>> Thursday, February 4, 2021
WASPADA
DENGAN
MASA
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pean dengan sabar”. Al-‘Asr [103]:3.
SEMUA orang sedar kepentingan masa dalam kehidupan mereka, kerana masalah
menetukan hidup mereka.
Namun begitu masih ramai manusia yang bersikap massa bodoh terhadap masa,
persis mereka tidak memerlukannya.
Justeru itu ramai manusia membuang masa mereka yang berharga itu secara
sia-sia dengan beraneka cara kesukaan
mereka masing-masing.
Hari ini kian banyak perkara-perkara yang berada di sekeliling kelalang
kita yang dengan mudahnya menghabiskan masa kita dalam kegiatan-kegiatan tidak
memberi sebarang faedah atau membazir.
Cubalah renung-renungkan sejenak apakah perkara-perkara yang suka kita
lakukan tapi menelan banyak masa, iaitu satu-satunya harta kita yang bukan
sedikit dengan sia-sia.
Sejak akhir-akhir ini berbagai-bagai majlis atau acara dianjurkan untuk
orang ramai hadir menyertainya. Malah biasa juga majlis-majlis itu kita sendiri
senghaja mengadakan untuk diri kita dan juga keluarga kita menghabiskannya
secara negatif, bertempat di kediaman-kediaman kita dan sebagainya.
Malah tidak cukup dengan itu mereka berlonggok-longgok berkumpul
semata-mata untuk mencaci, mencela dan memfitnah orang lain tanpa takut dan
ragu.
Sejak kebelakangan ini yang sering menjadi sumber fitnah ialah soal-soal
yang berkaitan dengan politik yang menjadi topik terlaris di pasaran bebas. Di
bawah tajuk ini manusia bebas mengutuk dan mencela mana-mana orang yang berada
di luar kelompok mereka dan sudah tentu tidak mereka sukai.
Pada masa dahulu sudah terdapat berbagai-bagai permainan yang direkakan di
mana masyrakat suka menghabiskan masa mereka bermsra-mesra dengannya, seperti
permainan haji, lompat tikam, kapit sodok, dan catur banyak lagi.
Malah sering juga permainan-permainan itu, seperti terup, cap jeki dan
seumpamanya dijadikan perjudian, menggunakan wang pertaruhan.
Hari ini pula permainan-permainan menjadi lebih canggih, dengan jauh lebih
mudah untuk diperolehi dan dikendalikan ,seperti bermain kad, play station dan
lain-lain untuk menghabiskan masa.
Malah penggunaan handfon tadapat berbagai-bagai permainan lagi yang berupa sia-sia
tanpa memberi apa-apa faedah dari segi rohani dan jasmaninya.
Dan yang sering disalahgunakan ialah kemudahan FB atau Face Book yang
begitu populer. FB ini amat berfaedah jika digunakan dengan sewajarnya, tapi
kebanyakan orang terutama anak-anak muda menggnakannya untuk menghabiskan masa
mereka dengan percakapan dan perbualan yang tidak perlu, malah juga untuk menyebar
berita palsu dan fitnah.
Berapa banyak masa yang digunakan setiap hari bercanda menerusi FB, berbual
fasal sarapan pagi, makan malam, baju
baru dan seumpamanya.
Malah mereka berbicara mengenai sampah sarap yang tidak berguna langsung
untuk menambah kebajikan mereka di dunia dan akhirat.
Malah di rumah ibadah pun masih ada orang yang suka menghabiskan masa
dengan berbual-bual kosong yang tidak menyumbang apa-apa faedah kepada
sesiapapun, malah kepada dirinya sendiri pun tidak, malah sebaliknya merugikan
semata.
Keadaan ini menjadi lebih parah dengan sikap tidak pduli orang-orang tua
terhadap anak-anak mereka, yang membiarkan mereka bermain apa sahaja yang
mereka sukai tanpa kawalan.
Sudah menjadi lumrah orang-orang yang berkumpul dalam sesautu majlis akan
bercakap antara satu sama lain, bercerita itu dan ini, biasanya tentang
perkara-perkara yang tidak memberi faedah atau merugikan.
Sedangkan Allah tidak menyukai orang-orang yang lara dalam pembicarannya
dan tidak memberi faedah.
Rasulullah SAW melarang umatnya bercakap perkara-perkara yang tidak
berguna, terutama tanpa menyebut nama Allah SWT. Malah Rasulullah SAW melarang
umatnya bercakap banyak.
Sabda Baginda, “Janganlah kamu terlalu banyak bercakap di luar dari
mengingati Allah, kerana perbuatan yang demikian akan menutup hatimu dan
menjauhkan diri dari kesucian hati”.
Baginda juga pernah bersabda memberi peringatan bahawa orang yang banyak
bercakap itu akan mudah tergelincir, dan orang yang banyak tergelincir itu pula bayaklah dosanya, maka tempat orang yang
banyak dosa adalah neraka.
Justeru orang yang terlalu banyak bercakap itu hatinya menjadi keras
seperti batu dan tidak akan memperolehi
kebijaksanaan dalam kehidupan. Bila hati telah menjadi keras seperti batu maka
manusia itu tidak lagi menjadi makhluk Allah yang beriman dan bertakwa.
Kerana itu diam itu lebih baik daripada bercakap, terutama bercakap tentang
perkara-perkara yang tidak memberi apa-apa faedah kepada sesiapapun, apa lagi
jika percakapan itu boleh menambahkan lagi buruknya keadaan.
Di sinlah diujarkan diam itu emas.
Kita pun tahu masa yang hilang itu tidak dapat ditarik kembali, kerana ia
tetap pergi tanpa kembali, samada baik atau tidak. Jangan menyesal di akhirat
nanti.
Gunakanlah setiap masa itu yang kita miliki itu untuk mendapat hasil-hasil
baik memberi manafaat bukan sahaja di di unia dan juga akhirat.
Jadilah manusia yang pandai mengurus masa, sebagaimana kita pandai mengurus
harta benda kita.
Justeru itu berhati-hatilah dengan masa, jangan biarkan masa membuat kita
bankrup di akhirat nanti kerana begitu joli menghabiskan masa sewatu di dunia
dengan sia-sia lebih dari harta benda yang Allah kurniakan, sedang masa itulah
segala-galanya- masa itulah nayawanya.
Jangan jadi orang yang rugi dengan sikap negatif yang merugikan tentang
pengunaan masa. Allah memperingatinya dalam al Quran tentang orang-orang rugi
kerana tidak menurut peraturan yang telah ditetapkan Nya.
Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr: [103] :3 yang mendiskaribkan
sifat-sifat orang yang tergolong rugi kerana mengabaikan masa, firman Nya:
“Kecuali
orang-orang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan
kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”.
Pondok Rahmat
3 Febuari 2201/
21 Rabiulakhir 1442
0 comments:
Post a Comment