>> Thursday, July 1, 2021

 

 

DATIN 



AZIZAH  YUSOFF 



TELAH  PERGI...........






                                                            foto:Zihni

 

 




DATIN AZIZAH YUSOFF isteri kepada gemulah Dato’ Yusoff  Zaky Yacob seorang penulis yang terkenal telah pergi buat selama-lamanya.



Beliau telah pergi buat selama-lamanya pada pukul 7.05 malam, 15 Jun 2021 di Hospital Besar Kota Bharu.



Sebelum itu anak lelakinya Irfan Zaky telah meninggal pada pukul 12.05 pagi 15 Jun 2021 di hospital yang sama.



Kedua anak beranak itu  meninggal kerana penaykit Covid 19 yang sedang menular di seluruh negara pada waktu itu dan sekarang.



Allahyarahmah mendirikan perkahwinan dengan Yuoff Zaky pada tahun 1955 ketika berusia  20 tahun sementara Yusoff Zaky berusia 30 tahun. Datin Azizah dilahirkan pada 11 Ogos 1935.



Beliau mempunyai tiga orang adik beradik lagi, semuanya lelaki, iaitu Halim, Hasan dan Syukri.



Sementara Datin Azizah mempunyai tiga orang anak lelaki, anak sulung Nasir Zihni, seorang usahawan di Kuala Lupur. Lulusan Lincoln Inn.



Nama Zihni ini sering dipakai oleh Yusoff Zaky sebagai salah sebuah nama samarannya ketika menulis dalam Majalah Dian.



Anak kedua, gemulah  Irfan Zaky, lulusan Universiti Putra Malaysia, seorang ushawan yang melanjutkan usaha ayahandanya  bertugas di Dian Darulnaim Sd. Bhd.



Anak ketiga, anak bongsu, lulusan Universiti Islam Antarabangsa, seorang usahawan.



Datin Azizah adalah seorang  ibu yang dihormati.



Beliau adalah seorang ibu yang pengasih dan penyayang, dan penyabar, tidak banyak cakap, dan selalu berbicara dengan suara yang lemah lembut dan kasih sayang tidak kira dengan siapa sekalipun.



Wajahnya selalu aman dan damai, menyenangkan setiap orang yang berbicara dengannya.



Sekian lamanya   saya berpayung di bawah teduhannya sebagai anak angkat.



Pada suatu hari ada seorang pegawai kerajaan memberitahu saya bahawa beliau telah pergi ke rumah Dato’ Ysuoff Zaky dan bertemu dengan Datin Azizah kerana mencari saya sebab urusan penting. Katanya Datin memberitahu beliau, antara lain maksudnya, anak-anak ini beliau sudah besar dan berumahtangga payah hendak dikawal lagi seperti masa kanak-kanak dulu.....



Saya memanggilnya Kak Wan dan anak-anak saya memanggil beliau Cik Jah [Tok Ayah].



Kali terakhir saya bertemu muka dengan Kak Wan ialah di majlis pernikahan anak sudaranya dengan seorang sahabat saya. Di majlis itu beliau pergi bersama anaknya Allahyarham Irfan. Saya bersama dengan anak saya Ahmad Syaibani Zaini'



Dalam pertemu singkat itu saya sempat bertanya khabar dan memberitahu bahawa saya akan berkunjug ke rumahnya dalam masa  terdekat.Tapi saya tidak sempat menunaikan janji itu, sehingga beliau meningal antaranya kerana serangan Covic 19 melanda ke seluruh negara.



Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.

 




Teknik:Syafiq Zaini



Pondok Rahmat



Kota Bharu, Kelantan.



1 Julai 2021/



20 Zulkaedah 1442.

 

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP