NENEK PANJAT 100 BATANG POKOK KELAPA SEHARI

>> Sunday, June 28, 2015






NENEK PANJAT 100 POKOK KELAPA  SEHARI



                                            NENEK PAINA


[Artikel ditulis semula dari:
FAJAR SODIQ-
Kartini, Mei-Jun 2015].


Memanjat pokok kelapa adalah satu satu kerja berat. Memanjat untuk memetik buahnya, baik yang muda atau yang tua. Ataupun untuk mengambil niranya untuk diminum begitu shaja ataupun, untuk dijadikan manisan atau gula setelah dimasak.


Justeru pada umumnya kerja memanjat pokok kelapa merupakan sebahagian daripada kerja khusus untuk sang lelaki semata. Namun begitu kadang-kadang ada pengecualiannya, wanita mengambil tugas yang berat ini, memanjat pokok kelapa.


Umpamanya seorang wanita, malah seorang nenek di Kulonprogo, Jawa menjalankan kerja memanjat pokok kelapa setiap hari untuk mengambil niranya. Dalam bahasa Kelantan kerja ini dipanggil “menyadap tuak”, sementara di Indonesia dipanggil “menderes nira”.


Sudah 28 tahun lamanya, wanita yang bernama Paina ini menjalankan pekerjaan yang bersisiko tinggi ini yang biasanya milik kaum lelaki. Beliau dilahirkan pada 1969 dan kini merupakan seorang nenek yang mempuyai tiga orang cucu, dan diberi nama jolokan “wanita perkasa dari Kulonprogo”.



                                         PAINA SEDANG MEMANJAT


Beliau bekerja  di Dusun Kelurahan Jatimulyo , yang tereletak dalam Kabupaten Kulonprogo, Jawa. 


Seperti biasanya, beliau membawa naik bersamanya ke atas pokok kelapa bumbung bambu [tukil buloh tuak kata orang Kelantan] untuk diisi dengan nira  setelah manggar atau mayamnya dipotong, kemudian ditadah untuk diambil niranya.untuk diturunkan ke tanah. Manggar itu dipotong dengan alat yang tajam, di Kelantan dipanggil sadap. Pada sebuah pokok kelapa biasanya hanya satu atau dua manggar sahaja yang dipotong untuk diambil nira.


Seperti biasa tukil-tukil itu diikat bergntungan pada pinggangnya untuk diisikan degan nira atau tuak.. Kebanyakannya untuk dijadikan manisan atau gula Jawa kata orang Indonesia.


Beliau sangat cekap memanjat pokok kelapa. Dalam masa lima minit sahaja, dia akan berada di di puncak pokok kelapa, iaitu duduk di atas pelepahnya. walaupun setinggi mana pokok itu.


Beliau telah menjalankan pekerjaan itu sejak tahun 1987 kerana terdesak kerana suaminya jatuh sakit, dan untuk memelihara seorang puteri, Artini  berusia setahun.


Katanya pada mula-mulanya memnjat pokok kelapa itu merupakan pengalaman yang amat memeritkan, trutama sekali tapak kaki akan merasa sakit, sebab pokok kelapa terpaksa dipanjat dengan kaki telanjang untuk keselamatan. Namun begitu beliau terpakasa berlatih beberapa waktu sehingga cekap memanjat pokok kelapa, dan mendapat kepercayaan orang kampung untuk menyadap tuaknya untuk dijadikan bahan gula jawa.

Buat masa ini beliau lebih memilih untuk menjalankan kerja yang tinggi risikonya ini daripada bertani, kerana lebih pentas mengeluarkan hasil. Kalau usaha tani mengambil masa tiga bulan baru membuahkan hasil, tapi menyadap kelapa kerja waktu pagi, waktu petang telah membuah hasil.Sementara harga gula jawa sekarang amat tinggi, iaitu RP 12 ribu satu kilogram.


Beliau tidak menerima upah wang dari kerjanya itu, tapi dalam bentuk  pembagian hasil nira, iaitu lima hari bekerja untuk tuan pokok kelapa, sementara lima hari lagi pula untuk dirinya,


Beliau tidak menggunakan sebarang bahan kimia sebagai pengawet, sebaliknya mengguna bahan asli dari getah pokok manggis, sementara penyadap di Kelantan menggunakan kulit kayu yang saya lupa namnya untuk dicampirkan dengan air tuak.

                                         PAIINA DI ATAS POKOK


Beliau mempunyai pengalaman yang pahit sebagai penyadap nira. Walaupun hujan turun, dia terpakasa juga memanjat pokok kelapa untuk mendapat hasilnya, dan katanya pernah pada suatu ketika dia hampir terkena panahan petir yang memanah ketika dia berada di atas pokok perhampiran dengan tempat kejaDian itu.


Selain dari menyadap, beliau juga menjalankan pekerjaan-pekerjaan lain untuk mencari rezeki, seperti memotong ranting-ranting atau dahan pokok yang yang terkena dawai elektrik.


Walau bagaimanapun beliau berharap akan meninggalkan pekerjaan yang berisiko tinggi ini, kiranya ada peluang kerja yang lebih baik di masa-masas akan datang.



Lorong Masjid,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan









Kg.Kubang Siput, PT.KB, Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP