>> Wednesday, June 16, 2021
MENGHINA ORANG,
MENGHINA
DIRI SENDIRI
Ada orang suka
memandang orang lain rendah.
Ada orang suka
memandang orang lain lekeh.
Ada orang suka
memandang orang hina -dina.
Malah kepadanya semua orang
lain semua tidak berguna.
Ini
sebenarnya adalah sebahagian daripada begitu banyak penyakit peribadi dan jiwa yang di hadapi oleh seseorang yang bernama insan.
Penyakit-penyakit
ini sebenarnya merupakan penyakit kronis yang merbahaya jika dibiarkan terus
bermaharajalela.
Penyakit ini
boleh menyebabkan berlakunya kerosakan ke atas diri seseorang dan juga
masyarakat pada umumnya.
Ia bukan sahaja
menyebabkan seseorang sakit jiwa tapi juga boleh merosakkan diri peribadinya
sendiri dengan berbagai-bagai serangan
problem jasmani.
Sikap buruk ini
boleh merosakbinasakan penyandangnya baik sebagai diri jasmani dan peribadinya.
Kerana sudah
tentu penyakit buruk ini akan ditemani oleh berbagai-bagai penyakit buruk lagi
yang akan dipikul oleh penyandangnya untuk menuju kebinasan.
Sikap suka
merendah-rendahkan orang lain ini akan mencetuskan rasa kebencian yang meluap-luap
ke atas penyandangnya kemudian menular ke atas orang lain yang tidak berdosa.
Demikian juga
suka memandang remeh orang lain ini menyebabkan mereka memandang rendah dan
lekeh semua orang yang tidak mereka sukai.
Walau
bagaimanapun apa yang mereka anggap itu merupakan tuduhan palsu yang mereka
ada-adakan semata-mata untuk membenarkan sangkaan buruk mereka.
Justeru itu
mereka tidak berkata dengan sebenarnya, tidak berkata jujur, malah berbohong untuk
membenarkan pendustaannya.
Dengan itu sudah
tentu mereka tidak segan silu melakukan umpatan ke atas orang yang tidak mereka
sukai itu tanpa tujuan yang benar selain daripada untuk menurut nafsunya
semata-mata.
Dengan itu
bererti penyandangnya telah manjadi seorang yang riak, membangga diri, merasa
diri lebih dari orang lain, lebih pandai, lebih bijak dan lebih istimewa dari
orang lain terutama mereka yang menjadi mangsa kejian dan hinaan mereka itu.
Semua ini
merupakan penyakit jiwa, atau penyakit jasmani yang dicela oleh agama Islam dan
tidak layak dipakai oleh seorang Islam yang sejati.
Penyakit ini
bukan sahaja boleh merosakkan pembuat fitanhnya, tapi boleh merosakkan
masyarakat dan negara. Malah ia boleh
menyebabkan negara menjadi punah-ranah jika dibiarkan terus bermaharajalela.
Iblis telah
dihalau keluar dari syurga oleh Allah kerana sikapnya yang angkuh sombong seperti ini.
Allah berfirman,
maksudnya,
“Dan [ingatlah]
ketika Kami berfirman kepada malaikat, “Tunduklah [beri hormat] kepada Nabi Adam”.
Lalu mereka sekaliannya tunduk membuat hormat melainkan iblis, ia enggan dan
takbur, dan menjadikan ia dari golongan yang kafir”. Al-Baqarah [2]: 35.
Dan
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu [kerana memandang rendah] kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombongnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong, takbur, lagi membanggakan diri”. Luqman [31]: 28.
Demikianlah
bahayanya sikap sombong di dunia akhirat.
Sekian.
Pondok Rahmat,
Pasir Tumboh,
Kota Bharu,
Kelantan
Darulnaim.
16 Jun 2021/
3 Zulkaedah
1442.
0 comments:
Post a Comment