KELILING KOTA JAKARTA DI WAKTU MALAM
>> Saturday, June 20, 2015
Mohd Zain membelakangi MONAS
Malam terakhir menjelang keberangkatan pulang ke tanah air pada keesokan malamnya, seorang sahabat bermurah hati menawar kepada kami mengelilingi Kota Jakarta pada waktu malam. Sekadar keliling sahaja melihat pandangan kota raya Jakarta itu,
Kami bermula dari Tebet Selatan selepas meninggalkan rumah seorang sahabat pada malam itu. Walaupun pandangan tidak jelas kerana Kota Jakarta sedang dibungkus oleh kegelapan malam yang diterangi oleh cahaya lampu-lampu yang tidak mampu menjadikan suasana benderang seperti siang hari.
MONAS di siang hari
Malam itu Kota Jakarta tidak macet atau jem seperti malam-malam atau hari-hari biasa. Saya dimaklumkan jalan-jalan di Kota Jakarta macet siang malam pada hari bekerja, tapi menjadi berkurangan dan selesa untuk ditunggangi pada hari cuti am, Sabtu dan Ahad.
Setiap melalui tempat-tempat penting beliau akan memberitahu kami nama tempat tersebut dan seklias penjelasan mengenainya. Mungkin apa yang saya sebutkan ini tidak secara urutan tempat, kerana kelupaan saya mengingatinya dengan baik.
Tanah Abang
Tanah Abang itu ertinya Tanah Merah, kerana Abang dalam bahasa Jawa ertinya Merah. Saya teringat sebuah Jajahan di Kelantan dipanggil Tanah Merah, yang sama maksudnya dengan Tanah Abang.
Pada sebelah
siangnya kami telah berkunjung ke Tanah Abang dan berbelanja sedikit di situ
membeli pakaian. Di kompleks Tanah Abang ini kelihatan pemandangan yang
menarik. Kebanyakan pedagangnya kaum wanita, sebahagianya kaum Tionghoa,
semuanya ramah-tamah, dan petah
bercakap Melayu [Indonesia].
Tanah Abang
merupakan pasar tekstil yang terbesar, bukan sahaja di Indonesia, tapi juga
terbesar di seluuruh Asia Tenggara. Pasar ini telah wujud sejak ratusan tahun
yang lagi, iaitu sejak tahun 1735 lagi.
Parlimen Indonesia
Bangunan Parlimen Indonesia, dimana wakil-wakil rakyat berkumpul untuk membuat undang-undang dan membincang hal-hal negara.
Kompleks Tanah Abang
Bila sampai di satu kawasan tidak jauh dari bangunan tersebut, sahabat saya memberitahu di sinilah selalunya tempat diadakan demonstrasi rakyat. Pihak berkuasa akan menutup jalan ini kepada semua lalu lintas sewaktu demonstrai berlangsung.
Bila sampai ke kawasan sebuah tanah lapang, ke arah ke hadapan sedikit, di situ jugalah katanya demonstrasi sering diadakan.
Pada sebelah
pagi, setiap hari minggu jalan ini ditutup kepada semua lalu-lintas kerana
memberi peluang kepada orang ramai yang ingin bersantai di jalan tersebut,
seperti bersenam, berjoging, bermain dengan anak-anak dan sebagainya.
Masjid Istiqlal, Jakarta
Masjid
Istiqlal, atau Masjid Merdeka, adalah Masjid Negara Indonesia.Masjid ini bukan
sahaja sebuah masjid yang terbesar di Indonesia, tapi bagi seluruh Asia
Tenggara.
Ia dibina
setinggi 97 meter dan dibuka kepada umum pada 22 Febuari 1978.
Senayan City
Senayan City adalah sebuah bandar yang terletak di Jakarta Selatan. Di sini terdapat kompleks perniagaan setinggi tujuh tingkat, antaranya mengandungi shopping mall, dan hotel 5 bintang.
Ia dibuka pada 23 Jun 2006.
Tanah Perkuburan
Kereta terus
bergrak juga, lancar perjalananya, kerana jalan tidak macet.
Sebahagian Kompleks Niaga Tanah Abang
Sampai di suatu tempat, sahabat saya yang memandu itu memberitahu di kawasan itu ada sebuah tanah perkuburan untuk penganut agama Islam, Kristian dan Budha. Tanah perkuburan itu terletak sebelah menyebelah dalam satu kawasan. Oleh itu kalau di waktu siang hari, kita boleh melihat orang-Orang Islam, Kristian dan sebagainya berada di tanah perkuburan itu.
Kami dimaklumkan, bahawa tanah perkuburan itu disewa daripada kerajaan Indonesia dengan kadar yang tertentu setiap tahun. Jika tidak dibayar, milik tanah perkuburan itu akan bertukar nama, diganti dengan nama baru keluarga yang mampu membayarnya.
I
Itulah Taman Makam Karet.
Itulah Taman Makam Karet.
Tidak jauh dari situ juga terdapat stadium yang dikenali dengan nama Gelora Bung karno.
Nasionl Monuman Indonesia
Tugu peringatan
ini dibina setinggi 137 meter atau 433 kaki. Ia adalah lambang perjuangan
rakyat Indonesia menuntut kemerdekaan. Ia dikenali dengan panggilan MONAS atau Tugu Monas.
Ia terletak
betul-betul di tengah Padang Merdeka, dan dibuka untuk umum pada 12 Julai 1975.
Mentari Pagi Di ufuk Jakarta
Bla menghampiri tugu itu, sahabat saya itu meminta untuk berhentti sekejap, dan memberi peluang kepada kami turun kenderaan untuk melihat tugu itu dengan lebih dekat di waktu malam. Hendak mencari tempat parkir tidaklah mudah, nasib baik secara kebetulan ada sebuah parkir yang sedang dikosongkan. Parkir itu dikawal oleh pengawal tidak rasmi yang mengenakan bayaran kepada pemarkir..
Kami turun dan masuk ke kawasan tugu, dan di situ ada beberapa orang peniaga menjual barang-barang hiasan wanita dan t-shirt yang berlambangkan jakarta dan MONAS di gigi jalan. Kami tidak lama di situ, dan sekadar merakam beberapa keping foto sahaja.
Kemudian kami
terus balik ke hotel penginapan di Jalan Tebet yang tidak berapa jauh dari tugu
itu.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua.
Demikianlah sedikit catatan perjalanan buat kali ini.
Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput, PT
Kb. Kelantan.
0 comments:
Post a Comment