>> Friday, January 22, 2021
"'Janganlah wanita itu dikhawini kerana kecanikannya, kerana kecantikanny itu mungkin menyebabkan peragainya buruk; dan jangan pula wanita itu dikahwini kerana kekayaannya, kerana kekayaannya itu menyebab dia menjadi sombong.akan tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. sorang hamba yang hitam kulitnya tapi bersih agamanya adalah lebih baik"
. Maksud Sabda Junjungan SAW
SELAMAT
PENGANTIN BARU
DIYANA ZAINI
DAN
FITRI HAKIMI BAKARUDDIN
CINTA adalah perasaan yang paling unggul kepada seluruh makhluk Allah khususnya kepada umat manusia. Malah seantero dunia ini hidup, segar dan berputar ligat di atas pelantar cinta.
Cinta itu
banyak ragamnya, namun begitu dua daripadanya merupakan cinta agung, iaitu cinta
antara manusia, yang terpintal di antara lelaki dan perempuan yang penuh dengan
keajaibaan.
Puncak rasa cinta itu ialah sebuah rumah tangga yang dibina di atas
tapak kasih sayang yang murni dan utuh. Kasih sayang yang telah lama terhujam
di hati manusia, iaitu sejak Adam dan Hawa lagi.
Inilah perjalanan hidup seorang gadis yang normal sejak dulu hingga
sekarang.
Demikianlah perjalanan hidup seorang gadis manis yang tinggal di
sekitar ibu negara. Beliau adalah Diyana Zaini bte Arham Zaini, seorang
usahawan.
Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah Diyana Zaini telah
melanjutkan pelajarannya di Kolej Universiti
Islam Antara Bangsa Selangor [KUIS] dalam jurusan Mas Communication,
Selepas menggondol diploma Diyana Zaini menyambung pelajarannya di bidang kecantikan.
Beliau belajar di sebuah institusi kecantikan yang terkenal di ibu negara
iaitu, “Kecantikan Diyana”, seiras dengan namanya.
Beliau memberitahu bahawa beliau telah lama meminati bidang
kecantikan iatu sejak kecil lagi
bercita-cita di bidang tersebut.
Kegemaran ini katanya adalah merupakan pusaka yang diwarisi dari
nenekandanya yang dikasihi, Asiah Yaacob yang telah berjaya mengukir namanya
tersendiri telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu.
Diyana Zaini telah melangsungkan
perkongsian hidup atas dasar cinta mencintai pada hari Khamis 8 Jamadillakhir
1442 bersamaan dengan 21 Januari 2021 yang lalu tepat jam sebelas pagi.
Pasangan yang menjadi pilihan Diyana ialah Fitri Hakimi bin Bakaruddin
seorang penguasa makanan yang sedang meningkat di ibu negara Kuala Lumpur.
Justeru negara masih lagi di bawah kawalan undang-undang pencegahan
penyakit Covic 19 maka acara dan sambutan majlis perkahwinan tidaklah dapat
dilangsungkan dengan sewajarnya seperti majlis-malis perkahwinan yang biasa.
Namun upacara pernikahan itu telah diadakan dengan jayanya menerusi
sidang internet yang dipancarkan menerusi video antara pihak yang terlibat,
khususnya antara Tuan Imam JAWI dan pihak keluarga pengantin Perempuan, Arham
Zaini Mohd Zain.
Upacara perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, di
Saujana Sungai Buloh, 47000 Selangor.
Pekahwinan dilangsungkan oleh Arham Zaini sendiri sebagai wali
kepada puterinya itu,
Dua orang yang hadir sebagai saksi pernikahan adalah sahabat Ahmad Osman
dan Ahmad Shibli bin Azlan yang juga juru kamera dan pemasang alat-alat
internet.
Kerana itu hanya beberapa orang keluarga yang amat terbatas sahaja
yang dapat izin hadir di majlis tersebut, dua orang pihak pengantin perempuan iaitu
pengantin dan ibunya Rozilah binti Mahden dan ayahanda pengantin lelaki dan
perempuan, Arham Zaini dan Adyna Abdul Kadir dan, dan dua orang adik beradiknya
Qistina Zaini dan Idris Zaini dan dua orang pengurus pemasangan video.
Ayahanda pengantin lelaki Bakarudddin tidak dapat hadir kerana
berada di luar daerah.
Arham Zaini mengucapkan ribuan maaf kepada saudara mara, adik beradik,
bapak saudara dan emak saudara dan sahabat
handai mereka suami isteri yang tidak
berkesempatan untuk diudang hadir di
majlis keluarga mereka yang bersejarah tersebut kerana sekatan undang-undang.
“Kami sekeluarga memohon ribuan kemaafan kepada mereka yang tidak
dapat diundang bersama ke majlis pernikahan anak kami itu, di mana kami mersa amat kekurangan
tanpa mereka bersama” Tegas beliau dengan wajah yang sedih.
Beliau berharap semua mereka, termasuk kenalan dan sahabat handai dari
jauh dan dekat turut berdoa semoga kedua pengantin baru hidup bahagia dan aman
damai dari dunia hingga ke Jannah.
Pengantin perempuan adalah cucuanda kepada Mohammad Zain Salih dan
Asiah Yaacob dari Kelantan Darulnaim. Beliau menyusun jari mengucap syukur kepada
Allah di atas pengurniaan cucuanda menantu
yang sulung yang diharap menjadi contoh tauladan yang cemerlang kepada
generasi yang berikutnya.
SELAMAT PENGANTIN BARU:
DIYANA ZAINI
DAN
FITRI HAKIMI BIN BAKARUDDIN
0 comments:
Post a Comment