>> Monday, March 1, 2021

 


FITNAH KEJELITAAN

 

 




Setiap orang dikurnikan dengan wajah yang khusus yang berbeza dengan orang lain. Perbezaan yang utama ialah cantik dan tidak cantik, tampan atau tidak tampan.




Menjadi satu kelumrahan, setiap orang inginkan wajah yang cantik atau jelita, terutama sekali kaum wanita, dan tidak ada siapa inginkan wajah yang hodoh atau buruk.




Wajah yang cantik atau hodoh inilah meruapakan sebahagian daripada pengurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba Nya.




Di antara anugerah yang sering disalahgunakan oleh kaum wanita ialah paras yang cantik jelita.




Kerana mempunyai wajah yang cantik jelita ini boleh mencetuskan rasa kagum yang berlebihan seseorang terhadap kecantikan dirinya sendiri.




Rasa kecantikan diri melampau atau ujub ini amatlah merbahaya, kerana boleh menyebabkan si jelita memandang  semua orang lain adalah hodoh, bodoh dan menjijikkan.




Justeru itu dia tidak ragu-ragu untuk mencela dan memburuk mereka kerana pada anggapanya mempunyai wajah yang tidak seindah wajahanya, ataupun berwajah buruk mengikut ukurannya.




Tindakannya yang melampau seperti itu tidaklah wajar, kerana menghina hamba Allah yang tidak bersalah dalam soal ini.




Tindakannya itu bukan sahaja dihalakan terhadap kaum wanita yang sejenis dengannya yang dianggap berwajah buruk tapi juga terhadap kaum lelaki yang wajah mereka tidak setampan dengan idamannya.




Dia tidak akan melayan mereka yang dianggap berwajah buruk itu dengan sewajarnya atau selayaknya, bukan sahaja dengan lidahnya tapi juga dengan tangannya sebagai tanda kebencian hatinya terhadap mereka.




Lebih malang lagi kiranya  wanita cantik itu mempunyai keluarga yang kaya raya, atau datang dari keluagra berdarjah, atau dia sendiri mempunyai pekerjaan yang istimewa dan berkedudukan yang tinggi dalam masyarkat yang akan menjadi batu api untuk menyebabkannya merasa lebih bangga dengan kecantikan yang dimilikinya itu.




Saya terkenang zaman saya dalam persekolahan dulu, kami setiap hari berulang alik ke sekolah dengan menaiki bas yang terletak di Kota Bharu. Di sekitar kampung ini adalah seorang dua gadis yang tergolong dalam gadis yang cantik, dan salah seorang daripadanya berulang-alik dengan kami menaiki bas untuk ke sekolah setiap hari.




Gadis cantik ini tidak pernah dilihat bercakap dengan mana-mana pelajar yang berada dalam bas itu, malah dia akan duduk di sebuah kerusi kosong, kalau sudah ada penumpang yang wajahnya buruk atau tidak cantik, terutama orang-orang kampung, dia rela berdiri  dalam bas kerana  penumpang yang tidak disukainya kerana wajahnya yang tidak secantik yang diharapkannya.




Saya pernah bertemu dengannya selepas tamat sekolah berpuluh-puluh tahun yang lalu wajahnya yang cantik itu masih segar, dengan kulitnya yang putih lembut, dan bentuk badan yang indah; dan dia masih mengenali saya sekampung dengannya.




Saya harap sikap zaman lampaunya semasa zaman persekolahan itu telah berubah dan ditinggalkannya dalam laluan masa. Sejak itu sampai ke hari ini saya tidak pernah bertemu dengannya lagi.




Manusia yang terlampau mengkagumi kecantikan diri sendiri ini dalam istilah psikologynya dikatakan narsis. Ia berpunca dari sebuah kisah yang menarik. Sebuah dongeng dari Barat tentang seorang lelaki yang pada suatu hari melihat bayang-bayang wajahnya dalam air di sebuah kolam; dia merasa kagum kerana merasakan dirinya begitu cantik sedangkan sebelum ini dia tidak permah milhatnya. Dari sinilah asalnya perkataan tersebut.




Terlampau mengakum kecantikan diri sendiri ini sebenarnya adalah manusia yang tidak normal, dan meruapakan sejenis penyakit hati yang memerlukan perawatan yang wajar.




Kecantikan itu merupakan sebahagian daripada rahmat Allah yang dikurniakan hamba Nya yang bernasib baik, seperti juga dengan berbagai-baai kurniaan yang lain kepada manusia, termasuklah harta benda, kekayaan, pangkat dan darjah.




Di samping itu ada pula  orang-orang yang mendapat tempias rahmat yang Allah kurniakan kepada seseorang itu, seperti seorang suami yang memperolehi isteri yang cantik jelita, lalu merasa bangga kerana perolehan itu, atau sebalikya seorang isteri yang mempeolehi suami yang kacak dan tampan merasa bangga dengan perolehannya itu. Orang-orang ini menjadi lupa daratan, turut hanyut dengan suami atau isterinya dalam lautan nafsu kebanggan.




Allah mengurniakan berbagai-bagai nikmat kepada manusia untuk dinikmati dan disyukuri oleh hamba-hamba Nya yang bertuah itu dan ini membuktikan kemuliaan dan kebesaran Allah yang tidak bertepi.




Demikian jugalah pengurniaan Allah kepada manusia dalam bentuk kecantikan untuk dinaikmati dan disyukuri, bukanya untuk dibanga-bangga atau dijadikan  senjata untuk merasa dirinya istimewa dari orang lain yang tidak memperolehinya.




Sebaliknya orang-orang yang tidak memperolehi nikmat yang sama atau berkurangan pula seharusnya bersabar dan juga bersyukur dengan nikmat-nikmat lain yang bukan sedikit pula Allah kurniakan kepada mereka. Sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada setiap orang hamba Nya bukan sahaja banyak, tapi tidak terhitung banyak dan nilainya.




Di samping itu sebagai hamba kita hendaklah sentiasa  bersyukur dan sentiasa  mengingati bahawa  Allah  boleh mengambil balik segala pengurniaan Nya itu bila-bila sahaja yang dikehendaki Nya. Mungkin dengan sekelip mata sahaja semuanya akan lesap tanpa sebarang amaran. 




Hara benda kekayaan  boleh lesap dalam sekelip mata sahaja dalam kebakaran, kebanjiran atau tanah runtuh, kekayaan dalam bank boleh hilang kerana berlakunya penipuan, kejatuhan nilai saham yang tidak terduga, dan perniagaan boleh lingkup kerana kerugian atau penipuan yang tidak diduga.




Demikian juga rupa paras yang cantik dan tampan boleh hilang dalam sekelip mata dalam nahas perjalanan di darat, di laut dan di udara, boleh berlaku di tempat kediaman, di rumahtangga, di tempat kerja, di tempat rihat dan sebagainya. Semuanya boleh berlaku mengikut ketentuan Maha Pencipta Nya Allah.




Malah nyawa manusia pun boleh hilang dalam sekelip mata sahaja mengikut ketentuan Allah SWT.




Justeru itu kita sang hamba hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur kepada Allah dan berdoa supaya selamat di dunia dan akhirat.




Kerana ujub adalah sejenis penyakit hati yang yang ter tercela dalam Islam di mana setiap orang mesti meninggalkannya dengan serta merta supaya tidak terpengaruh dengannya.




Kehadiran sikap ujub bertakhta dalam hati sanubari seseorang akan membawa petaka yang buruk kepadanya, kerana menghidup dan menyuburkan rasa bangga, sombong dan riyak kerana orang lain .tidak memiliki apa yang  dimiliknya. Hanya dia yang memiliki wajah yang cantik atau tampan sedangkan orang lain tidak. Hanya dia yang cantik bergaya, bagai bulan purnama di pagar bintang di puncak angkasa.




Kerana bimbangkan bencana ujub menimpa umatnya, maka Rasulullah  SAW mengingatkan umatnya  tentang bahaya ujub itu kepada umatnya di dunia dan akhirat.




Dalam sebuah Hadisnya Baginda SAW bersabda:


“Tiga hal yang membawa kepada jurang 


kebinasaan; pertama tamak yang kikir, mengikut 


hawa nafsu yang selalu mengajak kepada 


keburukan, ketiga ujub iaitu takjub kepada diri sendiri”.



Tegasnya sikap ujub itu merugikan seseorang di dunia dan akhirat. Di dunia dia tidak disukai malah dibenci orang kerana boleh mendorongkannya menjadi somboang dan takabur, dan di akhirat pula dimurkai Allah dan pahalanya akan terhapus.

 

 


Demikian sedikit titik-titik renungan untuk dijadikan bahan pemikiran bersama, semoga memberi manfaat dunia akhirat.

 




Pondok Rahmat,



28 Febuari 2021/



16 Rejab 1442.

 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP