>> Thursday, January 28, 2021
MANUSIA
BERSAHABAT DENGAN
SEMUT?
“Hingga ketika
mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Wahai semut-semut
masuklah ke dalam saramg-satangmu, agar kamu tidak terpijak oleh Sulaiman dan
bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari”. An-Naml [27]: 18
SEMUT SUKA MAKANAN YANG MANIS
ANTARA ribuan
makhluk ciptaan Allah didunia ini, maka semut
adalah sebahagian daripada ribuan makhluk
itu.
Semut adalah salah sejenis haiwan
yang istimewa yang disebut dalam Kitab Suci Al Quran dalam Surah An-Naml [27]: 18-19. Al-Quran mengunkapkan
sedikitt tentang kisah semut itu.
Semut boleh ditemui hidup di
merata-rata tempat di dunia ini, termasuk atas tanah, dan dalam tanah, atas
bumi dan dalam bumi.
Semut didapati hidup atas pokok,
bawah pokok, atas rumah, bawah rumah, atas batu, dan bawah batu.
Di rumah kayu, rumah batu, di
rumah usang dan di istana, kiranya ia diberikan peluang berbuat demikian.
Biasanya semut berada di tempat
yang manis-manis, seperti bahan gula, cecair manis, air tebu, air buah-buahan
dan sebagainya. Justeru jika ada cecairan manis tumpah mereka akan
berebut-rebut menghurungnya, terutama andainya semut yang menumpang tinggal di
rumah kediaman manusia.
Semut suka menetap di kawasan
yang lembab dan sejuk daripada dalam suasana yang hangat dan panas.
Kita juga sering melihat ramai
semut-semut yang menghurung benda-benda yang berbau busuk atau kurang enak,
seperti daging-daging atau ikan-ikan yang telah berubah bau, mereka
berebut-rebut dengan sang lalat.
Justeru itu berhati-hatilah swaktu
kita, terutama anak-anak kita memakan
makanan atau minuman manis supaya tidak meninggalkan bahan-bahan yang tumpah
atau tercicir untuk mengelak semut-semut keluar berebut-rebut untuk
mendapatkannya.
Malah mereka juga tidak peduli
akan menghurung makan makanan-makanan anda yang masih baik atau belum diusik
lalu berebut-rebut makan mendului anda.
Jika perkara ini berlaku di atas
meja makan anda, maka sudah tentu anda akan meradang, dan akan segera bertindak
memusnahkan semut-semut yang keluar mencari makan itu.
Tegasnya semut boleh hidup di
mana-mana atas dunia ini, justeru kita tidak menyeleweng mengandaikan
mugkin tidak ada manusia yang tidak mengenal semut, baik di barat atau di
timur dunia, cuma dalam rupa bentuk dan warna yang berbeza-beza.
Secara umumnya boleh dikatakan
kebanyakan manusia tidak sukakan semut, kerana kehadirannya menganggu dan
menyusahkan mereka. Kehadiran semut di
tempat-tempat yang tsrategik, seperti dalam almari makanan di dapur, dalam
almari pakaian, dalam kereta sudah tentu tidak menggembirakankan manuia.
DI samping itu gigitan-gigitan semut
biasanya boleh menyebabkan kesakitan dan kegatalan dalam beberapa peringkat
tergantung kepada jenis semut yang mengiggit. Sesetengahnya boleh menyebabkan
kanak-kanak menangis kesakitan.
Antara semut yang gigitanya
ditakuti ialah semut api yang mempunyai rupa bentuk dan warna mereka yang menakutkan. Gigitannya memang menyakitkan.
Di samping itu semut-semut kecil
yang tidak digemari dipanggil “semut gataL”, kerana bila dia mengiggit akan
menyebabkan rasa sakit yang halus dan rasa gatal perlu digaru.
Semut-semut kecil ini pula suka
berada di tempat tidur kanak-kanak, kerana itu para ibu menaruh bimbang
semut-semut ini mengiggit bayi-bayi atau semut-semut kecil itu masuk ke dalam
telinga bayi mereka yang perlu dinyahkan segera dari dalam lubang telinga.
Semut-semut kecil ini, kalau
berada dan mengiggit badan kita biasanya sukar untuk dikesan letaknya dengan
tepat dan cepat untuk diambil tindakan, kerana ianya kecil, warnanya mungkin sama dengan warna
kulit kita dan pergerakannya pentas. Untuk mengesannya kita terpaksa menyapunya
dengan jari-jari kita mencari letaknya yang sebenar. Seekor semut kecil ini
sahaja yang beroperasi dalam kain tidur anda kalau tidak dikesan sudah cukup
untuk menganggu tidur anda semalaman.
Berguna
Namun begitu semut-semut itu memberi sumbangan malah ada juga yang berguna dan memberi faedah langsung kepada rakan hidupnya iatu manusia. Antara peranannya ialah menyuburkan tanah-taneh pertanian dengan
menggemburkannya.
Ada juga para petani menggunakan
semut-semut untuk menjaga hasil pertanian mereka. Para petani ini menggunakan
semut-semut itu untuk menjaga hasil-hasil tanaman mereka, dengan memilihara
semut-semut di ladang mereka yang sedang berbuah, untuk mencegah
seranga-serangga daripada merosakkan hasil-hasil tanam-tanaman mereka yang sedang
masak ranum.
Anda mungkin juga di zaman
kanak-kanak dulu semasa tinggal di desa atau di kampung pernah memanjat
pokok-pokok buah-buahan seperti rambutan, langsat, duku dan jambu menemui
buah-buahnya yang sedang masak ranun dalam keadaan baik tanpa diusik oleh sebarang serangga kerana ia
dihurung oleh semut buah-buahan.
Selain itu semut-semut juga mempunyai peranan membiakkan tananamn-tanaman dengan cara pemindahan benih yang melekat pada badannya, seperti kaki-kakinya.
Hidup Teratur
Masyarakat semut mempunyai
kehidupan tersusun dan teratur dalam sebuah masyarakat yang mempnyai sistem
hidup yang tersendiri.
Semut bukan sahaja hidup
berkelompok-kelompok atau bertumpuk-tumpuk kecil bersendiri di sana sini, tapi
juga suka hidup beramai-ramai dengan sebuah kloni yang besar yang merupakan
sebuah kerajaan, seperti di sesuatu tempat di tanah rendah yang didapati telah dijadikan sarang atau tempat
kediaman mereka yang penuh dengan semut-semut tertentu.
Ia mempunyai sistem hidup yang
mulia dan terpuji iaitu membangun atas
semangat tolong menolong dan kerjasama yang maju antara satu sama lain. Hidup
dengan semangat “saya tolong awak, dan awak tolong saya,” bukan seperti yang
berlaku dalam kehidupan kebanyakan manusia yang bernafsu-nafsi yang biasanya berat
tangan untuk menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada kawan teman yang memerlukan bantuan.
Saya pernah memerhatikan dengan
ralik kehidupan sekumpulan semut-semut yang hidup di atas sepohon pokok jambu
batu di belakang pondok kami. Pada suatu hari saya melihat ada sekumpulan semut
untuk berpindah dari sebuah dahan ke sebuah dahan yang lain yang amat jauh
jaraknya bagi mereka untuk menyebranginya, tapi saya terkejut mendapati ada
beberapa semut yang menjadikan diri mereka titian atau jambatan dengan
berpegang pada kaki masing-masing. Atas badan-badan semut itulah mereka
menjadikan jambatan laluan untuk mereka merintasi sempadan
Seperti dalam masyarakat maunsia
juga, masyarakat semut mempunyai ketua, pemimpin atau raja yang menjadi
pemerintah mereka. Pemerintah ini bukan jantan, yang kita panggil raja, tapi
betina yang kita panggil ratu, iaitu ratu semut. Ratu ini mempunyai kuasa
terbesar mengeluarkan arahan atau perintah kepada rakyatnya untuk dipauthi.
Di samping itu ratu semut juga
mempunyai pernanan yang amat besar, iaitu bertelur atau melahirkan anak-anak
semut yang akan mewarisi keturunan atau bangsa semut mereka.
Mereka juga dikatakan mempunyai
bahasa perhubungan mereka sendiri yang mereka guna untuk berkomunakasi antara satu
sama lain, seperti kita manusia. Kalau hendak tahu pembicaran mereka belajarlah
bahasa semut.
Sesetengah orang tua kita zaman
dulu dipercayai boleh bercakap atau memahami bahasa haiwan.
Adalah dipercayai dengan melazami
zikir-zikir tertentu dapat membuka rahsia tersebut.
Pondok Rahmat
27 Januari 2021/
14 Jamadilakhir
1442
0 comments:
Post a Comment