>> Monday, June 7, 2021

 

ANDA


SEBAGAI 



PEMBURU



ANDA SUKA BURU APA?

 



ANDA sebagai pemburu.



Baik anda sedari atau tidak, sebagai manusia yang hidup anda adalah   seorang  pemburu yang aktif. Kegiatan anda sentiasa berada dalam suasana pemburuan.



Sejarah manusia pada permulaannya memburu adalah menjadi aktiviti utama mereka, selepas menceburkan diri dalam bidang pertanaian untuk mendapat sumber makanan harian mereka.



Pada zaman permulaan itu peranan utama mereka ialah memburu haiwan-haiwan yang dapat dijadikan bahan pengenyang perut untuk membolehkan mereka hidup dan berusaha, kerana manusia yang hidup perlukan makanan.



Untuk memburu tangkapan-tangkapan itu mereka memerlukan alat-alat yang khusus, seperti senjata-senjata tajam, seumpama  pisau, kapak, lembing dan panah.



Di samping itu mereka juga memerlukan bahan-bahan untuk membantu mereka menangkap haiwan-haiwan itu, seperti berbagai-bagai jenis perangkap yang mampu mereka ciptakan.



Haiwanan-haiwan tangkapan itu akan dikorbankan untuk dimakan, pada permulaannya secara makan mentah, kemudiannya setelah api ditemui makanan-makanan itu dimasak mengikut selera masing-masing.



Itulah pengertian berburu pada permulaannya, iaitu mencari dan menangkap haiwan untuk dijadikan makanan manusia.



Kemudian pengertian memburu itu menjadi bertambah luas bidangnya, bukan lagi kepada usaha mencari, mengejar dan menangkap binatang, tapi meliputi segala tindakan untuk mendapatkan sesuatu dengan menggunakan tenaga atau usaha lebih dari biasa.



Justeru banyak perkara yang terpaksa diburu manusia dalam hidup ini, kerana setiap usaha yang dilakukan memerlukan usaha yang lebih kuat dari biasa, kalau tidak mereka mngkin akan kecewa atau gagal tanpa mendapat apa yang kita hajati atau apa yang mereka usahakan.



Kehendak atau cita-cita kita ada seribu ragam, di mana semuanya perlu diusahakan untuk memperolehinya. Ada perkara kecil, ada perkara besar, ada perkara yang dapat dilihat, dan ada perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, malah kadang-kadang ada benda yang hanya dapat dirasa, tapi memberi kesan yang besar kepada diri kita.



Kerana itu sebagai manusia, khususnya di zaman mutakhir ini kita terpaksa menjadi pemburu, pengejar, pengusaha yang lebih gigih untuk menikmati kejayaan.



Semua perkara boleh kita buru, asalkan ianya tidak bercanggah dengan peraturan, undang-undang dan agama yang suci yang datang dari Allah Swt.



Kita tidak dilarang mencari harta kekayaan berapa banyak yang kita mampu, setinggu gunung-ganang sekalipun.



Tapi akan menjadi tidak wajar atau kotor jika sekirannya dilakukan dengan cara yang tidak wajar atau terkutuk, seperti mencuri, menipu, merompak dan seumpamanya.



Kita tidak dilarang untuk berusaha mencapai pendapatan atau gaji yang mewah andainya dilakukan secara yang wajar, bukannya secara menipu atau memberi suapan dan sebagainya,



Kita tidak dilarang  untuk mendapat darjah kedudukan yang baik atau tinggi, jika dilakukan secara yang jujur dan ikhlas, seperti berkerja dengan rajin, ujur dan ikhlas  tapi ia akan menjadi tidak baik jika dilakukan dengan tipu daya atau pengkhianatan.



Orang lelaki tidak dilarang untuk memburu wanita, demikian juga wanita tidak bersalah memburu lelaki yang menjadi idaman dan cita-cita mereka.



Tapi akan menjadi tidak wajar jika dilkukan dengan tujuan yang tidak wajar, seperti untuk menjadinya  kekasih gelap, dijadikan gundek, menghisap darah dan seumpamanya. Tegasnya dengan tujuan untuk bersuka-suka atau melepaskan nafsu kehiawanan.



Justeru itulan anda mesti berusaaha untuk mendapatkan sesuatu, dan seusuatu itu mestilah baik dan tidak bercanggah dengan agama,supaya kita tidak terpalit dengan dosa dan  akan menerima pembalasan di akhirat nanti.



Anda tidak boleh menjadi seorang pemburu sebagai penjenayah, seorang penyamun, perompak, pencuri, penipu, penzina, peliwat, pendusta, pencaci-maki, pengecek,  loyar buruk dan sebagainya.



Tapi jadilah seorang pemburu yang beriman dan bertakwa yang sentiasa mencari keredaan Allah dalam setiap gerak dan gerinya sepanjang masa.



Itulah penmburu senjati yang akan mendapat ganjaran kurnia hadiah Allah di dunia dan di akhirat



Allah berfirman tentang berbat baik dalam al-Quran, masksudnya:



"Jika kamu berbuat kebaikan maka faedah kebaikan, itu yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesannya yang buruk berbalik kepada diri kamu juga. -Isra' [17]: 7.

 

 



Pondok Rahmat



Pasir Tumboh, Kota Bharu,



Kelantan Darulnaim



7 Jun 2021/



26 Syawal 1442.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP