>> Wednesday, April 14, 2021

 

 

 

 

BERJUANG 



DENGAN 



SYAITAN?







 

Salah satu perjuangan yang paling haibat yang berlangsung sepanjang masa di kalangan makhluk Allah ialah perjuangan antara makhluk manusia dan syaitan.

 



Kedua-duanya dijadikan Allah berbeza sifat kejadiannya, kerana manusia wujudnya dapat dipandang mata, tapi syaitan tidak dapat dilihat kewujudan fizikalnya oleh manusia Tegasnya manusia tidak dapat melihat syaitan, tapi syaitan dapat melihat manusia.

 



Berjuang menentang syaitan adalah satu perjuangan paling sengit di sepanjang hayat seseorang manusia dari hidup sampai ke akhir hayatnya. Justeru syaitan sentiasa berusaha untuk menumpaskan manusia dengan tujuan untuk merosakbiansakan hidup mereka menjadi hancur lebur lahir dan batinnya.

 



Dalam hal ini syaitan  akan memusnahkan keamanan dan ksenangan hidup manusia lahir dan batin dengan mengkucar-kacirkan kehidupan  mereka.

 

 


Justeru syaitan sentiasa menjadi ancaman dan musuh manusia sepanjang zaman, dari sejak Nabi Adam as hingga sekarang dan masa-masa akan datang..

 



Syaitan merupakan makhluk Allah yang bongkak, sombong dan takabur, meta dan tidak segan-segan membantah dan melanggar perintah Allah SWT kepadanya yang menyebabkan mereka menjadi pendurhaka dan  disingkirkan dari Syuga.

 



Allah berfirman, “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kepada Adam”. Mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombong diri dan ia termasuk golongan yang kafir”.

 



“Dan Kami berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga dan makanlah dengan nikmat [berbagai makanan] yang ada di sana sesukamu. Tetapi janganah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim”.

 



“Lalu syaitan memperdayakan keduanya dari syurga sehingga keduanya dikeluarkan dari [segala kenikmatan] ketika keduanya di sana [syurga]”.

 



Dan seterusnya,

 



“ Dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan”. Al-Baqarah [2]:34-36

 



Seterusnya Allah berfirman dalam Kitab Suci al Quran menerusi kata-kata Syaitan yang bermaksud, “Berkata iblis: Wahai Tuhanku, setelah Engkau sesatkan aku, pasti aku halangi mereka dari jalan lurus Mu [Agama Islam]. Akan aku goda dan hasut mereka ke arah kejahatan dari hadapan, belakang, kiri dan kanan mereka. Sehinggakan mereka tidak mempunyai waktu untuk bersyukur kepada Mu”. Al-A’Araf: 16-17.




Demikianlah syaitan itu tetap kekal menjadi musuh manusia buat selama-lamanya.




Biasanya  syaitan memperdayakan manusia menerusi pujukan, rayuan, hasutan dan berbagai-bagai gangguan lagi yang boleh menyebakan manusia terperdaya dan terdorong melakukan kemngkaran andainya mereka  tidak sentiasa awas,  hati-hati, atau lupa dan lalai dalam hidup yang penuh dengan cabaran ini.

 



Demikianlah yang berlangsung dari sejak kala dahulu hingga sekarang dan masa-masa akan datang sampai ke akhir zaman.




Kerana itu kita umat Islam dikehendaki sentiasa beriman, bertakwa serta berdoa kepada Allah SWT memohon perlindugan kepada Nya daripada bahaya dan ancaman syaitan dan sebagainya, yang nampak atau tidak nampak di pandangan mata kita.




Dalam hal ini kita ummat Nabi Muhammad SAW  disarankan supaya seniasa berdoa dan memohon pelindungan kepada Allah SWT daripada ancaman  godaan syaitan yang diusir itu. Di antara doa perlindungan itu yang paling ampuh ialah bacaan yang diajarkan oleh Allah dan Rasulullah SW kepada umatnya ialah berbunyi”

 


 

Maksudnya, “Aku berlindung kepada Allah dari [godaan] syaitan yang diusir”.




Di samping itu, perkataan “Bismillahirrahmaanirraahiim” itu sendiripun menurut para ulama mempunyai fadhilat yang besar pula dalam perjuangan menumpaskan syaitan yang terkutuk. Bagaimana haibatnya kalimah tersebut tergambar dalam sabda Baginda SAW yang bermaskud, “Ketika turun Bismillahirrahmaaniraahim bergembiralah ahli langit dari bangsa malaikat, bergoncanglah arsy, kerana turunnya. Dan turun pula sertanya 1,000 malaikat. Dan bertambah iman para malaikat, dan tunduk mukanya segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya”.  




Di samping itu seluruh Surah al-Fatihah itu sendiri mempunyai berbagai-bagai kegunaan, termasuk mengobat berbagai-bagai penyakit dan melindungi pembacanya  dari gangguan syaitan.




Banyak Hadis-hadis Nabi SAW menyatakan berbagai-bagai fadhilat yang penting tentang Surah Al Fatihah untuk mendapat keberkataannya.




Antaranya Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Surah Al-Fatihah itu dapat mengubat segala jenis penyakit”.




Dan, “Apabila engkau selalu membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas amanlah engkau dari segala sesuatu”.

 



Demikianlah antara senjata ampuh yang kita miliki untuk berjuang dengan makhluk syaitan yang terkutuk itu.




Kerana itu Bismillahhirahmanirrahim itu   dibaca dalam semua keadaan dan ketika, semoga dengan itu kita akan mendapat keberhasilan yang baik dan cemerlang dari apa yang kita usahakan, seperti membaca Al Fatihah ketika hendak makan, minum, ketika hendak tidur baring, hendak membaca, menulis, berucap, mengambil wudhuk, ketika naik kenderaan dan sebagainya.




Malah lebih jauh lagi membaca Bismillahh irrahmannirrahim ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan itu bukan sahaja memberi keberkatan kepada diri pembacanya, malah kepada keluarga, dan seluruh anggota masyrakat akan dapat menikmati keberkatannnya.




Ada sebuah kisah yang termasyur tentang fungsi Bismilahirrahminiirahim berkaitan dengan syaitan.




Menurut kisahnya ada dua syaitan pada sautu ketika telah bertemu, dan seperti biasa berlakulah dialog antara keduanya, iaitu antara syaitan kurus dan syaitan gemuk.




Syitan gemuk: Kenapakah engkau   kurus kekek seperti ini?.




Syaitan kurus: Aku tinggal di rumah manusia yang membaca Bismillah setiap memasuki rumahnya. Demikian juga ketika makan dia mengucapkan Bismillah. Itulah sebabnya aku menjadi kurus kering seperti ini.




Syaitan gemuk: Aku tinggal di rumah orang yang tidak mengerti apa-apa.  Kerana itu aku makan bersama mereka, aku berpakaian dan bernikah bersama mereka. Kemudian aku naik tengkuknya seperti menunggang kederaan”.




Ini adalah sejajar dengan Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Sesungguhnya syaitan menganggap halal makanan yang tidak disebutkan nama Allah padanya”.




Surah Al Fatihah mengandungi tujuh ayat sahaja, tapi kedudukannya amat penting kerana memulakan letak sebuah al Quran yang mengandungi 114 surah dan mempunyai 6236 ayat, dan isinya menjadi inti sari kepada sebuah kitab suci itu. Sebarang solat tidak sah tanpa membaca Surah Al Fatihah.




Secara ringkasnya antara perkara-perkara yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah ialah mengenai masaslah ibadat, tentang ketauhidan, masalah pembalasan kepada hamba-hamba Allah di dunia dan di akhirat, dan jalan-jalan untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat dan sebagainya.




Rasulullah SAW bersabda tentang Surah Al Fatihah, “Sebesar-besar surah dalam al Quran, adalah Allahmdu lillaahi rabbil ‘allamiin [Al Fatihah”.




Demikian kita diajar oleh Rasulullah SAW cara-cara untuk  tidak terjatuh ke dalam jaringan perangkap syaitan yang sentisa berusaha untuk membinasakan manusia.

 

 



Pondok Rahmat


Lorong Masjid PT,


Kota Bharu.


14 April 2021/


2 Ramadhan 1442

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP