>> Thursday, June 17, 2021

 


KUEH MALAS



UNTUK MUSIM 



SEKATGERAK 

 




                          

                      


 INI BUKAN KUEH MALAS




Negeri Kelantan Darulnaim atau Negeri Cik Siti Wang Kembang ini memang terkenal dengan aneka jenis makanan atau masakan.



Makanan-makanannya manis-manis dan sedap-sedap dimakan, dengan aneka pilihan mengikut selera.



Kueh-mueh tradisional sahaja pun ada aneka pilihan, dengan aneka nama.



Ada di antara kueh-mueh itu mudah dan terlalu mudah dibuat hingga tidak terjual. Kanak-kanak pun boleh membuatnya.



Tapi sebaliknya ada pula kueh-kueh yang rumit, malah lebih rumit untuk dibuat, hingga perlu mempelajarinya dengan teliti dengan orang-orang yang pandai untuk membuatnya.



Saya ingin sebutkan di sini antara kueh-kueh yang amat simpel dibuat itu dan tidak memerlulkan banyak bahan.



Kanak-kanakpun boleh memasaknya. Saya di zaman kanak-kanak dulu suka membut kueh ini dan  menjadi salah satu kegemaran saya memakannya, terutama di musim hujan.



Justeru kerana mudah untuk membuatnya, maka ia amat sesuai dengan waktu Sekatgerak [lockdown] ini.



KUEH MALAS



Ia dinamakan kueh malas, kerana terlalu mudah untuk membuatnya.



Bahannya ialah gandum sekadar yang diperlukan, letak dalam sebuah mangkuk atau besin, masukkan garam sekadar yang perlu, kemudian masukkan air mengikut keperluan untuk membuat adunan tepung atau doah yang biasa.



Kemudian gotel atau bentuk adunan tepung itu menjadi sebiji-sebiji, kira-kira sebesar kueh jemput-jemput    sebanyak yang boleh.



Goreng gontelan itu dalam kuali yang mengandungi minyak kelapa yang tenggelam adunannya. Goreng sampai masak, kemdudian boleh disejukan dan dimakan.



Biasanya ia boleh dimakan dengan mencicahnya dengan gula.



Atau jika mahu, boleh juga kueh malas itu dicicah dengan penyicah atau colek khas yang dibuat sendiri sahaja.



Colek itu amat simpel dan mudah membuatnya, yang terdiri dari campuran cuka, garam dan gula, serta lada, lalu diadun hingga hancur. Kemudian dicicah dengan tepung malas tadi.



Ada sesetengah orang pula, memasukkan jangut-jangut sutung ke dalam doah atau adunan tepung tadi, kemudian gaulkan sampai rata.



Selepas itu lalu digoreng sampai masak dan dimkan  dengan penyicah atau colek.



Kueh ini pada waktu itu tidak dipanggil tepung malas lagi, tapi bertukar lama kepada tepung magliah dan biasanya ia boleh dibeli di kanten-kanten sekolah.



Di samping adunan tepung itu juga boleh dibuat lempen, iaitu dengan dilembutkan adunannya dengan air kosong, dan digoreng dalam kuali yang leper atau tidak melenggkong, seperti kuali roti canai. Ia tidak memerlukan minyak yang banyak seperti menggoreng roti canai sahaja.



Bila masak, lempen ini boleh dimakan dengan gula seperti biasa.



Minumlah dengan apa-apa air minuman yang diingini, seperti teh o, teh susu, kopi o, kopi susu dan sebagainya, semuanya enak belaka.



Biasanya ia dimakan waktu pagi.



Sekian.

 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh,



Kota Bharu Kelantan Darulnaim.



17 Jun 2021/



6 Zulkaedah 1442.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP