>> Saturday, June 19, 2021
MENCARI IKAN
DI SUNGAI
SALOR,
DALAM KENANGAN
Sungai Salor adalah sebahagian daripada rangkaian Sungai
Kelantan yang bermula dari ulunya dan mengalir sampai ke Kuala Sungai menembusi
Laut China Selatan.
Mengikut agakan saya, panjang pesisir Sungai Salor ini
ialah kira-kira dua kilometer sahaja, ia bermula dari Pengkalan Kubur Langgar
hingga ke Pengkalan Ujid. Pengkalan Kubur Langgar terletak arah ke hulu sungai
sementara Pengkalan Ujid letaknya arah ke hilir Sungai Kelantan.
Pada masa dulu sepanjang gigi airnya berpasir indah, dan tidak berselut, digunakan
oleh penduduknya untuk mandi-manda, membasuh serta tempat kanak-kanak bermain
air.
Pada masa dahulu, waktu saya masih kecil dan kanak-kanak
di sepanjang sungai ini dipercayai banyak
mengandungi ikan-ikan yang tertentu yang hidup bebas dalam air.
Memancing
Walau bagaimanapun memancing bukanlah kerja utama
penduduknya, kerana kebanyakan mereka adalah petani padi. Tidak ada penangkap
ikan profesional di Sungai Salor.
Ketika kanak-kanak dulu saya suka memancing atau mengail
ikan, dan itu pun di waktu-waktu terntenu sahaja untuk suka-suka.
Pada waktu itu ialah waktu air pasang atau naik hampir
mencecah tebing selama sehari dua. Ikan yang dapat kami kail hanya ikan
belukur, yang terkenal sebagai yang bodoh. Paling besar ikan belukur ialah
lebih besar sedikit dari ibu kaki orang dewasa, Biasanya ia dimasak asam pedas.
Pelampung
Satu cara lagi yang sering digunakan oleh kami ialah
menggunakan sejenias alat yang kami pelampung. Ia diperbuat dengan mata kail
yang diikat pada tali dan di gantung pada pelampung.
Pelampung ini diperbuat daripada sabut kelapa yang akan
terapung di atas air bila dihanyutkan di sungai.
Mata kail itu akan dibalut dengan tahi yang baru kita berak. Justeru itu tahi itu mestinya tidak terlalu lembut atau terlalu keras supaya boleh di gunakan untuk membalut mata kail dan tidak hancur bila dimasukkan ke dalam air, Sekeping buluh digunakan sebagai alat untuk melakukannya.
Justeru itu jika kita hendak jadikan tahi sebagai umpam kita hendaklah selalu berhati-hati ketika memakan
apa-apa makanan yang tahinya hendak digunakan sebagai umpam itu untuk menangkap ikan itu.
Kemudian pelampung yang sudah dilengkap dengan tahi itu
di bawah bahagian atas atau ulu sungai dan dihanyut. Kita sebagai taunpunya berjalan ikut jalan darat memerhati adakah pelampung itu di tangkap ikan atau tidak.
Kalau bergerak-gerak ertinya ia telah ditangkap ikan dan kita hendak segera berenang untuk mengambilnya dan mambawa pelampung itu ke tebing untuk menangkap ikannya.
Biasanya ikan yang memakannya ialah ikan juara yang suka
bermain di bawah jamban menunggu tahi jatuh dalam air.
Selain itu jala juga digunakan. Namun begitu di Sungai
Kedai Salor ini kalau tidak salah ingatan saya hanya dua orang sahaja yang
mempunyai jala untuk menebar ikan. Seorang daripadanya gemulah Ayah Lim.
Nak La
Ini cara menangkap ikan secara berpesta beramai-ramai. Orang kampung akan beramai menghalau ikan ke satu kawasan yang telah tahan
perangkap, seperti pukat, bubu dan sebagai. Ikan-ikan itu trpaksa menempuhnya
kerana semua jalan telah ditutup. Dengan itu mana-mana ikan yang tidak sempat
melarikan ajan terpernagkap dan tidak dapat melepaskan diri lagi.
Nak La ini bahasa apa saya tidak tahu. Dan acara
menangkap seperti itu hanya sekali sahaja pernah diadakan di Sungai Kedai
Salor.
Lain-lain cara menangkap seingat-ingat saya tidak pernah
saya temui.
Tulisan ini hanya sekadar merupakan catatan sejarah sahaja. Terimakasih.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu Kelantan Darulnaim.
19 Jun 2021/
8 Zulkaedah 1442.
1 comments:
Assalam tuan...adakah maksud sungai salor itu adalah Salor di Gertak Lembu. Atau memang sungai klate tapi di area kedai salor..
Post a Comment