadi lebih jahat jika
dibiarkan bermaharalela.
Andainya
jahat sangka ini ibarat sepohon pokok maka ia mempunyai daun, dahan dan
ranting, tapi semuanya tidak boleh dimakan kerana rasanya pahit-lepam atau amat
pahit. Jika ia berbuah, maka buahnya pahit untuk dimakan.
Di
antara buahnya yang pahit itu ialah umpat, yang menjadi buahnya yang lebat.
Sudah tentu untuk “membela” diri konon mereka akan mencerita dan mendedahkan
berbagai-bagai keburukan orang lain.
Mencerita
segala keburukan orang, atau sesuatu yang mereka tidak suka, maka itulah dikatakan umpat yang dilarang keras oleh agama Islam
walaupun perkara yang diumpat itu memang
benar.
Dan
andainya perkara yang diceritakan itu pula merupakan perkara dusta atau tidak
benar sama sekali maka dikatakan kita membuat fitnah. Dan inipun berdosa dan dilarang
keras oleh agama Islam.
Jika
orang yang berperangai buruk itu
melakukan perbuatan keji dan hina secara terang-terangan atau secara terbuka
tanpa segan-silu sekalipun, walaunpun kita diperboleh bercakap mengenainya, namun
tidak boleh berlebih-lebihan, nanti berdosa pula.
Allah
berfirman, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakaan
dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, janganlah kamu mengitip atau mencari kesalahan dan keaipan orang dan
janganlah sesetengah kamu mengumpat
sesetengahnya yang lain”.
“Adakah seseorang dari kamu, suka memakan daging
saudaramu yang telah mati? Jika demikian keadaan mengumpat, maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. Oleh itu patuhlah larangan-larangan yang tersebut dan
bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha
Mengasihini”. Al-Hujurat [49]: 12.
Rasulullah
SAW juga memperingatkan orang-orang beriman, supaya menjauhi daripada memperbanyakkan
prasangka, kerana kata, Baginda SAW sebahagian prasangka itu dosa.
Demikian
buruknya berjahat sangka kepada orang dan larangan hendaklah kita jauhi buat selama-lamanya.
Sekadar renungan.
Teknik: Syafiq Zaini
Pondok Rahmat
Kota Bharu, Kelantan.
6.Julai 2021/
25/Zulkaedah 1442
0 comments:
Post a Comment