>> Sunday, January 31, 2021

 

 

 

               

 
PEPERANGAN 


SEMUT 


DAN 


MANUSIA








PEPERANGAN sentiasa meledak di dunia ini. Dunia tidak pernah mengenal damai. Perbalahan dan pembunuhann sering berlaku di mana-mana.




Pembunuhan itu bukan sahaja berakau di kalangan sesama manusia, tapi juga di kalangan haiwan.




Peperangan bukan saja meledak di kalangan sesama haiwan, tapi juga lebih haibat lagi peperangan  antara manusia dan haiwan.




Peperangan antara manusia dengan haiwan ini tidak pernah berakhir malah tidak akan berakhir se  haiwan bernama haiwan dan manusia bernama manusia.




Kerana setia pihak mempunyai kepentingan masing-masing yang tersendiri yang banyak becanggah-ruah antara satu sama lain.




Kerjasama memang wujud antara manusia dan hawan tapi kerjasama itu tidak meliputi seluruh makhluk di dunia ini yang berbeza-beza kepentingannya.




Sebagai contohnya kita utarakan sedikit perseteruan sengit antar manusia dengan makhluk serangga, semut.




Perjuangan antara dua bangsa makhluk ini sentiasa tercetus di mana-mana tanpa mengenal masa dan tempat.




Dalam hal ini manusia didapati sentiasa mengambil sikap bermusuhan terhadap serangga semut.




Mereka mengambil berabagai-bagai tindakan untuk memusuhi dan membunuh semut-semut itu yang dianggap msuh kepada mereka.




Di antara berbagai-bagai tindakan bermsuhan oleh manusia terhadap semut adalah banyak. Kita utarakan sedikit sahaja di sini,




Racun








AWAS SEMUT



Adalah dipercayai manusia dari sejak awal-awal lagi mengenal semut lagi telah menyediakan aneka bahan untuk memunsnahkan semut. Biasanya bahan-bahan itu berupa racun yang disemburkan ke atas semut-semut atau serangga-serangga itu menyebabkan bukan sahaja lumpuh malah terus mati.




Racun-racun serangga ini, telah terkenal di seluruh dunia, dan merupakan perdagangan yang menguntungkan. Terlalu banyak bahan yang terdapat di pasaran sekarang, dan kian bertambah setiap masa untuk mengatasi ketakutan manusia kepada semut.




Selain itu manusia juga secara peribadi atau tradisi yang turun menurun menyediakan berbagai-bagai bahan atau racun pembunuh semut yang masing-masing menciptanya mengikut kemampuan yang mereka ada atau miliki, seperti menggnakan bahan-bahan dari dapur rumah mereka sediri, seumpama lada, bawang putih dan lain-lain lagi.

 



Bahan-bahan Pelindung




Di samping itu manusia juga mempunyai berbagai-bagai cara dan teknik dan melalui berbagai-bagai bahan untuk melindungi diri dan harta benda mereka dari gangguan semut-semut itu.




Di antara bahan-bahan itu mereka menggunakan minyak kelapa yang disapu kepada bekas-bekas yang berisi sesuatu barang, seperti menyapu minyak kelapa sebelah luar mangkuk yang berisi kueh-kueh  yang manis.




Tapi jika bekas yang mengandungi makanan manis itu terletak dalam tempat yang  besar, maka bekas itu akan diletak dalam bekas yang lebih besar lagi yang dimasukkan  air biasa  sebagai  pencegah semut untuk mendekatinya, kerana semut tidak pandai berenang.



Semut Mayat








kESUKAAN  SEMUT




Ada semut-semut tertentu suka menghurung jenayah orang mati. Semut ini biasanya berbentuk kecil akan segera dating menghurung jenazah, memasuki lubang telinga, hidung dan sebagainya.




Orang-orang tua kita biasanya  mengguakan beras dengan menaburkan beras-beras itu sekeliling mayat. Isyallah semut-semut itu tidak akan mampu mencerobohnya selagi benteng beras itu tidak roboh.

 


Semut Masuk Telinga



Pada masa dulu, anak-anak malah orang dewasa juga yang telinga mereka di masuki telinga. Jika semut dalam telinga itu mengiggit tentulah menaykitkan, boleh membuat orang tuanya panik.




Cara ini diatasi dengan anak itu dibaringkan mengiring di atas bebelah badannya, di mana telinga yang kemasukan semut itu di sebelah atas, kemudian dimasukan air penuh ke dalam telinga itu, seterusnya tungguhlah sekejap sehingga semut yang kemeasan itu naik ke atas dan dapat diambil. Kemudian it dalam telinga itu hendaklah dibuang.




Sebenarnya manusia akan menambil berbagai-bagai Tindakan, tanpa mengira akibatnya untuk memburu dan menghalau semut yang tidak mereka suaki itu, seperti membakar, membunuhnya dengan alat elektrik, merendamnya dalam air sejuk atau air panas, merendamnya dalam minyak, mengambusnya hidup-hidup dan sebagainya.

 



Berhati-hati



Walau bagimanapun dalam keseronokan berperang dengan semut itu janganlah hendaknya kita melupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sebagai orang Islam, iaitu kita tidak dibenarkan menzalami segala makhluk, termasuk haiwan-haiwan sekalipun.

 



Ada sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sungguh tidak ada seorang pun yang berhak  mengazab [makluk lain] dengan api, kecuali tuhan Zat yang memiliki api”.




 

Pondok Rahmat


31 Januari 2021/


18 Raibulakhir 1442


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP