>> Thursday, January 21, 2021


  ADAKAH 



UBAT-UBATAN        



MAKHLUK YANG 



MEMPUNYAI 



PERASAAN?? 




 







MANUSIA adalah makhluk pereka atau pencipta. Beraneka jenis benda yang telah mereka cipta sejak mereka berkembang biak di muka bumi ini, sekecil-kecil  benda membawa kepada sebesar-besar benda.




Malah ke adaannya benda-benda ciptaan itulah  menjadi batu tanda kepada pencapaian kemajuan dalam kehidupan manusia di antero dunia ini.

 



Kerana segala ciptaan manusia itu merupakan ciptaan Allah yang mngurniakan kudaarat, kebolehan, kepandaian dan masa kepada manusia untuk berbuat sesuatu yang mereka gembiraai. Semua makhluk tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin Allah Yang Maha Pencitpa.

 



Benda-benda rekaan manusia dengan izin Allah SWT adalah  terlalu banyak, dan pada umumnya terbahagikan kepada dua perkara yang penting, iaitu benda-benda yang baik dan yang penting atau benda yang perlu dan tidak berafaeah atau perlu kepada manusia, malah boleh memusnah dan merosakkan mereka.

 



Di antara berbagai-bagai perkara penting dan berguna kepada manusia ialah ubatan-ubatan yang secara umumnya disebut dunia kesihatan.

 



Terlalu banyak benda-benda yang dibina oleh menusia dalam bidang kesihatan dan terlalu besar memberi sumbangan kepada mereka dalam bidang kesejahteraan hidup.

 



Terlalu banyak yang dapat dinukilkan tentang kemajuan perubatan  yang dicapai oleh  manusia sejak dulu hingga sekarang, Tapi kita tidak bermaksud untuk membicarakannya, dan kita hanya ingin menyebut sedit tentang sebahagian kecil daripada keajabian perubatan yang dicipta oleh manusia itu.

 



UBAT MEMPUNYAI PERASAAN?

 


Pengguna-pengguna ubat  tentu berfikir bagaimana ubat-ubat yang mereka gunakan dapat memberi kesan positif  menyembuh penyakit yang merea hadapi?




Penyakit-penyakit  itu dapat disembuhkan dengan bahan-bahan yang dierlukan untuk penyemuhannya. Pesakit-pesakit yang menghidap beberapa jenis penyakit dan mengambil ubat sama dalam satu masa, di mana ubat-ubat itu berguna untuk pengubatannya dan yang  mana  tidak sesuai dengannya. Kalau sakit mata, dan mengambil ubat batuk untuk menyembuhkan penyakit itu udah tentu  berjaya menyumbuhkannya kerana ubat-ubat dicipta itu mengenali apa apa yang sesuai dengannya dan apa yang tidak sesuai.

 



Demikian jugalah dengan ubat-ubat lain, seperti ubat sakit mata, tidak memberi kesan untuk penyakit kudis di kaki anda. Demikian jugalah ubat sakit telinga tidak dapat menyambuhkan  penyakit cerah perut atau ceret beret anda, kerana masing-masing telah telebih dahulu mengenali diri dan kemampuna masing-masing.

 



Di sinilah letakknya keistimewaan penciptaan-penciptaan ubat itu diberikan Allah kepada manuia. Bukankah ini ertinya ubat-ubat itu berperangai seperti manusia juga mengenail jenis dan keturunannya atau bakanya?

 



Ada sesetengah ubat mempunyai lebih daripada satu kegunaan besar yang utama. Umpanya ubat yang digunakan untuk merawat  penyakit selsema juga berguna untuk merawat penyakit gatal. Ia mungkin dicipta secara sengaja, ataupun mungkin secara kebetulan kerana punca-punca manyebabkan penyakit itu sama justeru terpksa menggunakan bahan rawatan yang sama.

 



Pada masa lampau ubat-ubat pil batuk kering itu sering digunakan oleh para pesakit untuk merawat penyakit gatal, atau kudis dengan jalan meletakkan ubat yang telah dihancurkan itu dilietak atau disapu dengan ubat yang dicampr dengan air di atas badan pesakit yang gatal itu.

 



UBAT BEKERJAMA

 


Salah satu sikap ubat yang istimewa ialah bersikap lapang dada satu sama lain. Justeru itu orang menghidap beberapa jenis  penyakit boleh menelan beberapa jenis ubat dalam masa yang sama untuk tujuan pengubatan yang berlainan itu  seperti ubat darah rendah dengan ubat sakit jantung, ubat luka dengan ubat demam dan sebagainya.

 



Namun begitu pihak doktor sentiasa berhati-hati supaya ubat yang ditelan serentak banyak-banyak berlainan jenis itu tidak pula menganggu antara satu asama lin kerana sikap cemburu iri hati ubat.

 



Biasanya ubat-ubat yang berlainan jenis dari sumber pembekalan yang berlainan itu tidak bertengkar antara sama lain, terutama jenis ubat yang lebih powernya antara satu sama ini. Kerana ubat yang lebih power akan melemahkan power ubat kurang power bila ia terlebih dulu berada dalam badan dan berfungsi yang akan mengurangkan kuasa ubat yang lemah tadi.

 



Untuk mengurangkan pertelingkahan ini doktor akan menentukan jangka masa yang perlu diambil oleh seseorang itu tidak bercanggah, seperti jarank 2 jam antara satu sama lain.

 



Di samping itu para pesakit juga perlu berhati-hati, kerana ubat yang dijadualkan makan serentak itu dapat menimbulkan kesan negatif antaranya seperti menyebabkan sesuatu gejala penyakit yang tidak diingini, seperti dapat mengurangkan tekanan darah yang tidak diperlukannya.

 



Sebaik-baiknya segala arahan doktor yang diberi secara langsung atau sebagai pemberitahuan yang terdapat dalam helaian labael di ubat perlu dipatuhi, seperti makan dulu sebelum mengambil ubat dan sebagainya, kerana ianya boleh memberi kesan kepada pesakit.

 



Demikianlah sedkit pengalaman daripada klinik-klinik dan hospital yang saya perolehi untuk dikogsikan bersama, semoga memberi faedah.

 



Lagi satu yang patut disebut, walaupun tidak diberitahu ialah membaca ucapan BISILILLAHI RAHMAN NIRRAHIM, ketika hendak mengambil ubat, supaya diberkati oleh Allah SWT yang memerintah supaya mengingat dan menyebut nama Nya ketika hendak berbuat sesuatu termasuk makan ubat.




Semoga segala usaha anda diberkati.

  




shorturl.at/oFHLS


Pondok Rahmat

 



20 Januari 2021/

 



7hb. Jamadilakhir 1442

 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP