PUJI MATI
>> Thursday, June 11, 2015
Mati itu
temannya hidup. Setiap hari, malah setiap detik, berlaku kematian di seluruh
dunia. Si mati itu mungkin keluarga kita, atau bukan keluarga kita; mungkin
kita kenali atau mungkin juga tidak kita kenali;mungkin orang yang kita kasihi atau
orang yang kita benci.
Biasanya bila
seseorang mati, orang yang menetahuinya atau mengenalinya akan mengucap takziah
kepada keluarganya dan mengalungkan berbagai-bagai bunga kepujian kepada si
mati.
Mereka mungkin
terdiri daripada para sahabatnya, atau musuh-musuhnya malah orang munafik
terhadapnya sewaktu hidupnya juga tidak lokek untuk melonggokkan pujian
terhadap si mati.
Mereka tidak
segan-segan mendakwa si mati pada masa hayatnya seorang yang sangat baik, suka
menolong orang, pemurah, warak, pemikirannya bernas dan sebagainya lagi,
termasuklah musuh-musuh ketatnya semasa hayat, terutama musuh-musu poiltiknya
ikut mencurah kepujian.
Ada beberapa
sebab orang yang mati segera dipuja dan dipuji oleh musuh-musuhnya semasa
hayatnya dulu,
Orang mati
tidak lagi boleh menjadi musuh orang hidup. Jasadnya telah keras kaku dan tidak
berfungsi lagi. Dan akan segera disemadi dalam tanah buat selama-lamanya. Si
mati telah menjadi bangkai yang pekak dan bisu terhadap hal-hal keduniaan.
Orang mati
tidak dapat berfikir lagi, tidak dapat berhujah lagi, tidak dapat menyanggah
lagi, tidak dapat mengeritik lagi, baik dengan mulut atau dengan tulisan, justeru
itu orang-orang yang hidup tidak perlu lagi takut kepada mereka yang telah mati
itu. Dia bukan musuh yang nyata lagi.
Kematian telah
memadamkan senarai barisan musuhnya dan untuk selama-lamanuya, Justeru si mati
tidak perlu lagi dicurigai atau ditakuti.
Teganya
orang-orang mati tidak lagi dapat memberi apa-apa pertentangan atau perlawanan atau perseteruan kepadanya,
walaupun semasa hayatnya dulu si mati adalah salah seorang seteru ketatnya,
secara jelas atau tersembunyi.
Si mati tidak
lagi dapat melihat dengan matanya untuk menyatakan tidak bersetujunya atau
menentang apa-apa yang dilakukannya, walaupun perkara yang sedang dilakukannya
itu tidak wajar. Mata si mati tidak lagi dapat menjadi saksi apa-apa
perbuatannya itu kerana telah tertutup rapat, dan tidak terbuka lagi buat
selama-lamannya.
Demikian juga
dengan telinganya telah menjadi pekak dan bisu untuk mendengar kata-katanya
walaupun dusta dan penuh penipuan. Dia tidak perlu takut dan bimbang lagi,
kerana telinga si mati telah tersumbat dan tidak lagi dapat menjadi saksi ke
atasnya.
Si mati tidak
lagi menjadi beban kepada si hidup, kalau selama ini dia menjadi beban kepada
mereka yang masih hidup, Kematian telah menamatkan beban itu, baik berat atau
ringan.
Justeru si mati
tidak lagi perlu dikutuk segera. Lagipun alangkah buruknya mengutuk si mati
yang tidak lagi mampu memberi apa-apa reaksi, malah tidak mendengar dan
mengetahuinya pun. Justeru lebih memberi pujian dan sanjungan, supaya
orang-orang yang masih hidup, orang-orang yang menyayanginya tidak menaruh
sebarang permusuhna dengannya lagi.
Lagipun memberi pujian itu tidak memerlukan sebarang
perbelanjaan, buka saja mulut, lalu ucapkan sesuatu pujian, baik dengan hati
ikhlas atau tidak ikhlas, tidak ada siapa yang tahu, dan ianya tidak melibatkan
sebarang kerugian harta benda. Kecuali air liur yang keluar dari mulut itu
bertukar menjadi butir-butir emas dan terus jatuh ke gengaman orang lain.
Namun begitu mungkin ada puji-pujian yang sungguhati,
yang benar dan jujur, yang turut merasa sedih di atas pemergiannya yang tidak
akan kembali lagi itu. Kemudian turut berdoa untuknya semoga diredai oleh Allah
dan berada di tempat yang mulia di sisi-Nya.
hakikat puji mati itu.
SELANGOR
2 comments:
salam tuan, saya faizah izzani zakaria daripada utusan malaysia. boleh saya dapatkan emel tuan. ini emel saya angah.ichigo@gmail.com. saya ingin berhubung dengan tuan. harap dpt maklumbalas.
Salam. email yang diberi tidak dapat dihubungi. Katanya tidak dikenali. Saya baru balik di Indonesia. Masih di KL lagi.
Post a Comment