>> Sunday, June 13, 2021
KISAH SEORANG
PEMBURU HANDALAN?
Di sebuah negara
terdapat seorang pemimpin yang suka memburu binatang-binatang hutan.
Setiap ada peluang beliau beliau dan anak-anak buahnya
akan masuk ke hutan untuk memburu.
Biasanya beliau akan berjaya mendapat binatang-bintang yang
menjadi buruan mereka itu.
Antara
haiwan-haiwan yang sering menjadi habuan mereka ialah binatang-binatang seperti
rusa, kijang dan pelandunk.
Bintang-binatang
yang mereka perolehi itu akan dibawa ke sebuah khemah yang telah mereka dirikan
untuk mereka berkumpul, berihat dan memasak sebelum mereka pulang.
Biasanya khemah itu
didirikan tidak berapa jauh daripada hutan tempat mereka memburu dan boleh
dimasuki dengan kenderaan.
Mereka juga membawa
bersama-sama mereka tukang-tukang masak istimewa.
Mereka tidak
pernah merasa kecewa untuk makan daging buruan mereka kerana mereka tidak
pernah kecewa pulang dengan tangan kosong.
Seitap keluar memburu mesti ada hasil tangkapan, malah bukan itu sahaja haiwan-haiwan yang
ditangkap itu juga merupakan haiwan-haiwan pilihan bos mereka sebelum masuk ke
hutan memburu. Apa sahaja binatang akan diperolehinya.
Justeru itu
beliau terkenal sebagai seorang pemburu yang cekapan dan handalan.
Bos sendiri pun sering
memujui-muji dirinya sebagai seorang pemburu dan yang sukar ditandingi.
Apakah
Rahsianya?
Ringkas ceritanya begini.
Pada hari
perburuan itu ditentukan kakitangan bos telah meminta orang-orang-orangnya mengumpulkan
binatang-binatang hutan yang ada d kawasan berhampiran kawasan perburuan yang telah
ditetapkan. Dengan itu binatang yang dikehendaki oleh bosnya dengan mudah boleh
ditemui.
Di samping itu
penembak-penembkak tepat juga di arah bersembunyi dalam hutan di kawasan belakang
pegawai itu memburu nanti.
Tugas penembak
tepat inilah menembak binatang-binatang yang ditembak oleh bosnya itu
seolah-olah beliaulah menembaknya.
Inilah yang
terjadi setiap waktu mereka berburu. Tembakan bosnya tidak pernah mengena
sasaran, yang menembaknya ialah penembak tepat yang bersembunyi itu.
Dengan cerita ini anda boleh tersenyum lebar atau ketawa terkekeh-kekeh di mana seseorang
yang merasa dirinya cerdik telah tertipu dengan kebodohannya sendiri.
Sekian.
Pondok Rahmat
Kota Bharu
Kelantan Darul Nain,
13 Jun 2021/
Ahad: 2 Zulkaedah
1442
0 comments:
Post a Comment