>> Thursday, April 22, 2021
SALOR
TOK BOMOH
POK CHU LEH
KAMPUNG SALOR
[Bahagian 1]
PUTERA KAMPONG
SALOR
Kampung Salor
adalah sebuah kampung tradisional yang terkenal sejak lama dahulu lagi sehingga
sekarang. Asalnya sebuah kampung kecil yang kemudiannya berkembang merangkai
menjadi beberapa sebuah pung yang lebih besar yang terdiri dari beberapa buah
kampung-kampung kecil tadi.
Daripada
kampung-kampung besar tadi yang terbentuk menjadi sebuah daerah, iaitu Daerah Salor yang merupakan kawasan pentadbiran yang terletak dalam Jajajahan
Kota Bharu, Negeri Kelantan Darulnaim.
Pada suatu masa
dahulu Kampung Salor merupakan pusat budaya, pusat perdagangan dan pusat
perubatan tradisional yang terkenal. Keadaan ini bertambah semarak lagi dengan
terdapat ramainya wanita-wanita yang
comel-comel terdapat di Kampung Salor dan kawasan sekitarnya.
Mok
Seperti biasa
dalam kampong seperti itu terdapat tokoh-tokoh tempatan yang terkenal dengan
kemahiran masing-masing sejajar dengan perkembangan semasa. Demikian jugalah dengan sejarah
Kampung Salor.
POK CHU LEH ANAK
SALOR
Pok Chu Leh
adalah salah seorang yang terkenal di Kampung Salor dan merupakan salah seorang
tokoh yang terkenal dalam beberapa bidang, antaranya dalam bidang budaya dan
perubatan tradisional.
Nama
sebenarnya Salleh bin Hj. Mohammad,
lahir 1913 mengikut kad pengenalan, dan meninggal di Tanah Suci Mekah ketika
menunai Ibadat Haji pada 13 November 1974. Namun mengikut beliau usia beliau yang sebenarnya lebih tua dari itu
lagi.
Anak-anaknya
memanggil beliau Che dan cucu-cucunya memanggilnya Che Leh, dan anak-anak
saudaranya pula memanggilnya Tok Chu Leh
dan orang ramai pula memanggilnya Pok Chu Leh dan dengan gelaran tambahan Pok
Chu Leh Tok Bomoh kerana beliau boleh berbomoh orang sakit.
ASAL USULNYA
Dari Mana?
Ramai anak-anak
cucu terertanya-tanya tentang asal
datoknya Che Leh, tapi tidak ada siapa yang mampu memberi jawapannya. Biarlah
saya cerita sedikit tentang perkara itu.
Orang tua Che
Leh berasal dari Kampung Gua Musang lama. Kampung itu dikatakan terletak di
tebing sungai dengan tanah menjulur sedikit seperti sebuah semenanjung. Di
atas tebing sungai itulah dikatakan
kampung asal Che Leh.
Tapi tidak dapat
dipastikan bilakah keluarganya berpindah ke Kampung Salor dan bagaimana
caranya, namun begitu andaian secara mudahnya a
ialah ikut jalan Sungai Kelantan, sesuai dengan Kg. Salor terletak di
tebing sungai.
Saya pernah
mempastikan dengan penduduk Gua Musang bahawa Kampung Gua Musang lama yang
dikakatkan terletak di tebing sungai itu memang ada sampai sekarang [kira-kira
30 tahun yang lalu ketika perkara ini dibangkitkan].
Kisah ini
diberitahu oleh abang saya, Arifin Salleh [Ayah Fin], dan Khadijah Salleh [Mek]
kakak sulung kami mengesahkan cerita itu, malah kata Mek, Che Leh kalau pergi
ke Gua Musang akan singgah di sebuah kampung di tepi sungai, di mana terdapat
sebuah kedai makan. Beliau sebut nama kampung itu tapi saya telah lupa dan
catatan saya masih belum ditemui.
Di kedai itu Che
Leh akan berhenti berihat samalam dua baru bertolak balik ke Kota Bharu. Mek
percaya penjual kedai makan itu adalah terdiri dari keluarga Che Leh. Pada masa
itu Che Leh sering pergi ke Gua Musang
mengambil upah untuk mencari buloh-buloh hutan untuk dibawa balik ke Kota
Bharu.
Kakak saya
Khadijah juga memberitahu di suatu tempat dalam Jajahan Gua Musang itu terdapat keluarga Che Leh yang
pada waktu itu bekerja membawa perahu penambang menyeberangi sebatang anak
sungai di mana di seberang sana terletaknya setesen keretapi Tanah Melayu.
Beliau beritahu nama tempat itu dan juga nama orang tersebut.
ADIK BERADIK
Che Leh
mempunyai empat orang adik beradik, iaitu yang sulung perempuan Kalthum
namanya, kami panggil beliau Mok Som, adik Mok Som perempuan namanya Mariam, kami panggil beliau
Mok Yam, kahwin dengan kerabat di raja.
Dua orang lagi lelaki, iaitu abang Che Leh iaitu Usman dan yang bongu
ialah beliau, Salleh bin Hj. Muhammad.
Che Leh amatlah
menyayangi abangnya Usman, sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi abangnya
itu.
Di Kampong Kedai Salor itu ada sebuah masjid yang baru dibina, bukan masjid Jmaat, iaitu Masjid Usman Affan yang dibina oleh anak perempuan Usman, Che Mas. Ia terletak di sebelah kiri jalan ke arah Pasir Mas.
Ia diselanggara oleh Abang Man/Ayah Teh, iaitu Abdul Rahman bin Awang Besar, pesara guru dan bekas suami gemulah Kak Dah/ Che Dah.
Pusara datok kami Hj. Muhammad ini pernah ditunjukkan oleh gemulah Abang saya Arifin, di perkuburan Pohon Rambai Kedai Salor di mana keluarga kami disemadikan di situ. Tapi akhirnya saya tidak dapat mengesannya lagi kerana penanda yang saya gunakan sudah tidak ada lagi di situ, sedang abang saya Arifin telah tiada lagi.
MOK MUNAH
Che Leh atau
Salleh bin Hj. Muhammad atau Pok Chu Leh telah mendirikan perkahwinan dengan
seorang wanita pilihannya sepanjang hayat, namanya Maimunah binti Ismail.
Tidaklah dapat dipastikan bilakah tarikh perkahwinan mereka yang kekal
sepanjang hayat mereka itu.
Maimunah pada
masa itu adalah seorang wanita yang parasnya cantik jelita yang menjadi rebutan
para jejaka pada masa itu.
Semua orang yang
mengenalinya, baik tua atau muda memanggil beliau Mok Su Munah, walaupun dia
sebenarnya bukannya anak bongsu. Beliau adalah seorang isteri yang bersimpati dan
rela bekerjasama dan bertungkus–lumus membantu keluarga dalam usaha mencari
rezeki yang halal.
Kerja beliau
yang utama ialah berniaga pulut bakar, iaitu membuat pulut bakar yang
termasyur. Memang pulut bakar Mok Su Munah amat populer, sampai keluar daerah,
seperti ke Kota Bharu, Pasir Mas, Labak, Machang dan sebagainya.
Mengikut beliau
perkahwinannya dengan Che Leh merupakan cetusan kisah yang menarik. Beliau pada
mula-mulanya tidak berkenan dengan Che Leh, kerana katanya rupanya tidak
handsome, hitam dan pada masa itu tidak
mempunyai pekerjaan tetap.
Tapi takdir
Allah pada suatu petang beliau merasa semangatnya melayang terbang di sambar oleh sesuatu yang tidak
diketahui, katanya dan sejaklah itulah beliau menjadi jatuh cinta rindu kepada
Che Leh.
Justeru itu
kadang-kadang beliau bersenda-gurau
mengatakan kepada Che Leh di hadapan anak-anaknya, “Mok sebenarnya tidak hendakkan
Che mu ni tapi dengan ilmunya dia berjaya menawan hati mok ni”. Che Leh
yang mendengar kata-kata itu hanya
tersenyum meleret tanpa kata.
Mok seorang yang
suka bercakap, malah suka berhujah tidak kira dengan siapa, dengan anak,
menantu, selagi ada poin beliau akan berhujah.
Masa mudanya Mok
adalah seorang .yang comel, berkulit putih dan matanya tajam cantik menawan.
Justeru beliau
menjadi rebutan para jejaka pada masa itu, termasuklah dari kalangan kerabat
yang ingin menyuntingnya. Tapi walau bagaimanapun Che Leh juga menjadi pilihan
terbaik.
Che Leh dan Mok
Munah menjadi suami isteri yang berbahagia yang hidup berkasih sayang antara
satu sama lain sampai ke akhir hayat mereka masing-masing.
ADIK BERADIK MOK
MUNAH
Patut juga
disentuh tentang pemberian nama-nama anak Che Leh baik lelaki atau perempuan
terdiri dari nama-nama yang baik-baik, tidak diberi nama yang jelik atau buruk
seperti sesetengah ibubapa dalam menamakan anak-anak mereka pada masa itu.
Mok Munah
mempunyai lima orang adik beradik. Beliau yang sulung, dipanggil Kak Wan oleh
adik-adiknya dan dipanggil Mok Adik oleh anak-anak saudaranya, dikuti oleh Salamah, panggilanya Mok Ngah atau
Tok Ngah, Che Muda, panggilannya Pok Muda, Yahya panggilannya Pok Nik Ya dan
Muhammad, panggilanya Pok Su Mad.
Tidak dapat
dipasti asal keturunan Mok dengan tepat dan masa asal mereka. Ayah Mok bernama Ismail dan ibunya bernama
Kalthom, atau Mek Som dan dikenali dengan panggilan Mok Som, atau Wo
dan akhirnya dipanggil Wo Haji selepas beliau balik dari Mekah.
Wo Haji mempunyai seorang saudara perempuan berlainan bapa, namanya Minah, dipanggil Wo Minah. Pada mulanya tinggal sekampung, walaupun berjauhan rumah, tapi akhirnya pindah ke Kg. Tanjung Emas, Jalan Pengkalan Chepa dan meninggal di sana
TABURAN KELUARGA
Walau
bagaimanapun antara tempat-tempat yang masih diingati tapi tidak dapat
dipastikan lokasinya yang sebenar. Antara tempat-tempat itu ialah:
Kampung Kedai Salor adalah pusat bermulanya keluarga Che Leh.
Jajahan Kota
Bharu: Lorong Gajah Mati, Kampung Menuang, dekat Masjid Muhammadi Kota Bharu,
Dewan Beta, Kampong Cherang, Bunut Payong, Sabak [kawasan pesisir].
Pasir Mas:Kampung
Lemal, Kg. Banggol Che Wan.
Tanah Merah, Bandar Tanah Merah, Belimbing.
Pasir Puteh:Kg.
Cherang Ruku.
Tumpat:Kampung
Berangan
Machang:Kampung
Bandar
Selangor: Subang Jaya, Bandar Baru Saujana Utama, Sungai Buloh.
Terengganu: Kampong Raja, Gong Badak, Kuala Terengganu
Dan lain-lain,
https://pondokrahmat.blogspot.com/2021/04/salor-perwatakan-tok-bomoh-pok-chu-leh.html
0 comments:
Post a Comment