>> Saturday, January 16, 2021
BAHAYA HIDUP RALIK
Cubalah perhatikan.
Nasib manusia itu berbeza-beza. Ada
mereka yang bernasib baik kerana dikurniakan berbagai-bagai rahmat yang dia
sendiri mungkin tidai terfikir untuk memperolehinya.
Allah telah melimpahkan rahmat
yang melimpah-ruah dalam hidupnya.
Harta bendanya begitu banyak mdlimpah-ruah dalam hidup.
Harta tanahnya berbidang-bidang
terbentang
di sana ini.
Rumahnya terbentang dengan besar
dan cantik di atas tanah-tanah yang terhampr di simpang jalan luas dan terbentang,
Bank-banknya ada di beberapa tempat, akaunya penuh berisi.
Hartanya menimbun,tak habis makan, dan hidupnya diulit kemewahan.
Apa sahaja yang terlintas di hati akan segera diperolehi.
Kemana kaki melangkah, dia dipuja
dan dimuliakan, kerana orang namak harta sekeliling pinggangnya.
Dia pun merasa amat senang hati
dan bangga dengan kedudukan dan keadaannya hari ini.
Justeru itu dia terlupa bahawa
harta dan kemewahan bukanlah segala-galanya di dunia ini.
Malah banyak orang telah
punah-ranah hidupnya kerana harta yang dimilikinya.
Banyak orang rumahtangganya menjadi punah ranah dan berterbanbangan dan hancur
lebur kerana kekayaan mereka.
Banyak orang keluarganya menjadi
pecah bertaburan kerana kekayaan harta yang dimiliknya.
Malah banyak orang terjerumuh ke
dalam lautan neraka jahanam kerana harta yang dikuasainya.
Dia terlupa dia masih berada
dalam perjalanan yang jauh untuk sampai
ke penghujungnya.
Masih banyak halangan dan
rintangan yang menghadang perjalanan yang jauh untuk meraih kejayaan yang
sebenarnya.
Berbagai-bagai halangan yang
tidak diketahui rupa dan bentuk akan dihadapinya.
Tapi malangnya dia telah ralik
dan leka di tengah-tengah perjalanan yang begitu mencabar.
Dia lupa bahawa hiudp ini amatlah
samgkatnya dan sekelip mata sahaja.
Lalu dalam arus perjalanan yang
singkat itu dia terpungut anak-anak batu yang tidak berhagra kerana
menyangkanya bernilai.
Lalu dalam perjalanan singkat
yang dilayannya seperti panjang itu dia mengutip dan menggalas batu-batu bukit
tidak berharga di sepanjang laluannya kerana menyangka berharga nanti.
Di galasnya anak-anak batu itu
dengan penuh kepayahan kerana menyangka berguna di dalam perjalananya yang
terakir nanti,
Sedangkan anak-anak batu itu
tidak bernilai sesen pun.
Tapi masa itu waktu telah
terlambat untuk berpatah balik jalan kerana semua jalan berpatah atau undur ke
belakang telah erutup.
Justeru apa yang diperolehnya
waktu itu ialah kekecewaan dan penyesalan tidak berfaedah lagi.
Kerana itu sebelum terlambat segeralah
balik ke belakang, sementara jalan masih luas terbentang.
Pada waktu itu duit yang
berbongkal-bongakl pun sudah tidai berguna lagi, tidak memberi faedah dan erti,
malah sebaliknya bala petaka akan menghempas ke atasnya.
Pada masa itu berlonggok-longgok
tanah-tanah yang dikumpulkannya se masa dia hidupnya telah tidak bernailai
lagi, malah sebaliknya telah menjadi punca perbalahan keluarga kerana berebut
harta pusaka si mati,
Berlongok-longok pakaian yang
dikumpulkannya semasa hidupnya untuk menyesuaikan dirinya dengan fesyen dan
suasana telah menjadi kain buruk yang
tida berguna lagi. Kerana kain yang perlu di bawanya hanya cukup untuk pembalut
tubuhnya sahaja. Demikian juga tanah yang diperlukannya untuk menampak jasadnya
hanya sebesar badannya yang telah
terbujur kaku itu.
Waktu itu harta benda tidak
diperlukan lagi sebagai pembantu dan penyokong yang setia seperti di dunia
sebelumnya.
Pangkat dan darjah waktu itu
telah menjadi kain usang yang tidak berguna sesenpun lagi.
Namun begitu Allah tidak melarang
manusia yang hdup menikmati segala nikmat kurnia Nya kepada kita sepanjang
tempuh hidup yamn kita cari dengan amanah dan jujur.
Sebaliknya Allah tidak menyuruh
manusia berlapar dan berdahaga untuk melahirkan
tanda-tanda kesyukuran kepada Nya.
Tapi Allaj SWT hanya
memerintahkan hamba-hambanya supya bersikap sedarhana dalam menikmati kurniaannya
malah dalam sema perkara.
Bersederhana itulah yang dituntut
oleh Islam terhadap setiap umatnya, iaitu mengikuti jalan tengah yang betul dan
lurus tanpa bengkok-bengkok.
Semoga kita tidak ralik di
mana-mana dalam perjalalan yang penuh dengan cabaran itu, iaitu memungut
anak-anak yang tidak berharga kerana menyangkanya emas dan berlian.
Selalulah berwaspada, jangan
ralik dan leka dalam perjalanan yang boleh menyesatkan dan akan menanggung kerugian
yang tidak dapat ditebus lagi pada waktu itu.
Wahai
teman-teman seiring jalan
Di hadapan kita
jalan berliku-liku
Lengkapi diri
dengan ilmu
Supaya kita
tidak tersalah pilih
Memungut batu-batu jalanan yang tidak
berharga
Dalam sekelip
mata sahaja
Kita boleh
tergelincir ke jurang yang dalam
Yang penuh dengan hantu dan setan yang
tidak berTuhan
Dan kita akan merana dan kecewa yang
tidak bekesudahan.
Berhati-hatilah
nanti kita akan berjaya
Menuju ke puncak
kejayaan
Allahua Akbar.
Pondok Rahmat
16 Januari 2021/
3 Jamadilakhir
1442.
0 comments:
Post a Comment