>> Friday, January 1, 2021
KASIH SEJATI BAWA KE SYURGA
RASA kasih dan cinta merupakan salah satu sifat semula jadi manusia yang unggul.
Malah atas dasar kasih dan cinta inilah dunia ini wujud dan
berkembang hingga ke hari ini, walaupun telah menelan usia ribuan tahun.
Cinta itu ada berbagai-bagai
bentuk dan ragamnya, namun begitu cinta yang paling agung ialah cinta manusia
pada Penciptanya.
Cinta dan kasih terhadap Allah
hendaklah sebuah cinta suci dan bersih, ertinya cinta semata-mata kerana Allah,
tanpa kerana ada sebab-sebab yang lain.
Cinta itu mesti bersih dan suci
semata-mata kerana Allah, bukannya kerana pangkat dan darjah, atau keturunan
darah seperti cinta manusia kepada seseorang.
Malah cinta manusia kepada mansia
itupun seharusnya juga kerana Allah bukannya kerana sebab-sebab lain, seperti kerana
kewangn, kemudahan dan pemberian.
Cinta berdasarkan kebendaan adalah
cinta yang tidak ikhlas, yang tidak ada erti di sisi Allah Yang Maha Pengasih
dan Penyayang.
Cinta yang tidak ikhlas ini tidak
bertahan lama, berat hendak dikerjakan, apa lagi bila balasan tidak ada lagi.
Cinta tanpa keikhlasan bukan
cinta sejati, tapi cinta palsu yang tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah, tanpa markah dan tercela .
Itulah maksud sabda Baginda
alaissalam dengan sabda Baginda:
“Allah tidak
menerima sesuatu amal yang di dalamnya terdapat
sebarang riak walau sekecil manapun”.
Tidak mempunyai keikhlasan, tapi
berbaur dengan berbagai-bagai unsur kepentingan diri yang akan membawa
kemusnahan.
Cinta suci ini mendorongkan
seseorang untuk melaksanakan sesuat dengan mudah dan selesa, dengan hati yang
senang lapang dan tenang, dengan kaki dan tangan yang ringan.
Justeru itu melaksanakan sesuatu
perintah Allah kerana cinta, tentu lebih gampang daripda melakukan sesuatu
kerana perintah atau kewajibaan yang mesti dilaksanakan untuk mengelak daripada
dihukumkan kerana tidak mengikut arahan atau perintah.
Dengan itu cinta itu bukan sama
sekali merupakan nafsu atau syahwat yang kotor, tapi suatu fitrah suci yang
lahir dari lubuk hati manusia yang bersih
murni yang melengkapkan manusia yang sejati.
Cinta seperti ini bukan sahaja
tida dibaluti nafsu tapi jauh dari rasa benci, dendam, marah dan hina, tapi
diliputi dengan rasa cinta dan kasih sayang yang berpanjangan .
Rasa cinta yang suci itu sentiasa
meliputi dirinya tanpa dipengaruhi oleh rasa jijik dan kotor yang akan merosak
binasakannya oleh apa-apa perasaan sekalipun.
Selain daripada dapat memaafkan
orang, siapa sahaja, tapi rasa cinta yang hidup dalam jiwanya, menyebabkan
manusia yang melihat wajahnya juga hapus rasa
dendam dan marahnya, sebaliknya bertukar dengan rasa kasih dan sayang.
Itulah dia Rasulllah SAW.
Bagi kita umat Islam, Rasulukkah
itulah idola kita yang agung tentang kemuliaan akhlak, khususnya dalam soal
berkasih sayang. Contoh idola yang ditunjuk oleh Allah sendiri untuk diikuti
oleh seluruh umat manusia dari sejak dulu hingga sekarang dan masa-masa akan
datang.
Baginda adalah Muhammad SAW, di
mana tidak ada manusia, baik Rasul atau Nabi yang mendapat pujian yang begitu
tinggi daripada Allah SWT dengan firman Nya:
“Sesungguhnya
engkau ada mempunyai budi pekerti yang agung”. Al-Qalam 4.
Dan:
“Katakanlah jika
kamu mencintai Allah, ikutilah aku supaya kamu dicintai pula oleh Allah”.Al-Imran:31.
Hadis di bawah ini diriwayat
oleh Abu Hurairah ra daripad Rasulullah SAW mencertiakan tentang seorang
lelaki yang mengunjungi saudaranya yang terletak di kampung lain, maka Allah
menyuruh Malaikat untuk mengikutinya, kemudian bertanya
-Hendak ke mana kamu?”.
Lelaki itu menjawab,
-“Aku hendak menemui saudaraku di
kampung lain”.
Malaikat itu bertanya, lagi
-“Adakah sesuatu kepentingan yang mendorong kamu ke
sana?”.
Lelaki itu menjawab,
-Tidak ada selain aku mencintainya kerana Allah
Azza wa Jalla”.
Maka itu pun berkata,
-“Sebenarnya ku adalah utusan
Allah [untuk memberitahumu] bahawa Allah amat mencintai engaku sebagaimana
engkau mencintai saudaramu keana Nya”.
Sabda Nabi SAW itu menggambarkan
hikmat cinta kasih yang sejati kepada orang-orang Islam lebih dari mencukupi
untuk menggembirakan hati umat Islam. Dalam sabda itu Allah menjamin memberi
penghormatan yang tinggi kepada Muslimin dan Muslimat yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Nya:
Sabda Baginda SAW:
“Sesungguhnya
Allah Tabaraka wa Ta’aia akan berfirman pada Hari Kiamat, “Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana
kemuliaan Ku, pada hari ini Aku melindungi mereka di dalam naungan Ku, hari
yang tidak ada perlindungan melainkau nanungan Ku”.
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu
adalah makluk yang terbaik untuk dijadikan contoh ikuatan dan segala perkataan
dan perbuatannya menjadi idola umat Islam sepanjang zaman.
Hari ini!
Kerana itu alangkah indahnya
andainya di waktu pagi suami sebelum meninggalkan isterinya untuk pergi
bertugas mereka bersalam muka dan mengucapkan “l love you”.
Atau sebelum keduanya berpisah
sementara kerana terasingnya tempat bertugas, seorang di hilir, seorang ke
hulu, melafazkan kata cinta yang sama di ambang pintu rumah mereka,
Dan mengulangi sekali lagi kata
indah yang sama bila mereka bertemu di waktu petang bila mereka pulang ke
rumah.
Waktu itu alangkah indahnya sebuah
sebutan kasih yang hidup sejak zaman berzaman
lagi itu di mulut para pencinta.
“I LOVE YOU’
Dan ‘
“I LOVE YOU TOO”.
Pondok Rahmat
1 Januari 2021/
17 Jamadilawal
`442
0 comments:
Post a Comment