>> Friday, January 29, 2021
SEEKOR SEMUT
DAN
SEEKOR BURUNG
“Seorang lelaki mengujungi saudaranya di kampung lain, maka Allah menyuruh malaikat menjejakinya, kemudian malaikat itupun bertanya kepada lelaki itu
“Kamu hendak ke mana?”
Lelaki itu menjawab, “Aku hendak menemui saudaraku di
kampung lain”.
“Adakah apa-apa kepentingan yang mendorong kamj pergi ke
sana?”.
Lelaki itu menjawab, :”Tidak ada, selain daripada aku mencintainya
kerana Allah Azza wa Jalla”.
Maka malaikat itu pun berkata, “Sebenarnya aku adalah
utusan Allah kepadamu [untuk memberitahu ] bahawa Allah amat mencintaimu sebagaimana
engkau mencintai saudaramu itu”.- Hadis SAW.
xxxxxxxx
HUBUNGAN baik dan mesra antara seorang
dengan seorang manusia adalah ikatan persahabatan yang amat berharga.
Tanpa persahatan di antara mereka
kemesraan tidak mungkin akan wujud.
Persahabtan merupakan ikatan
kasih mesra sesama manuia yang memberi impak yang besar terhadap keharmonian
hidup berkeluarga dan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara,
Tanpanya kehidupan bersama tidak
akan berjalan lancar dan baik, malah akan segera retak dan belah sebagaimana
yang dapat dilihat berlaku di mana-mana.
Malah persahabatan ini mestilah
terjalin atas jaringan yang tulus ikhlas dan tanpa tujuan-tujuan eperluan yang
tersembunyi terutama dengan barang-barang harta benda.
Keikhlasan itulah menjadi
landasan yang penting kepada setiap jaringan persahabatan yang akan berkekalan
dari dunia hingga akhirat.
Biasanya persahabatan yang ikhlas
ini hanya terdapat di kalangan manusia sahaja- antara manusia dengan manusia.
Namun begitu persahabatan juga boleh
juga ditemui terjalin mesra antara manusia dan makhluk-makhluk lain seperti
antara manusia dan haiwan-haiwan yang tidak berakal fikiran.
Biasanya persahabatan itu terjain
antara haiwan sebangsa, seperti ayam dengan ayam, kucing dengan kucing, dan
anjing dengan anjing dan seumpamanya.
Amat jarang terjalin hubungan intim atau mesra antara binatang yang
berlinan jenis bangsanya, seperti antara anjing dan kucing, musang dan ayam,
burung dan kucing, walaupun kadang-kadang boleh ditemui di kalangan masyarakat mereka.
Malah antara binatang sebangsa itu pula mungkin bertindak mangsa memangsa antara
satu lain untuk memenuhi selera perut
masing-masing.
Kisah hubungan mesra anjing dan
kucing itupun meruapakan kisah unik yang hanya sebuah kisah yang berlaku sekali
sekala dalam beberapa abad.
Dalam hubungan persahabatan dan
kemesraan antara sesama haiwan yang berlainan bangsa ini saya teringat kepada
sebuah kisah lama tentang persahabatan yang
dikatakan terjalin antara haiwan yang berlainan jernis kira-kira seratus tahun
yang lalu.
Ia diceritakan berlaku di antara
seekor burung dan seekor semut api,
Dikisahkan pada suatu hari seekor
burung sedang bergembira dan berkicau riang di atas sepohon pokok, tanpa
menyedari nyawanya sedang terancam. Rupa-rupanya di bawah pokok itu ada seorang
permburu bersenapang ingin menembaknya.
Tapi ia bernasib baik kerana
berhampiran dengan pemburu itu ada
seekor semut yang menyedari perkara tersebut.
Entah bagaimana ia merasa simpati
dengan sang burung, dan bila pemburu itu memedik senajatanya dan cuba
melepaskan tembakannya, semut itupun mengiggit kaki pemburu menyebabkan ia
kesakitan, dan tembakannya tersasar.
Burung itu terlepas dan selamat,
tapi menyedari bahawa semut itulah menyelamatkannya dari terkorban di tanagan
pembru.
Pada suatu hari di
tempat yang sama sekumpulan semut sedang bergembita beramai-ramai mecari makan,
tiba-tiba salah seekor dari semut itu jatuh ke dalam sungai tanpa disedari oleh
kawan-kawannya. Ia terkapar-kapar kelemasan.
Perisitiwa itu terlihat oleh
burung yang berada di pokok. Ia pun segera bertindak untuk menyelamatkan burung
yang pernah menolongnya itu dengan memabawa sehelai daun keringn dan
memberikannya kepada semut yang hampir menemui ajalnya itu.
Dengan itu maka burung itupun terselamat
dari lemas.
Demiankan kisah yang penuh dengan
teladan di mana buat baik di balas yang sepatutnya menjadi contoh teladan
kepada kita manusia yang berakal dan berdikiran.
Pondo Rahmat
29 Januari 2021/
16 Raibulakhir
1442
0 comments:
Post a Comment