>> Thursday, July 22, 2021
RAHSIA BURUNG GOK GUK ATAU BUT BUT?
Burung Ruak ruak
Dari sekecil-kecil
burung, membawa kepada sebesar-besar burung.
Ada
berbagai-bagai jenis rupa dan bentuk burung, dan berbagai-bagai jenis warna,
dan dengan berbagai-bagai jenis suara dan ragam.
Di antara
burung-burung itu ada yang biasa dengan kita, kerana berada di
sekeliling-kelalang kita dan ada pula burung-burung yang tidak kita kenali
kerana tidak pernah melihat rupanya.
Di antara
burung-burung itu ada yang mempunyai
rupa yang menarik, dengan bulu-bulu yang cantik, ada yang dagingnya sedap
dimakan bila di masak, dan ada burung yang mempunyai suara yang sedap dan merdu
didengar.
Bukan Gok Guk
Di samping itu
seperti haiwan-haiwan lain ciptaan Allah juga ada pula yang boleh dijadikan
obat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
Tidak ada suatu
ciptaan Allah SWT pula yang sia-sia, tapi kita manusia yang cetek fikiran ini
sahaja yang tidak mengetahuinya.
Burung-burung
jenis ini juga menjadi rebutan orang kerana itu harganya meninggi seperti burung
yang suara sedap berlagu.
Burung Gok Guk
Antara burung
jenis ini yang terkenal sebagai bahan obat ialah burung Gok Guk.
Di negeri Kelantan
Darulnaim ia dipanggil burung Gok Guk, tapi di negeri lain namanya berlainan pula, seperti di negeri
sebelah utara, khususnya di negeri Kedah burung Gok Guk terkenal dengan nama burung But But.
Ia dipanggil
but-but atau Gok Guk kerana bunyi suaranya. Bunyinya besar dan tidak menarik.
Saya pernah mendengar suaranya ketika berada di kampung, tapi tidak pernah melihat
rupanya.
Yang perlu untuk
dibuat obat ialah anak burung Gok Guk
yang masih kecil, masih belum mampu terbang meninggalkan sarangnya.
Justeru pembuat
minyak perlu berusaha mencari sarang Burung Gok Guk untuk mencari anak burung tersebut. Makin banyak
sarang burung Gok Guk ditemui kian bagus
kerana kian banyak anak burung yang ditemui.
Bila anak burung
ditemui, anggota-anggota badan burung itu dicacatkan terlebih dulu seperti dipatahkan
kaki atau sayangpnya. Kemudian ibu atau
bapak burung itu akan datang merawatnya hingga sembuh kembli.
Kemudian orang
tersebut akan datang lagi melakukan perkara yang sama, dan perkara yang sama
akan berulang dimana anak burung itu akan disembuhkan oleh ibubapaknya.
Setelah dua atau
tiga kali perkara yang sama dilakukan, biasanya memakan masa dua atau tiga minggu, sebelum
anak burung itu boleh terbang, dia akan
dirampas oleh manusia yang melakukannya untuk dijadikan obat.
Seperti biasa anak-anak
burung akan disembelih, kemudian dimasak dengan minyak kelapa asli. Minyak
inilah dijadikan obat.
Biasanya untuk
jualan akan ditambah dengan bahan-bahan lain, antaranya untuk lebih memanaskan
rasanya dan juga memberi warna yang lebih menarik.
Telah ada
orang-orang yang berusaha menjualnya di pasaran dengan harga yang berbeza-beza.
Adalah dipercaya
kegunaannya yang utama ialah untuk rawatan sakit tulang, seperti salah urat,
atau patah tulang, atau tercabut tulang sendi dengan mengurutnya dengan minyak
tersebut.
Tapi mengikut
pendapat seorang Tok Bomoh Kelantan, gemulah Pok Chu Leh dari Kg. Salor, Kota
Bharu yang lebih afdhal untuk dijadikan obat ialah daun-daun yang digunakan
oleh burung itu untuk merawat anak-anaknya yang patah itu.
Beliau seorang
bomoh patah sering mengguna minyak burung Gok Guk di samping menggunakan minyak patah
buatannya sendiri. Minyak itu mungkin masih ada yang disimpan oleh anak-anak
cucunya sampai sekarang, walaupun tidak dipergunakan.
Tapi daun-daun
obat yang digunakan oleh burung itu sukar untuk diperolehi, kerana tidak dapat
dikesan. Walau bagaimana pun daging burung itupun sudah terbukti berkesan.
Insyaallah.
Walau bagaimanapun, anak gemulah, Shamsudin Saleh alias Pok Din yang menetap di Alor Lintang, Besut yakin pokok tersebut ialah pohon Molor yang tumbuh dalam semak. Alhamdulillah.
Walau bagaimana
pun hendaklah sentiasa ingat, bahawa di belakang segala sesuatu itu ada Dia
yang Maha berkuasa yang mempunyai kuasa mutlak yang menentukan segala-galanya.
Allah yang menentukan segala-galanya, bukannya obat, kerana itu tidak obat yang
kebal berguna untuk setiap penyakit.
Pondok Rahmat
Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim
22 Julai 2021/
Khamis/13 Zulhijjah 1442
0 comments:
Post a Comment