>> Wednesday, January 6, 2021

 

DATO’ HAJI DAUD MUHAMMAD DALAM HIMBAUAN KENANGAN


 






 

Ketika membuka lembaran album kelmarin [ Selasa 5 Januari 2021] tiba-tiba terjatuh beberapa keping foto dari dalamnya.



Saya lalu mengambil foto-foto itu dari atas meja dan memerhatinya satu persatu selayang pandang.



Dua daripada  foto itu terdiri  dari dua orang yang saya kenali, dan salah seorang daripadanya merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di negeri ini.



Saya kenal dengan beliau seorang tokoh agama yang dihormati kehususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.



Tapi beliau sudah tidak ada lagi bersama kita, dijemput  Ilahi ke pangkuan Nya.



Beliau ialah Dato’ Daud Muhammad salah seorang tokoh agama yang tershor, khususnya di negeri Kelantan.



Menurut catatan beliau meninggal dunia pada tanggal pada 6hb Disember 2019 dalam usia 84 tahun.



Pada masa itu beliau sedang memegang jawatan yang berbahagia  Ketua Hakim Syarie Kelantan sejak tahun 1989 lagi.



Beliau meninggal pada pukul 6.55 petang di Univerisit Sains Malaysia.



Beliau telah menerima Anugerah Perdana  Maudulrasul Peringkat Kebangsaan  2019.



Di samping itu beliau juga memegang beberapa jawatan yang penting lagi, antaranya sebagai Panel Pakar Rujuk Jabatan Peguam Negara, Panel Hakim Mahkamah Rayuan dan Anggota Majlis Agama Islam Dan Adat Isitadat Melayu Kelantan,



Sebagai seorang awam saya amat bersyukur kerana sejak masih muda lagi mengenali beliau  walapun dari jarak jauh.



Saya juga pernah berhubung dengan beliau mengenai beberapa perkara penting antaranya pernah mengundang beliau menyertai majlis yang kami anjurkan dan beliau pernah menghadirinya.



Sukacita dinyatakan bahawa foto  beliau ini saya rakam di pejabat beliau ketika berkunjung kerana sesuatu urusan penting dan sebelum berpisah saya meminta kebenaran untuk merakam foto beliau itu, dan saya diberi keizinan  dan inilah fototnya,



Melihat dari segi wajah gambar itu nampaknya ia dipotretkan ketika belau masih muda, dan gambar berlangsung di pejabat beliau di Jabatan Agama Islam Kelantan, Lundang, Kota Bharu. Saya telah lupa tarikhnya.



Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.



Sekian sebagai secebis kenangan.

 

Pondok Rahmat

6 Januari 2012/

22 Jamadilawal 1442

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP