>> Tuesday, February 9, 2021
MISTERI WAKTU MALAM
“Ketahuilah
bahawa kemuliaan seorang mu’kmin itu terletak
pada mengerjakan Qiamullail dan kehormatannya terletak pada keenganannya [dari
meminta harta kepunyaan orang]”.
Sabda unjungan
SAW.
ALLAH jadi sesuatu secara berpasangan;
ada jantan ada betina, ada tinggi ada rendah, ada panjang dan ada pendek.
Ada manis ada masam, ada tawar ada masin, ada sejuk ada panas.
Ada gelap ada cerah, ada siang
ada malam.
Dan ada malam ada siang yang
berbeza-beza.
Siang itu pula cerah dan malam
itu gelap.
Di antara perkara yang lumrah
berbzanya dalam maya pada inilah gelap dan cerah, saing dan malam.
Tiada siapa yang tidak tahu
malam, dan tidak pula ada siapa yang tidak tahu siang. Siang itu cerah dan
malam itu gelap.
Malam atau siang itu adalah
keadaan alam yang berlaku setiap hari dalam kehidupan manusia di dunia ini
Tapi bilakah dikatakan malam itu?
- Malam itu bermula setiap hari bila matahari
- jatuh di kaki langit setiap petang dan
- berakhir bila matahari naik di kaki lagi pada
- pagi keesokannya.
Dengan itu alam keliling mulai
diselubungi oleh kegelapan, dan mulai meningkat kegelapanya dalam perjalanan
masa menuju ke siang hari keesokan harinya.
Masa yang diambilnya kira-kira
dua belas jam, dan dua belas jam lagi ialah siang hari hari yang terang benderang.
Bila tiba berbagai-bagai
perubahan boleh berlaku, kerana dipengaruhi oleh suasana yang kegelapan,
kesunyian, kesepian membungkus perasan dan jiwa manusia.
Dan ini akan menjadi lebih parah
pengaruhnya bila manusia berada di tempat yang jauh dan terpencil di hutan
belantara, di atas gunung-ganang, bukit-bukal dan di gurun yang sepi.
Dalam keadaan seperti inilah
berbagai-bagai perkara boleh berlaku di kalangan manusia baik yang tinggal di
kampung-kampung terpencil atau juga di kota-kota raya yang masing-masing
mempunyai karenah-karenah mereka yang tersendiri.
Pendeknya bila tiba waktu malam,
manusia lahir dan batin boleh berubah mengikut perasan dan dorongan jiwa
masing-masing.
Tempat dan masa tidak menjadi
perhi, tungan penting, kerana ia tergantung di atas jiwa dan semangat
masing-masing individu, tidak seperti masa lampau di mana manusia tidak
mempunyai taufik dan hidayah yang mempengaruhi jiwa mereka.
Suasana dan tempat memang
mempunyai pengaruh terhadap perlakuan manusia, tapi hari ini ia bukannya
merupakan suatu yang mutlak, kerana keimanan merupakan tonggak yang penting
mengawal perlakuan manusia .
Di mana-mana pun manusia berada
jiwa mereka tetap utuh selagi iman mereka kuat dan mampu menghadapi segenap
cabaran yang mendatang.
Justeru itu orang-orang kukuh
imannya dan cukup ilmu di dadanya dan utuh jiwanya tidak akan tergelincir
dengan ketibaan malam yang membawa berbagai-bagi karena dan pesona yang
tertebar di segenap ceruk.
Bagi mereka
malam itu tetap membawa berkah bersamanya di mana Allah menebarkan rahmatnya
untuk umat manusia serta memohon keampunan
yang pintunya telah dibuka seluas-luasnya akan untuk mereka.
Kesepian dan
kesunyian malam tidaklah mampu mempengaruhi mereka untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang hina dan keji yang akan memalutkan mereka lahir dan
batinya dalam kekejian dan kehinaan berpesta dengan para syaitan dan
konco-konconya.
Sebaliknya
mereka sedar kesepian dan kesunyian malam itu banyak menyimpan rahsia-rahsia
kekuataan dan keunggulan kerohanian yang disediakan untuk mereka kecapi jika
bersedia untuknya.
Mereka sedar
bahawa datok nenek mereka zaman dulu banyak meraih kejayaan keruhanian,
kecerlangan pemikiran dan keunggulan jiwa kerana mereka keampuhan mereka
menghidupkan malam dengan berbagai-bagai aktiviti positif yang memberi manfaat
kepada kehidupan ruhani dan jasmani mereka.
Tegasnya mereka
merupakan manusia yang dikatakan menghidupkan malam. Menghidupkan malam bukan
dengan berbalut kain selimut atau najis maksiat, tapi dengan aktiviti-aktiviti
yang dinctai oleh Allah dan Rasulnya.
Sesungguhnya pada
waktu itu terdapat waktu yang paling unggul
yang tidak terdapat di lain-lain waktu, iaitu di mana Allah turun ke
langit dunia; dan pada waktu itulah doa
para hamba dikabulkan oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW
bersabda,
“Sesungguhnya
Allah turun ke langit dunia pada setiap malam lalu berkata, “Adakah wujud orang
yang berdoa supaya Aku dapat kabulkannya? Adakah wujud orang yang memohon ampun
supaya Aku dapat mengampunkannya”.
Pada waktulah
Gemulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarakan hamba-hamba Allah jika
terbangun waktu malam dan tidak mampu
untuk beribadat seperti solat, beliau menasihatkan mereka supaya
meyandarkan badan ke dinding sambil mengangkat menadah tangan ke langit dan
memanjatkan apa-apa doa-doa yang mereka kehendaki kepada Allah SWT.
Dalam al Quran Allah ada menyebut
tentang ibadat malam atau Qiyamullai,
“Wahai
orang-orang yang berselimut [Muhammad],
Bangunlah untuk shalat pada malam hari, kecuali sebahagian kecil”.
Al-Muzzamil [73]:1-2.
Dan’
“Sungguh bangun
malam itu lebih kuat [mengisi jiwa, dan [bacaan di waktu itu] lebih
berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan
yang panjang. Dan sebutlah nama Tuhan mu, dan beribadatlah kepada Nya dengan
sepenuh hati”. Al-Muzzammil [73] :6-8.
Rasullah SAW juga mengingatkan
umatnya supaya sentiasa beribadat malam, antara baginda bersabda.
“Jadikanlah
Qiyamullail itu amalan bagimu, kerana yang demikian itu adalah amalan orang-orang
yang salih sebelum kamu, dan ia boleh mendekatkan dirimu dengan Tuhanmu, dan
membersihkan dosa-dosamu dan menghindarkan kamu darinya”.
Sekian, Wallahu ‘aklam”.
Pondok Rahmat
9 Febuari 2021/
27 Jamadilakhir
1442
[1]
DAKAPAN MALAM
Wahai malam
Sepi merata
Dakaplah daku
Peluklah daku
Rasakan ledakan
jantungku
Kehangatanku
Sepanjang malam
Bersamamu
Meniti malam
Jangan relakan
Aku terlena
Ngantuk di kaki
setan
Sepanjang malam
berlalu
Dalam kerugian
panjang
Tanpa tuhan
Jangan biarkan
mulutku
Lidahku bisu
Mataku padam
Tanpa Tuhan
Dalam keheningan
Malam yang
syahdu
Wahai Ilahi
Basahkanlah lidah
dengan zikrilah
Dengan cintaku
Yang abadi
bersama Ilahi
Malam terasa
singkat
Bersama Ilahi
Menunggu fajar
Untuk sujud ke lantai
Ke hadratmu ya Allah
Allah! Allah!
Allah! Allah!
Allah! Allah!
Ya Allah!
!!!!!!!!!!
Pondok Rahmat
Feb 202/ Jamadilakhir
1442
0 comments:
Post a Comment