BANYAK SANGAT RAJA DI DUNIA
>> Tuesday, June 2, 2015
TERLALU BANYAK RAJA DI DUNIA
Raja adalah
institusi yang dimulia dan dihormati, kerana ia mempunyai kuasa pengetuaan atau
pemerintahan sesebuah negeri, negara atau bangsa yang mesti dijunjung tinggi oleh
rakyat. Kebanyakan negeri-negeri di Malaysia Barat diperintah oleh Raja yang
biasanya dipanggil Sultan.
Di samping
definisi yang unggul tersebut, Raja juga diberikan berbagai erti lagi,
antaranya untuk menunjukkan kekuasaan seseorang pada suatu tempat atau keadaan
yang tersendiri dan juga untuk
menggelarkan seseorang yang pandai dalam sesuatu bidang atau kemahiran yang
memasyurkan namanya.
Mengambil makna yang kedua inilah ada berbagai-bagai perkara telah disandangkan dengan nama Raja untuk membuktikan keistimewaannya. Ada di antara sandaran nama-nama itu mempunyai kelogikannya dan sebaliknya ada pula yang tidak wajar untuk disandangkan dengan gelaran yang mulia itu.
Keberhasilannya
kita mempunyai banyak nama-nama yang disandangkan kepada raja. Dalam ini ada di
antara gelaran raja itu diberikan kepada benda-benda bernyawa dan berakal
fikiran, dan sebaliknya pula ada pula diberikan kepada benda-benda kaku beku,
dan tidak bernyawa, dan juga tidak berakal fikiran.
Antara
gelaran-gelaran raja yang disandangkan kepada sesuatu itu, sekadar untuk pengetahuan
ialah
-Rajin Jin
Jin adalah sejenis makhuk ghaib. Gelaran Raja Jin diberikan kepada mana-mana jin yang memiliki kekuataan yang mampu menguasai jin-jin lain, dan mampu memerintah jin-jin lain itu menurut suruhan atau perintahnya. Seperti raja manusia juga, raja jin ditaati oleh jin-jin yang lain, kerana keberanian dan kekuataannya.
- Raja Rimba
Haiwan yang
gagah dan berani, sehingga digelar Raja Rimba, biasanya gelaran itu diberikan
kepada singa. Atau ia digelar juga sebagai Raja Rimba.
-Raja Laut
Gelaran ini
diberikan kepada mansuia yang berjaya menguasai sesuatu kawasan di lautan,
antaranya kepada ketua-ketua perompak yang berani dan sering melakukan
rompakan.
-Raja Catur
Raja catur
ialah nama buah catur yang terpenting dalam permainan catur. Ukiran rupanya
juga cukup istimewa daripada buah-buah catur yang lain yang juga mempunyai
nama-nama yang tertentu. Seluruh buah-buah catur yang lain bertindak sebagai
pahlawan untuk menyelamatkan raja catur dari terkena tawan atau mat yang
menyebabkan pemainnya tewas.
-Raja Terup
Kad daun terup
yang mempunyai gambar raja dan diberikan
kedudukan yang istimewa sebagai raja terup.
-Raja Agas
Gelaran yang
dberikan kepada seseorang yang bertubuh kecil tapi mempunyai hati yang cekal
dan berani.
-Raja Cacing
Gelaran ini
diberikan kepada seseorang yang kurus melidi, seperti seekor cacing.
-Raja Singa
Raja Singa
adalah sejenis penyakit yang lebih dikenali dengan nama siflis, atau penyakit
perempuan, ataupun penyakit sundal, iaitu yang biasanya dikaitkan dengan
hubungan seksual.
-Raja Minyak
Gelaran ini
diberikan kepada orang yang berkuasa atau berpengaruh dalam perusahaan minyak,
mungkin jutawan kerana perniagaan minyak, sehingga dia menjadi terkenal.
-Raja Getah
Gelaran ini
diberikan kepada seseorang yang berkuasa dan berpengaruh dalam perusahaan
getah, dan mungkin seorang jutawan dalam perdagangan getah, menyebabkan namanya
termashyur.
-Raja Wang
Gelaran
istimewa diberikan kepada orang kaya yang mempunyai banyak wang, iaitu seorang
jutawan yang kaya raya.
-Raja Berperlembagaan
Raja yang
memerintah sebuah negara atau kerajaan di mana pemerintahannya tertakluk kepada
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh perlembagaannya sendiri. Baginda tidak
boleh melakukan sesuatu yang bercanggah dengan perlembagaan tersebut.
-Raja Muda
Gelaran
diberikan kepada seseorang bakal pengganti raja atau sultan yang memerintah. Ia
disebut juga sebagai Tengku Mahkota. Bila seseorang Raja tidak ada dalam
negeri, maka Raja Mudalah yang akan memangku jawatannya, atau bila seseorang
raja mangkat, maka Raja Muda inilah biasanya ditabal menjadi raja.
-Raja Perempuan
Gelaran yang
diberikan kepada seseorang perempuan yang menjadi isteri atau permaisuri
kepada seseorang raja.
-Raja Permaisuri Agong
Gelaran yang
diberikan kepada seseorang wanita yang menjadi isteri atau permaisuri kepada Yang
di Pertuan Agong.
-Raja Bola
Gelaran Raja
Bola diberikan kepada pemain yang handal bermain bola, dan telah bermain dengan
cemerlang, dan memberi sumbangan gol kemenangan yang mewah kepada pasukannya.
-Raja Pecut
Seorang yang pantas berlari, sehingga muncul menjadi
juara berlari. Namanya menjadi terkenal kerana kepantasannya berlari itu.
-Raja Bukit
Gelaran untuk
penunggang basikal yang laju yang berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan
basikal.
-Raja Sehari
Gelaran istimewa
yang diberikan kepada pengantin baru.
-Raja Jenang
Gelaran
diberikan kepada seseorang yang mengatur acara berlaga atau menyabung ayam.
-Pisang Raja
Ada sejenis
pisang yang dinamakan pisang raja, Pisang ini buahnya besar, panjang, manis dan
baunya wangi jika dibandingkan dengan pisang-pisang biasa. Pada hari ini sangat
sukar untuk memperolehinya. Ia boleh dimakan mentah dan dimasak sebagai sira
pisang umpamanya. Ia mungkin dinamakan pisang raja kerana keistimewaannya itu.
-Puding Raja
Ada sejenis
makanan pula dinamakan puding raja. Makanan ini terkenal di Negeri Pahang. Tapi
peliknya pisang yang digunakan untuk membuat puding raja ini bukan pula pisang raja, tapi pisang lemak
manis.
Menurut orang
Pahang, pisang lemak manis ini amat perlu untuk membuat puding raja. Kata
mereka, pisang lemak manis itupun seboleh-bolehnya hendaklah berasal atau ditanamkan
di Pahang juga, seperti di sekitar Kuatan atau Pekan. Menggunakan pisang lemak
manis yang datang dari negeri-negeri lain, tidaklah sesedap pisang lemak manis
dari Negeri Pahang untuk membuat puding raja, apa lagi andainya menggunakan
pisang yang bukan pisang lemak manis, seperti yang dibuat oleh peniaga-peniaga
di luar Negeri Pahang.
-Raja Buah
Gelaran yang biasanya diberikan untuk buah durian yang mempunyai rasa dan bau yang cukup istimewa itu.
-Raja Burger
Ada sejenis
makanan baru yang dipanggil Burger King yang bererti Raja Burger yang
merupakan salah satu burger yang terkenal di Malaysia hari ini.
-KETURUNAN
RAJA
Semua anak-anak
yang dilahirkan oleh ayah dan ibunya berketurunan raja, maka mereka juga layak
meletakkan gelaran pada pangkal nama mereka untuk menunjukkan mereka keturuna
raja. Biasanya gelaran yang digunakan ialah Tengku, kerana perkataan raja
itu asalnya gelaran, bukan nama.
Namun begitu,
pada akhirnya ada juga mereka yang berketurunan di raja itu menggunakan
perakataan raja di pangkal nama anak-anak mereka sebagai sebahagian dari nama keturunan
mereka itu. Nama yang menujukkan seseorang anak itu keturunan di raja diakui
oleh kerajaan dan layak didaftarkan dalam pendaftaran negara.
Kepada lelaki yang berketurunan di raja jika berkahwin dengan wanita biasa yang tidak keturunan raja, maka anak mereka akan digelarkan pada pangkal nama mereka dengan Nik. Ini bermaksud anak keapda anak raja yang berkahwin dengan orang keluaran yang bukan berdarah raja.
Hari ini untuk
menamakan anak dengan meletakkan perkataan raja, atau nik tidaklah mudah. Ia
memerlukan memenuhi beberapa syarat sebagaimana ditetapkan oleh pihak berkuasa
Pendaftaran Negara. Syarat utama ialah ibu bapa si anak itu mestilah mempunyai
nama raja atau nik di pangkal nama mereka sendiri. Kalau tidak penamaan anak
mereka sebagai tengku, raja atau nik akan di tolak.
Pada suatu masa
surat sokongan daripada persatuan kerabat di raja yang berdaftar
di sisi undang-udang diperlukan untuk kelayakan menggunakan nama nik
atau raja itu, andainya ayah atau ibu anak itu memang berdarah raja, tapi tidak beranama nik atau raja.
Perkara ini
berlaku bila orang tua anak itu pada masa dilahirkan dulu tidak didaftarkan
dengan nama nik atau raja oleh orang tua mereka sendiri kerana sebab-sebab
tertentu, walaupun nama mereka sendiri mengikut kad pengenalan menggunakan nama
nik atau raja di pangkal nama mereka.
Tapi sejak
kebelakangan ini surat sokongan persatuan kerabat di raja itupun tidak berharga
lagi, kerana Pihak Pendaftaran Negara tetap menolaknya selagi ayah dan ibunya
tidak mennggunakan perkataan nik atau raja di pangkal nama mereka sendiri,
walaupun semua saudara-saudari bayi yang dilahirkan sebelum undang-undang
tersebut dikuatkuasakan telah dibenarkan menggunakan nama nik atau raja., walaupun ibu bapa mereka sendiri tidak mempunyai nama pendaftaran sebagai keturunan
raja.
Tapi untuk
menggunakan nama Raja kepada benda-benda lain boleh dilakukan dengan sewenang-wenang sahaja. Tanpa perlu
mengikut peraturan. Umpamanya mereka yang pandai membuat orang bergelak ketawa
akan disandangkan dengan gelaran raja lawak. Dan kepada mereka yang didapati lebih
pandai lagi menghiburkan orang dengan gelak ketawa disandangkan dengan gelaran
Maharaja Lawak, dan sebagainya.
Tidak
mungkinkah pada suatu masa nanti, akan muncul pula gelaran sri maharaja lawak
kepada orang-orang yang mempunyai bakat yang amat istimewa untuk menghiburkan
orang dengan berlawak?
Sekian untuk renungan.
Kg.Setia Jaya, PCB,
Kota Bharu, Kelantan.
0 comments:
Post a Comment