>> Thursday, June 24, 2021
KALAU NAK MARAH,
MARAHLAH .
TAPI KENAPA?
KALAU anda nak
marah, marahlah tapi kenapa?
Sebenarnya perasaan marah itu adalah naluri semulajadi ciptaan Allah untuk makhlukn Nya yang bernama manausia.
Tidak ada
manusia yang normal yang tidak mempunyai perasaan marah.
Ia meruapakan
salah satu senjata semulajadi yang penting kepada manusia untuk hidup.
Haiwan pun tahu
marah. Kucing pun mengerti marah dalam keadaan-keadaan tertentu.
Tapi marah
haiwan dengan marah manusia ada
perbezaan yang jauh.
Manusia
mempunyai akal dan fikiran untuk mengawal perasaan marahnya itu. Tapi haiwan
tidak.
Justeru itu
manusia yang akal fikirannya tidak mampu mengawal atau mendidik perasaan marahnya jadilah dia seperti haiwan.
Marah melulu, tidak tentu kalu atau hala.
Justeru itu
marah mestilah bersebab, dan sebabnya mestilah masuk akal dan wajar.
Namun begitu
ramai orang melupakan perkara ini, iaitu marah bersebab. Justeru mereka marah
secara melulu, membabi buta.
Kadang-kadang
menyodok ke sana sini, mengaum dan menyodol tidak tentu arah seperti babi
tunggal mengamuk.
Justeru itu
kerana sebab-sebab yang tidak patut pun si pemarah ini meledak marah seperti
seekor singa garang.
Tidak ada benda
yang terkecuali daripada menjadi mangsa mkemarahannya yang tidak keruang itu,
baik benda bergerak atau tidak bergerak, baik benda bernayawa atau tidak
bernyawa semuanya akan menjadi mangsa kemarahannya.
Tanda-tanda
kemarahan itu akan lahir daripada berbagai-bagai perbuatannya yang kasar dan
rakus, malah mungkin boleh menyakiti fizial orang lain.
Dari mulutnya
pula akan terpancar kata-kata yang tidak wajar sama sekali sebagai seorang
Muslim, seperti mencaci, mencarut, mencela dan mengutuk sesiapa sahaja yang tidak dipersetujui di
hatinya.
Tidak kira siapa
magsanya itu semuanya akan disapu, termasuk keluarga, anak dan isterinya
sendiri jika ada peluang.
Dan ini lebih
merbaya, kerana jika apa yang dituduh dan dicelanya itu tidak benar, maka
bahaya celaannya itu mungkin akan menimpanya kerana kiranya kebentulan masa kutukan yang dilepaskannya
itu merupakan saat Allah SWT mengambulkan sesuatu doa. Bagaimana kalau anak dan
isterinya sendiri menjadi mangsanya?
Jika dalam
sesebuah masyarakat mempunyai ramai manusia parasit marah-marah seperti ini
necaya masyarakat dan bangsa itu akan musnah-ranah berada di ambang kehcanuran.
Justeru bahayanya
marah itulah Rasulullah SAW menasihat
umatnya supaya jangan marah.
Dalam sebuah
Hadis Baginda SAW berulang-ulang menasihati umatnya supaya tidak marah.
Dalam Hadis Riwayat
Bukhari itu mengisahkan seorang
lelaki berkata kepada Nabi SAW, “Berilah aku wasiat”.
Baginda
bersabda, “Jangan kamu marah”.
Lelaki itu
mengulangi kata-katanya, Baginda tetap bersabda, “Janganlah
kamu marah”.
Demikian, sekadar renungan bersama.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darunaim
24 Jun 2021/
17 Zulkaedah 1442
0 comments:
Post a Comment