>> Friday, March 26, 2021
KELAHIRAN ANAK BONGSU
[Sebuah Kisah di Luar Sempadan Sains]
Khadijah Salleh Mek]
Khadijah terbaring dalam bilik
tidur. Sudah beberapa hari beliau begitu.
Beliau sakit perut hendak
bersalin. Bulannya sudah sampai, menunggu saat kelahiran sahaja lagi.
Tok Bidan, Tok Yam dari Dusun Muda pagi-pagi lagi sudah sampai untuk menyambut kelahiran bayinya itu.
Pada masa yang lalu, beliau bersalin
dengan mudah, tidak ada apa-apa masalah atau komplikasi.
Tapi kali ini lain sedikit,
kerana menurut Tok Yam anak yang dikandunginya berada dalam keadaan songsang.
Merbaya melahirkan anak songsang.
Ibrahim bin Mustaffa [Ayah Bin]
Khadijah merasa gerun untuk
melahirkan anaknya yang songsang. Takut bayi tersangkut, tidak keluar. Dan kalau
keluarpun tentu dalam keadaan sukar. Gerun’
Walau bagaimanapun Khadijah
bertaukal, berserah diri kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayayang.
Tok Yam sedang menggosok-gosok
perutnya dengan minyak, sambil meminta beliau bersabar dan sentiasa ingatkan kepada Allah.
Walau bagaimanapun Khadijah
merasa kurang selesa kerana seseorang yang ditunggunya masih belum tiba.
Ayahnya Che Leh yang tinggal di Kg, Salur, sedangkan beliau di rumahnya di
Bawah Kg. Sireh, Kota Bharu.
Che Leh walaupun bukan Mak Bidan,
tapi mempunyai ilmu perbidanan yang diwarisinya secara turun temurun. Beliau mengeahui tata cara orang bersalin.
Pada masa-masa yang lalu setiap
kali melahirkan anak Che Leh ada bersama.
Beigutlah susdah lapan orang anak beliau bersalin, dan yang ini kali yang
sembilan di hadapan ayahnya Che Leh.
Che Leh berjanji akan sampai pada
pagi itu untuk menyambut kelahiran cucunya itu. Tapi beliau masih belum sampai
lagi.
Khadijah berharap dan bedoa
semoga Che Leh akan selamat sampai sebelum tiba waktu beliau melahirkan nanti.
Tiba-tiba Khadijah merasa sesatu tekanan dalam perutnya dan menyebabkan anak dalam perutnya keluar. Beliau berjaya melahirkan anak yang sedang ditunggunya itu.
Beliau percaya melahirkan anak di hadapan Tok Bidan Tok Yam dan ayahnya Che Leh yang menyambut kelahiran bay itu. Selamat dilahirkan.
Walau bagaimanapun beliau banyak menumpahkan
darah hingga pada suatu ketika beliau tidak sedarkan diri.
Kemudian bila beliau membuka
matanya, beliau ternampak ayahnya Che Leh tersembul di muka pintu yang terbuka
sedikit itu.
Beliau lalu bertanya, “Che gi mana tadi?” kerana pada sangkanya selepaskan menyambut cucu Che Leh keluar sekejap dari bilik.
“Che tidak ke mana-mana. Che baru
sampai ni”, ayahnya Che Leh menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Dia baru
sampai.
“Bukankah Che ada bersama Tok Yam
tadi?”, katanya lagi.
Tapi Che Leh tidak menjawab
apa-apa, lalu masuk dan duduk di sebelahnya sambl mengambil bayi itu.
Kalau begitu siapa tadi?
Nota Kaki
Khadijah Salleh adalah kakak sulung saya. Peristiwa ini berlaku pada 8 Januari 1970 , dan anak yang dilahirkannya itu dinamakan Khairulzaman bin Ibrahim, dan panggilan timanganya Pak Su semperna dengan beliau anak bongsu. Sekarang bertugas di Johor. Sementara kakak saya Khadijah, yang dipanggil Mek meninggal pada 2017, sementara suaminya Ibrahim meninggal pada 30 November 2002.
Didoakan semoga keduanya sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah yang berekalan].
Pondok Rahmat:
20 Mac 2021/
6 Syaaban 1442
0 comments:
Post a Comment