PARA PENULIS TIDAK WAJAR SYOK SESAMA SENDIRI SAHAJA

>> Sunday, June 21, 2015






PARA PENULIS TIDAK WAJAR SYOK SESAMA SENDIRI SEMATA?


Dari sejak dahulu peranan para penulis terhadap bangsa dan negara amatlah penting. Mereka bukan sahaja perakam sejarah, tapi adalah merupakan sebahagIan dari denyut nadi kehidupan bangsa dan negara. Justeru kaum penulis sentiasa berada di tengah-tengah masyarakat dan negaranya.


Oleh itu, setiap kaum penulis sudah tentu mempunyai sikap, falsafah dan matalamat dalam bidang penulisan yang wajib mereka perjuang dan mempertahankan. Tegasnya menulis, tidak kira apa jenis, bukanlah sekadar main-main, mencari kepuasaan sendiri, atau untuk syok sesama sendiri.


Kerana itu penulis hendaklah berada di tengah-tengah masyarakat, berdenyut dan bergerak dengan masyarakat di mana mereka berada. Kewujudan mereka harus diketahui, disedari, kalau boleh dihargai oleh masyarakat bersama dengan kemajuan bangsa dan negara.


Tapi nampaknya perkara ini telah lama menjadi perkara terlepas pandang di kalangan penulis-penulis mutakhir ini, khususnya di kalangan penulis-penulis Kelantan. Kita tidak nampak ada usaha para penulis itu untuk muncul di tengah-tengah denyut nadi masyarakat.


Setahu kita di negeri ini ada beberapa persatuan penulis, dan yang utama ialah Persatuan Penulis Kelantan yang diwarisi dari penulis-penulis lama yang telah berjaya menubuhkannya, dan sebahagian besar dariada tokoh-tokohnya telah tidak ada lagi bersama kita sekarang.. Pernahkah kita mengenang dan mengingati mereka?

Jangan jadi kacang lupakan kulit, sebab kacang lain yang akan datang akan lupakan kulitnya nant.


Kalau dulu Persatuan Penulis Kelantan ini, terkenal di negeri ini, setidak-tidaknya di kalangan cerdik pandai terutama di kalangan para pendidik. Tapi sejak kebelakangan ini sudah tidak ada lagi, hanya beberapa kerat guru sahaja, itupun yang terlibat dengan dunia penulisan yang mungkin menyedari kewujduan persatuan penulis itu.


Jauh sekalilah untuk mengharap masayatakat untuk mengenalinya. Demikian juga dengan kaum penulisnya, siapakah dari orang ramai yang menyedari bahawa di negeri Kelantan ini sudah ada penulis-penulis muda yang berpotensi, yang telah berjaya menghasilkan karya-karya-karya untuk mengkayakan sastera tanah air.?


Malagnya berapa ramai yang menyedari dan mengenali mereka? Apakah yang telah mereka hasilkan? Kalau novel apakah jodolnya?


Yang mungkin mengetahui perkara ini hanya terbatas di kalangan segelintir para penulis juga. Mereka saling mengucap tahniah sesama mereka sendiri. Mereka saling menyanjung antara mereka sesama mereka.


Orang ramai tidak mengetahuinya. Pihak berkuasa tidak mengetahuinya. Pemimpin-pemimpin masyarakat tidak mengetahuinya. Kerajaan tidak menyedarinya. Sebabnya, kerana salah mereka sendiri. Mereka membataskan usaha-usaha mereka di sekitar diri dan kumpulan mereka sendiri sahaja. Di kalangan para penulis.


Umpamanya kalau mereka adakan sesuatu majlis berhubung dengan penulisan, maka yang menjadi tumpuan mereka ialah para penulis semata. Jadi tidak sampai ke mana. Hanya dalam periuk mereka sahaja. Yang memberi pendapat para penulis, yag mendengar pendapat para penulis dan yang bersenang-senang hati pun para penulis. Mereka sesama sendiri sahaja. Mana ktiviti-aktiviti yang memberi manfaat pada masyarakat?


Bangkitlah dari tidur. Gantikan periuk kecil dengan kawah besar supaya dapat menampung isi yang lebih banyak- iaitu dengan melibatkan masyarakat di dalamnya. Kalau ada orang bertanya sesuatu yang berkaitan dengan penulisan, apa-apa sahaja, janganlah membuat si penanya merasa dirinya bodoh dengan tidak membuat apa-apa respon.Jangan membuat orang merasa anda sombong dan bangga diri sendiri. Letaklah diri anda di tengah-tengah masyarakat bukan hanya di kalangan kumpulan anda sahaja. Jangan syok sesama sendri.


Bergeraklah sejajar dengan zaman. Para penulis adalah milik masyarakat. Muncullah bersama masyarakat, bukan hanya di kalangan anda semata. Persatuan Penulis, individu-individu yang sedar, khususnya para penulis sendiri mestilah bersedia untuk bergerak membangun bersama masyarakat dan berada di tengah-tengah masyarakat, dan bukanya hanya berkokok di kalangan diri anda sahaja dan di gelanggang anda sahaja.


Sekian.


Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT, Kota Bharu.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP