BERBEZA DALAM BERFIKIR ATAU KURANG KESYUKURAN?
>> Monday, June 29, 2015
BERBEZA DALAM BERFIKIR ATAU KURANG KESYUKURAN?
Sebagaimana
tertera pada penjelasannya, ia bukan sahaja sebuah kediaman, tapi juga sebuah
rumah yang sederhana.
Ertinya sebuah
rumah yang wajar untuk dihuni dengan segala kesederhanaannya.
Tapi kenapa meddia di sana tidak memanggil rumah sebegitu sebagai gobok, kandang, reban, tapi sebuah rumah yang sederhana?
Foto kedua [di bawah] ialah sebuah kediaman di negara kita Malaysia. Harap ribuan maaf kerana terbalik dengan tidak sengaja.
Foto kedua [di bawah] ialah sebuah kediaman di negara kita Malaysia. Harap ribuan maaf kerana terbalik dengan tidak sengaja.
Ia memberi
gambaran, ianya tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia dengan baik
Malah
kadang-kadang rumah seperti ini atau seakan-akan ini dipanggil oleh meddia sebagai kandang atau
reban walaupun keadaannya lebih baik daripada kediaman rakyat jembel di
Indonesia.
Malah mengikut
pengamatan kita khemah-khemah mangsa banjir di Malaysia jauh lebih baik daripada
rumah kediaman yang dianggap sederhana di Indonesia itu.
Berbeza
Perkara ini berlaku kerana wujudnya perbezaan dalam diri kita dalam menilai sesuatu. Fikiran kita yang membuat ukuran, terutama mengenai sesuatu yang bersifat subjketif, seperti cantik atau tidak cantik.
Ia juga
menunjukkan kelumrahan hidup rakyat di Indonesia begitu simpel dan bersahaja,
dengan taraf hidup yang lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf hidup
rakyat Malaysia.
Di samping itu ia juga menggambarkan sikap yang lebih bersyukur rakyat Indonesia dalam menerima ketentuan takdir dan nasib sehingga mereka tidak mampu melahirkan rasa terkedu dan tidak puas hati dengan nasib yang melengkari hidup mereka.
Mereka hidup
dengan seada-adanya, dengan berusaha sebaik-baiknya untuk memperbaiki nasib
mereka sendiri dengan rasa kesyukuran yang tingggi.
Sebaliknya mungkin kita rakyat Malaysia yang selalu hidup dimanja-manjakan, justeru sering merasa tidak puas hati dengan nasib menimpa mereka dan menagih bantuan dan pertolongan terutama dari pihak berkuasa.
Demikianlah
kita berlainan cara berfikir, berlainan pendapat yang menggambarkan perwatakan
kita masing-masing sebagai mnusia dan hamba Allah.
Tidak salah berbeza pendapat, tapi salahnya bila perbezaan pendapat itu dijadikkan tembok tinggi untuk memisahkan kita, atau dijadikan batu api untuk membakar kita sesama sendiri.
Namun begitu sebagai orang Islam kita bersama dalam nilai-nilai etika keagamaan yang mutlak, seperti soal halal dan haram.yang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana datangnya dari Allah SWT.
Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
0 comments:
Post a Comment