DALAM LEMBAH KEHIDUPAN, ANTARA PENJUAL AIS LILIN, KARIPAP DAN APAM
>> Wednesday, June 3, 2015
DALAM LEMBAH
KEHIDUPAN:
Antara PENJUAL AIS
LILIIN, KARIPAP DAN APAM
Semalam saya membaca
sebuah cerpen berjodol Penjual Ais lilin, karya Pak HAMKA yang terdapat dalam
koleksi DI DALAM LEMBAH KEHIDUPAN,
sebuah kumpulan cerpen duka beliau.
HAMKA
Dan pagi keesokannya pula secara kebetulan saya membaca sebuah laporan panjang dalam Harian METRO tentang dua orang kanak-kanak yang dirundung malang kerana kedaifan keluarganya.
Penjual Ais
Lilin merupakan cerpen ketiga dalam rangkaian koleksi 12 cerpen duka yang
terkumpul dalam “Dalam Lembah Kehidupan”. Buku ini edisi Malaysia, diterbitkan oleh Pustaka Dini, 2010.
Cerpen ini mengisahkan seorang kanak-kanak, Sufian telah menjadi mangsa kepada sebuah keluarga yang porak peranda. Sufian adalah anak kepada sepasang suami isteri, sang suami bernama Sharif, dan si isteri Mala.
Perkahwinan itu
walaupun pada mulanya diasaskan atas dasar cinta, tapi ianya tidak membuahkan
hasil kebahagian, malah sebaliknya menempuh persengketaan jua. Perkara ini
berpunca daripada tidak ada persefahaman antara keduanya dalam melayari
kehidupan ini.
Sang isteri seorang wanita yang suka hidup bebas dan bermewah-mewah, tidak seperti suaminya yang bersahaja dan amat memikirkan masa hadapan mereka, terutama untuk anaknya Sufian supaya menjadi insan yang berguna. Tidak ada persefahaman atau sehaluan kata dalam rumahtangga ini menjadi punca berlakunya mala petaka.
“Di situlah letaknya neraka hidup yang sejati. Sebab walau bagaimana jua pun kecilnya pencarian, asal si suami sehalaun dengan isteri, sakit sama-sama ditanggungkan, sukar sama-sama ditempuhi dan beruntung sama-sama tertawa, maka segala kesukaran tentu akan hilang dengan sendirinya atau akan ringan dipikul. Sebab “miskin” tidak boleh dijadikan alasan akan bersedih hati dalam kehidupan. Selama seorang minta-minta masih perlu kepada rumah tempat diam, seorang raja masih perlu kepada mahligai, selama orang kaya masih perlu kepada kuli, selama itu pulalah dunia ini akan tetap didiami oleh penduduk yang miskin”. Demikian kesimpulasn yang dibuat oleh HAMKA dalam Penjual Ais Lilinnya.
Akibat daripada ketidaksehaluan suami isteri itu, maka sang isteri yang curang mengambil tindakan nekad, meninggalkan ruamahtangganya, meninggalkan suami dan anaknya, mungkin mengikut lelaki lain, akibatnya sang suami menjadi menderita lahir dan batinya, dan akhirnya otaknya menjadi senget, dan dia akhirnya dimasukkan ke rumah sakit di Gelugor.
Dan yang menjadi mangsa persengketaan rumahtangga itu ialah anak mereka Sufian yang masih kecil. Dia terpaksa menumpang tinggal di sebuah gobok usang bersama dengan pengasuh tua yang menjaganya sejak kecil lagi.
Untuk menyara
hidupnya dia terpakasa menjaja air krem
ke sana ke mari. “Kasihan sekali tampan anak itu, tak pernah dia menengadah,
wajahnya pucat kerana kekurangan makan, pakaian yang lekat dibadannya
bertampal-tampal. Rambutnya yang panjang kusut, ditutup oleh sebuah topi pandan
yang telah buruk”.
Dia berjalan
sambil melaung mencari pembeli, “Ais.....ais lili! Belilah ais lilin!”.
KEESOKAN PAGINYA
Dan keesokan
paginya saya terbaca sebuah kisah mengenai dua beradi yang menjadi mangsa
kemiskinan keluarga terpaksa berhenti bersekolah dan menjadi pembuat dan
penjaja kueh yang dibuatnya itu, iaitu karipap dan apam. Yang perempuan namanya
Noor Danielle Abdul Malik 17 tahun dan adiknya Muhammad Idham Abdullah 14 tahun
yang lebih mesra dengan panggilan Adam. Kisah ini disiar dalam Harian Metro,
hari Selasa 2 Jun 2015.
.
Mereka kedua menjadi mngsa kepada keadaan kepayahan hidup yang dialmi oleh kedua orang tua mereka. Ibunya Norsulaini Mat Ali, 42 tahun tidak lagi boleh mencari rezeki sejak setahun lalu kerana menderita penyakit saraf. Sementara ayah mereka, Mohd Azri Mat Nasir 29 tahun bekerja sebagai buruh yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu. Di samping itu, mereka kedua juga mempunyai seorang anak yang lumpuh sebelah badan sejak dilahirkan dan memerlukan penjagaan sepenuh masa.
“Saya berhenti sekolah ketika belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan [SMK] Sri Gombak. Saya sudah tercicir Penilaian Menengah Rendah [PMR] dan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] serta amat merindukan zaman persekolahan”. Beritahu Adam kepada pemberita Harian Metro, Suraya Roslan dan Mahaizura Abd. Majid.
Ibu mereka, Norzulaini Mat Ali 42 tahun terpaksa berhenti bekerja sebagai Jurubahasa Mahkamah Perusahaan kerana penyakit saraf, berkata, “Bukan kami sengaja biarkan anak-anak tidak bersekolah, tapi keadaan memaksa kerana tiada duit”.
“Kalau anak-anak berhenti menjaja kuih sudah tentu kami semua kelaparan dan macam manalah kehidupan kami selepas ini”
.
DI ANTARA DUA KISAH
Kedua-dua paparan
itu menunjukkan bahawa kesusahan dan kemiskinan itu ada di mana-mana. Kerana
selagi ada orang kaya mesti ada orang miskin, selagi ada orang senang mesti ada
orang susah, selagi ada orang mulia mesti ada orang hina, demikianlah
seterusnya. Cuma yang berbezanya, bagaimana kita sebagai anggota masyarakat,
sebagai pihak berkuasa dan bertanggung jawab menghadapinya? Adakah kita
bersedia menghadapi perkara tersebut, melihat masalah itu dan mencri jalan
untuk mengatasinya?
Antara kisah
Penjual Ais Lilin dalam Lembah Kehidupan dengan kisah nyata dua orang
kanak-kanak malang di atas ada ciri-ciri persamaan, iaitu manusia yang menjadi
mangsa kesempitan hidup keluarga, walaupun cara-cara perjalanan nasib mereka
berbeza. Tapi akibat tetap serupa terpakasa ikut ditanggung oleh anak-anak.
Saya
tertanya-tanya sendirian bagaimana keadaan seperti ini boleh berlaku, sedangkan
mereka sekeluarga tidak memintanya untuk hidup demikian? Orang-orang kaya,
orang-orang yang berduit lebih, harta Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan NGO-NGO yang begitu banyak dan begitu lantang memperjuangkan keadilan tidakkah
sudi membantu mereka yang dirundung malang seperti ini?
Membantu orang
lain, membantu masyarakat antara bangsa, membantu jiran tetangga dengan nilai
jutaan dolar, memanglah mulia, tapi membiarkan anak sendiri mati kelaparan di
hadapan mata adalah tindakan yang tidak ramah dan mengaibkan.
Lagu mana ni?
Selapas selesai
membaca cerpen Penjual Ais Lilin itu saya termenung sejenak. Timbul kesedaran dalam
benak saya, bahawa kisah Sufian dan keluarganya itu mungkin berasaskan kisah benar yang
wujud dalam dunia kehidupan kita. Kemudian kisah itu dilakar, diolah, diadun,
diberi nafasnya oleh Bapa HAMKA supaya ia menjadi lebih menarik kepada para pembaca untuk
mengikutinya.
Saya percaya
setiap tulisan, baik berupakan fiksin atau rencana umum adalah merupakan
sebahagian daripada pengalaman sang penulisnya, yang dialaminya sendiri menerusi
pengelihatan, pendengaran, perasaan dan pemikirannnya,. kemudian diadun dengan faktor ilmiah untuk menjadikannya lebih diminati dan menarik.
Memanglah
penulis itu sebagai pencatat zaman, penegak keadilan, pelakar sejarah dan
pencetus kesedaran, peninjau zaman depan, penyuluh kebahagian dan penyebar
kebahagian dalam wadah kemanusiaannya yang murni dan uggul sebagai hamba Allah
yang sejati.
Lorong Masjid, Kubang Siput,
Pasir Tumboh,
KB. Kelantan.
0 comments:
Post a Comment