>> Saturday, February 20, 2021

 


ZUN NUN AHLI SUFI DAN KISAH-KISAH AJAIBNYA

 










Kebiasaannya ahli-ahli sufi itu lebih dikenali dengan nama timang-timangannya daripada nama batang tubuhnya yang sebenar.

 

 



Salah seorang dari mereka ialah Dzu’n-Nun Al-Misri, atau Zun-Misri seorang ahli sufi yang terkenal, sedangkan namanya yang sebenar ialah  Dzu’n’-Nun Abu Faidh Thuban Ibn Ibrahim al-Misri.

 

 



Beliau dilahirkan di Akhwin, suatu tempat di pendalaman negara Mesir pada tahun 180 Hijriah bersamaan dengan  796 Masehi.





Beliau adalah seorang ahli sufi yang banyak menggembara sepanjang hayatnya ke negara-negara Arab, terutama ke Lubnan dan Syria.

 

 



Dalam penggembaraan itu beliau banyak mengalami pengalaman-pengalaman yang ajaib yang sukar difahami oleh  manusia biasa.

 

 



Di antara pengalaman-pengalaman ajaib  yang beliau hadapi ialah bertemu dengan seorang wali yang sedang menggantungkan dirinya kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana menghukum badannya sendiri yang dikatakan ingkar  menurut perintahnya untuk lebih taat mendekatkan kepada Allah.

 

 



Atas cadangan wali itu beliau bertemu dengan seorang wali yang berada di sebuah gua di atas bukit. Dzun-Nun melihat sebelah kaki orang itu  yang berada di pintu gua sedang dihurung oleh ulat. Kaki itu sebenarnya dikerat oleh wali itu sendiri sebagai hukuman kerana dituduh mendorongnya  untuk melakukan maksiat dengan seorang wanita.

 

 



Beliau juga bertemu dengan seorang wali yang sedang bertapa dalam sebuah gua. Pada waktu itu ramai penduduk sedang menunggu beliau di pintu gua itu untuk menerima rawatan, kerana beliau hanya keluar setahun sekali  dari gua itu. Berbagai-bagai penyakit yang mereka hadapi, tapi dengan sekali hembus atau tiup sahaja setiap sorang  pesakit  akan sembuh. Bila semuanya sudah selesai menerima rawatan wali itupun masuk semula ke dalam gua.

 




Zun-Nun mempunyai ramai musuh yang tidak sukakan beliau, dan ada antara mereka yang  menuduh beliau seorang yang bidaah, atau kafir.

 

 



Atas tuduhan tersebut Zun-Nun telah ditangkap dan dihantar ke kota Baghdad untuk dipenjarakan oleh pemerintah. Khalifah pada masa itu ialah Matawakil.

 

 



Setelah disumbat ke dalam penjara selama empat puluh hari, beliau  dibicarakan dan  didapati tidak bersalah lalu  dibebaskan  dan diperintah dihantar balik ke Khairah.

 

 



Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang berguna sebagai panduan dan peringatan n kepada umat Islam untuk hidup bahagia di dunia dan akhrat.





Antaranya beliau menasihat manusia supaya  tidak memandang hina kepada orang -orang yang berbuat dosa, kerana katanya orang itu  mungkin telah bertaubat dan taubatnya telah diterima Allah.

 

 



Zun-Nun memberi nasihat supaya manusia  tidak meninggalkan usaha-usaha  yang diredai Allah h dengan tujuan untuk mendapat keredaan manusia

 

 



Zun-Nun meninggal dunia di Mesir dalam usia 65 tahun, pada tahun 246  Hijriah bersamaan dengan 861 Masihi.

 

 



Makamnya terdapat di sana dan masih terjaga dengan baik hingga sekarang.

 

 



Pondok Rahmat

 

 



20 Febuari 2021/

 

 



8 Rejab 1442.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP