>> Friday, June 11, 2021
ANDA HENDAK
KE MANA?
JAWAPAN ANDA SANGAT PENTING?
Anda nak ke mana?
Ialah satu
pertanyaan penting dalam hidup setiap
orang.
Pertanyaan itu
sebenarnya mengenai arah hala tuju perjalanan anda dalam hidup. Ke mana anda
hendak membawa diri anda?
Anda ingin
menjadi manusia yang berakal atau haiwan yang tidak berotak?
Bagi orang-orang
beragama, pertanyaan itu samalah ertinya pertanyaan anda ingin masuk syurga
atau neraka?
Kerana hala atau
arah tuju pilihan anda itulah akan
menentukannya.
Banyak orang
mungkin tersalah pilih hala atau tujuan ini
yang menyebabkan mereka sesat sepanjang jalan.
Kerana mereka
terjerat oleh nafsu atau perangkap syaitan ketika membuat penentuan dalam pemilihan
hala tuju hidup itu.
Ini berlaku
kerana mereka mungkin terperdaya dengan keindahan dunia ini yang penuh dengan
berbaga-bagai perkara yang mempesonakan.
Siapa yang tidak
terpesona dengan harta kekayaan- rumah besar, kereta mewah, ada pemandu. tanah
melaut, kebun terbentang sajauna mata memandang?
Siapa yang tidak
terpikat dengan wanita yang cantik dan bergaya, siapa yang tidak terpesona
dengan lelaki yang tampan, berpangkat dan mewah?
Siapa yang tidak
terpedaya dengan pangkat dan darjah yang dipandang tinggi dan mulia oleh
masyarakat?
Siapa yang tidak
terpedaya dengan akaun banyaknya yang
penuh berjela dengan angka-angka kewangan, dengan wang wang sekelilling
pinggang?
Ini hanya
sebahagian kecil dari keindahan dunia yang terbentang di hadapan mata dan dalam
gambaran kepala yang ditayangkan oleh nafsu dan syaitan yang berusaha untuk
memperdaya dan memesonkan manusia dari jalan Allah.
Inilah jalan
dunia, malah itulah dunia yang sering mempesonakan manusia dari landasannya
yang benar.
Ramai orang
mudah terperangkap dengan keindahan dunia ini malah, mereka bersedia memperhambakan diri mereka
untuk memiliki dunia ini tanpa mengira buruk dan baik.
Mereka terlupa
kerana memburu dunia yang fana ini bahawa dunia ini hanya sementara, tempat
singgah sekejap untuk melengkapkan diri mereka menuju ke alam akhirat yang kekal dan abadi.
Mereka orang
yang terlupa bahawa hidup ini hanya sementara, yang tidak dapat dipastikan
bilakah penghujungnya akan berakhir, mungkin lama dan mungkin sekejap yang
tidak dipastikan, kecuali oleh Allah SWT.
Justeru itulah
kita sentiasa dinasihat supaya menyesal dan sentiasa bertaubah mendamba
keampunan dan keredhaan Allah SWT.
Jangan dibiarkan
diri kita hanyut di segenap jalan dan pengkalan dengan memburu harta dan
kekayaan tanpa merasa bahawa hidup ini boleh berakhir bila-bila masa sahaja
tanpa amaran dan notis.
Pengalaman-pengalaman
yang kita lihat setiap masa, di
sekeliling kelalang kita dapat memberi petunjuk dan pengajaran supaya kita
sentiasa berwaspada dengan dunia yang penuh dengan tipu daya ini.
Sentiasalah
ingat bahawa kita hamba Allah yang wajib patuh dan setia kepada Nya sepanjang
masa.
Ingatlah kita
hidup kerana Allah dan mati untuk Allah.
Allah berfirman,
maksudnya:
“Dan tuntutlah
dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu [keperluan
dan bekalanmu] dari dunia dan berbuat baiklah [kepada hamba-hamba Allah]
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu [dengan pemberian nikmatNya yang
melimpah-limpah] dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.
Al-Qasas [28]: 77,
Ingatlah masa
hidup di dunia ini hanya sekejap sahaja,
hanya sekelip mata. Buka katup, buka katup, ia akan berakhir "di batu 2 tanah merah".
Sahabat
Rasulullah SAW, Abu Dzar pernah menggambarkan dunia ini hanya ada tiga jam sahaja, satu jam yang engkau sedang
berada di dalamnya, dan satu jam lagi yang tidak pasti engkau dapat bertemu
dengannya. Oleh itu pada hakikatnya engkau tidak memiliki dunia melainkan satu
jam sahaja, kerana katanya maut itu bergerak terus saat demi saat.
Sesungguhnya
begitulah dunia yang kita kejar ini.
Sentiasalah awas
dan waspada, jangan tersalah pilih hala dan tujuan yang akan membawa kita ke
syurga atau ke neraka.
Sentiasalah
menjadi hamba yang mukmin dan bertakwa yang sentiasa menjunjung perintah-perintah
Allah setiap waktu dan masa tanpa lalai dan lupa.
Sekian.
Pondok Rahmat
Pasir Tumboh,
Kota Bharu, Kelantan.
11 Jun 2021/
Jumaat :30 Syawal 1442.
0 comments:
Post a Comment