>> Monday, June 28, 2021
IKHLAS
DI HATI,
BUKAN
DI MULUT
IKHLAS adalah
salah satu patah perkataan yang paling mudah untuk dituturkan oleh lidah.
Tapi merupakan
salah satu patah perkataan yang paling sukar untuk dikotakan.
Ia tidak selesai
dengan ucapan saya “ikhlas ni”, tapi memerlukan pembuktian.
Dan pembuktian
itu mestilah datang dari hati yang suci dan jujur.
Justeru ikhlas
itu amatlah mahal harganya, malah tidak ternilai untuk ditimbang. Khususnya
dari kaca mata agama.
Ikhlas itulah
yang menjadi mata timbangannya. Justeru itu hatilah yang menjadi neracanya yang
dilihat oleh Allah.
Ertinya sesuatu
yang dikerjakan itu hendaklah dengan hati yang bulat kerana Allah, tidak
berbelah-bahagi dengan benda-benda yang lain.
Tanyalah diri
sendiri apakah sebabnya kita selalu atau lebih utama melakukan sesutau?
Kita kemukakan
beberapa perkara sebagai contoh yang sering berlaku di sekeliling-kelalang
kita:
Sejak
akhir-akhir ini ada mereka yang terlalu kerap pergi solat jemaah di masjid atau
di surau, sedangkan sebelumnya tidak; ini adalah satu peruabahan yang amat
bagus dan membanggakan dan patut dipuji.
Tapi ia menjadi
cacat bila dilakukan dengan tujuan kerana ingin dipuji-sanjung, dan kerana
tujuan supaya mendapat perhatian orang ramai supaya dipilih menjadi salah
seorang ahli jawatankuasa masjid atau surau tersebut.
Demikian juga
amalannya menjadi cacat jika ada orang suka mengaji atau membaca al-Quran di
masjid atau di surau menyimpan tujuan tambahan, seperti dipuji kerana suka
membaca al-Quran dan suaranya pun sedap; tapi bila tidak ada orang mereka
merasa malas untuk mengaji malah terus menutup al-Quraan selagi belum ada orang
yang datang ke masjid.
Demikian juga
orang seperti ini akan menambah jumlahnya sembahayang sunahnya jika ada jemaah
yang nampak mereka bersolat banyak itu, dan merasa bangga dengannya. Kalau
tidak ada orang amat berat punggungnya
untuk diangkat.
Puasa adalah
salah satu kewajibaan dalam Islam, wajib hukumnya pada setiap bulan Ramdhan di
samping puasa-puasa sunat yang lain. Ramai orang telah mengetahui faedah
berpuasa, terutama dari segi kejamanian, termasuk orang-orang bukan Islam, maka
mereka pun berpuasa.
Walau pun puasa
orang-orang Islam dan puasa orang bukan Islam, sama-sama berlapar, tapi
kedua-duanya berbeza; puasa orang Islam kerana Allah, mencari keredhaan Nya, tapi
puasa orang bukan Islam kerana untuk kesihatan.
Memberi sedekah
atau memberi hadiah kepada orang itu digalakkan oleh Islam dengan ganjaran
pahala, dengan syarat disampai secara ikhlas. Kerana itu kadang-kadang
digalakkan pembertian sedekah secara senyap-senyap tanpa diheboh-hebohkan.
Tapi bagaimana
dengan pemberian sedekah dengan penghebohan menggunakan meddia-mediamasa supaya
dunia mengetahuinya. Apakah boleh dikatakan ikhlas?
Demikian juga
perubahan pakaian kita dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain, supaya
kelihatan lebih warak dan lebih alim dan dipadang lebih mulia di mata
masyarakat, seperti pakaian yang mencermin seorang beragama dan sebagainya?
Di kalangan orang yang seperti ini akan muncul seorang yang amat suka dipuji dan disanjung, makin dipuji makin kuat kerjanya.
Orang Kelantan panggil orang yang seperti ini orang "makan halak", ertinya orang yang suka digalakkan, kian digalak, kian kuat dia bekerja.
Demikianlah
sebahagian dari contoh yang kita
kemukakan berhubung dengan keikhlasan dalam perbuatan kita sehari-hari.
Ingatlah ikhlas
itu amat penting, kerana ialah menjadi inti pati nilai sesuatu amal perbuatan kita di sisi Allah SWT.
Dan ikhlas itu hanya ada dalam hati kita. Ia yang menentukan sejauh mana keikhlasan hati kita.
Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy’aariy ra berkata, “Rasulullah SAW pernah ditanya, manakah yang termasuk berperang di
jalan Allah? Apakah berperang kerana keberanian,kesukuan atau yang berperang
kerana riya’?.
Rasulullah SAW
menjawab, “Siapa sahaja yang berperang dengan maksud agar kalimat Allah
terangkat, itulah perang di jalan Allah”.HR Bukhari dll.
Demikianlah
besarnya erti ikhlas itu yang tersemat di hati seserang.
Sekian.
Pomdok Rahmat
Kota Bharu,
Kelantan Darulnaim.
28 Jun 2021/
12 Zulkaedah
1442
0 comments:
Post a Comment