KENAPA PISANG SEJENIS RASA BERLAINAN?

>> Tuesday, June 30, 2015




KENAPA  PISANG SEJENIS RASA BERLAINAN?


Pisang adalah salah sejenis buah-buahan yang tersohor hampir di seluruh dunia. Ramai orang suka makan dan menikmati pisang. Rasanya lemak dan manis, dan aneka ragam tergantung kepada jenis-jenis pisang.


                                         Sedap disira


Ada berbagai-bagai jenis pisang, dan berbagai-bagai jenis warna dan rupa bentuknya dijadikan Allah. Ada pisang yang boleh terus dimakan mentah, seperti pisang jelai, pisang kelat keling [restali], dan pisang emas, dan pula yang tidak enak dimkan mentah, seperti pisang kebatu, pisang perak, pisang kelat lega, pisang nangka atau pisang kapas.


Walau bagaimana pun pisang-pisang yang tidak sedap dimakan mentah ini boleh dimasak, seperti dibuat pengat, dan sira, atau dijadikan bahan untuk membuat kek atau kueh-kueh tradisional, seperti cemput-cemput yang biasanya diperbuat daripada pisang kapas, perak atau pisang emas, dan dogoreng seperti pisang kebatu, pisang kelat lega dan nangka.


Pisang yang kita beli di pasar, di gerai atau di warung itu sebenarnya bukanlah pisang yang baru ditebang dari pokok.Ia telah diambil selama beberapa hari dari pokok setelah buahnya telah tua untuk diperam terlebih dahulu selama beberapa hari lagi sehingga ianya boleh dijual dan dimakan.


Zaman dulu memeram pisang itu tidak menggunakan bahan-bahan kimia seperti hari ini. Hari ini kebanyakan pisang itu, seperti dengan buah-buah lain juga diperam dengan mengguna cobalt [karbait], iaitu sejenis bahan letupakan, yang biasa digunakan sebagai bahan api untuk mercun buloh oleh kanak-kanak.


Dan hari ini ia digunakan sebagai bahan letupan untuk menangkap ikan di sungai-sungai dan sebagainya.


Dan yang paling lumrahnya hari ini ia digunakan sebagai bahan untuk memeram pisang. Cobalt itu diketuk kecil-kecil sebesar ibu jari atau sebesar hujung jari, lalu dibungkus dengan surat khabar untuk beberapa bungkus, kemudian dimasukkan ke dalam guni atau kampit plastik bersama dengan pisang yang hendak diperam, kemudian diikat kemat-kemas supaya tidak masuk angin dan cepat masak.


Setelah beberapa hari sahaja pisang yang diperam itu segera masak, walaupun pisang itu sebenarnya masih belum tua dalam erti kata yang sebenarnya ketika dipetik Warnanya yang gelap atau hijau akan bertukar menjadi kuning atau kekuningan setelah diperam, dan isinya bertukar menajdi lembut.


Pisang yang diperam dengan cobalt itu biasanya akan masak serentak untuk semua buah pisang yang diperam bersama dalam sebuah bekas tertutup. Sebelum dijual bau cobalt yang kuat itu akan dihilangkan terlebih dahulu dengan mendedahkan kepada udara terbuka dan membersihkan kekotoran yang melekat pada kulit nya itu.


Kita boleh perhati, pisang-pisang yang dipram dengan mengguna cobalt ini, biasanya cepat memburuk di bahagian tangkai yang membentuk sikatnya, atau jika sikatnya telah dibuang dan direlaikan sebaiji-sebiji bahagian hujung buahnya akan cepat menjadi hitam dan buruk dengan isinya menjadi lemebk lotek.


Di samping itu buah dalam satu sikat pisang itu mungkin rasa manisnya tidak serupa, ada yang cukup manis dan ada yang tawar, dan isinya pula ada yang lembut dan yang agak keras, walaupun rupa masak pada kulitnya sama.


Mengikut pakar-pakar kesihatan, menggunakan bahan cobalt ini boleh membahayakan kesihatan pengguna, iaitu boleh menjadi punca kepada penyakit kanser.


Tapi siapa yang peduli? Walaupun harga pisang telah meningkat, sebagaimana meningkatnya harga buah betik, tapi buah pisang masih lagi merupakan sebahagian daripada buah-buahan pilihan rakyat kerana rasanya yang enak untuk dimakan dan banyak khasiatnya.


Pada masa-masa yang lalu, datok nenek kita, para petani kita tidak menggunakan bahan cobalt untuk memeram pisang, tapi menggunakan bahan-bahan asli dari alam semula jadi sahaja yang tidak diragukan lagi tentang keselamatannya.


Antara bahan-bahan yang mereka sering gunakan ialah sejenis daun pokok yang dipanggil pokok nafer dan juga pokok semeru. Daun-daun pokok ini yang bersifat panas dimasukkan ke dalam guni bersama-sama dengan pisang yang hendak diperam itu. Namun begitu, cara ini tidak menguntungkan kerana ada kemungkinan pisang-pisang itu tidai masak serentak walaupun diletakkan dalam satu bekas dan dari satu tandan pisang sahaja. Ini tidak disukai oleh para peniaga yang ingin mengejar pendapatan yang segera.


Pohon nafer



Pisang-pisang diperam secara tradisi ini biasanya tidak cepat buruk atau rosak, tidak cepat lembek di bahagian tangkal atau hujungnya, dan rasa manisnya amat menyegarkan dan hampir sama untuk semua buah yang diperam.


Pohon nafer dan semeru ini tumbuh di semak-semak, sebenarnya digunakan juga sebagai bahan obat tradisional. Pohon semeru mempunyai bau yang keras, dan hampir menyerupai bau daun kari, dan boleh mengelirukan orang-orang yang tidak arif..


Kalau kebetulan anda balik ke rumah keluarga di kampung, cubalah bertanya apakah rahsia mereka memeram pisang secara tradisi tanpa menggunakan cobalt?


Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB. Kelantan





Read more...

BERBEZA DALAM BERFIKIR ATAU KURANG KESYUKURAN?

>> Monday, June 29, 2015




BERBEZA DALAM BERFIKIR ATAU KURANG KESYUKURAN?






Foto pertama [di atas]ialah gambar pandangan sebuah kediaman di sautu tempat di Indonesia.


Sebagaimana tertera pada penjelasannya, ia bukan sahaja sebuah kediaman, tapi juga sebuah rumah yang sederhana.
                           
Ertinya sebuah rumah yang wajar untuk dihuni dengan segala kesederhanaannya.


Tapi kenapa meddia di sana tidak memanggil rumah sebegitu sebagai gobok, kandang, reban, tapi sebuah rumah yang sederhana?


Foto kedua [di bawah] ialah sebuah kediaman di negara kita Malaysia. Harap ribuan maaf kerana terbalik dengan tidak sengaja.


Sebagaimana penjelasan di bawahnya, ia bukan sahaja sebuah rumah, tapi hanya sebuah pondok.sempit.


Ia memberi gambaran, ianya tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia dengan baik


Malah kadang-kadang rumah seperti ini atau seakan-akan ini dipanggil oleh meddia sebagai kandang atau reban walaupun keadaannya lebih baik daripada kediaman rakyat jembel di Indonesia.


Malah mengikut pengamatan kita khemah-khemah mangsa banjir di Malaysia jauh lebih baik daripada rumah kediaman yang dianggap sederhana di Indonesia itu.


Berbeza


Perkara ini berlaku kerana wujudnya perbezaan dalam diri kita dalam menilai sesuatu. Fikiran kita yang membuat ukuran, terutama mengenai sesuatu yang bersifat subjketif, seperti cantik atau tidak cantik.


Ia juga menunjukkan kelumrahan hidup rakyat di Indonesia begitu simpel dan bersahaja, dengan taraf hidup yang lebih rendah jika dibandingkan dengan taraf hidup rakyat Malaysia.


Di samping itu ia juga menggambarkan sikap yang lebih bersyukur rakyat Indonesia dalam menerima ketentuan takdir dan nasib sehingga mereka tidak mampu melahirkan rasa terkedu dan tidak puas hati dengan nasib yang melengkari hidup mereka.


Mereka hidup dengan seada-adanya, dengan berusaha sebaik-baiknya untuk memperbaiki nasib mereka sendiri dengan rasa kesyukuran yang tingggi.


Sebaliknya mungkin kita rakyat Malaysia yang selalu hidup dimanja-manjakan, justeru sering merasa tidak puas hati dengan nasib menimpa mereka dan menagih bantuan dan pertolongan terutama dari pihak berkuasa.


Demikianlah kita berlainan cara berfikir, berlainan pendapat yang menggambarkan perwatakan kita masing-masing sebagai mnusia dan hamba Allah.


Tidak salah berbeza pendapat, tapi salahnya bila perbezaan pendapat itu dijadikkan tembok tinggi untuk memisahkan kita, atau dijadikan batu api untuk membakar kita sesama sendiri.


Namun begitu sebagai orang Islam kita bersama dalam nilai-nilai etika keagamaan yang mutlak, seperti soal halal dan haram.yang tidak boleh dipertikaikan lagi kerana datangnya dari Allah SWT.


Lorong Masjid,
Kg.Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan.





Read more...

NENEK PANJAT 100 BATANG POKOK KELAPA SEHARI

>> Sunday, June 28, 2015






NENEK PANJAT 100 POKOK KELAPA  SEHARI



                                            NENEK PAINA


[Artikel ditulis semula dari:
FAJAR SODIQ-
Kartini, Mei-Jun 2015].


Memanjat pokok kelapa adalah satu satu kerja berat. Memanjat untuk memetik buahnya, baik yang muda atau yang tua. Ataupun untuk mengambil niranya untuk diminum begitu shaja ataupun, untuk dijadikan manisan atau gula setelah dimasak.


Justeru pada umumnya kerja memanjat pokok kelapa merupakan sebahagian daripada kerja khusus untuk sang lelaki semata. Namun begitu kadang-kadang ada pengecualiannya, wanita mengambil tugas yang berat ini, memanjat pokok kelapa.


Umpamanya seorang wanita, malah seorang nenek di Kulonprogo, Jawa menjalankan kerja memanjat pokok kelapa setiap hari untuk mengambil niranya. Dalam bahasa Kelantan kerja ini dipanggil “menyadap tuak”, sementara di Indonesia dipanggil “menderes nira”.


Sudah 28 tahun lamanya, wanita yang bernama Paina ini menjalankan pekerjaan yang bersisiko tinggi ini yang biasanya milik kaum lelaki. Beliau dilahirkan pada 1969 dan kini merupakan seorang nenek yang mempuyai tiga orang cucu, dan diberi nama jolokan “wanita perkasa dari Kulonprogo”.



                                         PAINA SEDANG MEMANJAT


Beliau bekerja  di Dusun Kelurahan Jatimulyo , yang tereletak dalam Kabupaten Kulonprogo, Jawa. 


Seperti biasanya, beliau membawa naik bersamanya ke atas pokok kelapa bumbung bambu [tukil buloh tuak kata orang Kelantan] untuk diisi dengan nira  setelah manggar atau mayamnya dipotong, kemudian ditadah untuk diambil niranya.untuk diturunkan ke tanah. Manggar itu dipotong dengan alat yang tajam, di Kelantan dipanggil sadap. Pada sebuah pokok kelapa biasanya hanya satu atau dua manggar sahaja yang dipotong untuk diambil nira.


Seperti biasa tukil-tukil itu diikat bergntungan pada pinggangnya untuk diisikan degan nira atau tuak.. Kebanyakannya untuk dijadikan manisan atau gula Jawa kata orang Indonesia.


Beliau sangat cekap memanjat pokok kelapa. Dalam masa lima minit sahaja, dia akan berada di di puncak pokok kelapa, iaitu duduk di atas pelepahnya. walaupun setinggi mana pokok itu.


Beliau telah menjalankan pekerjaan itu sejak tahun 1987 kerana terdesak kerana suaminya jatuh sakit, dan untuk memelihara seorang puteri, Artini  berusia setahun.


Katanya pada mula-mulanya memnjat pokok kelapa itu merupakan pengalaman yang amat memeritkan, trutama sekali tapak kaki akan merasa sakit, sebab pokok kelapa terpaksa dipanjat dengan kaki telanjang untuk keselamatan. Namun begitu beliau terpakasa berlatih beberapa waktu sehingga cekap memanjat pokok kelapa, dan mendapat kepercayaan orang kampung untuk menyadap tuaknya untuk dijadikan bahan gula jawa.

Buat masa ini beliau lebih memilih untuk menjalankan kerja yang tinggi risikonya ini daripada bertani, kerana lebih pentas mengeluarkan hasil. Kalau usaha tani mengambil masa tiga bulan baru membuahkan hasil, tapi menyadap kelapa kerja waktu pagi, waktu petang telah membuah hasil.Sementara harga gula jawa sekarang amat tinggi, iaitu RP 12 ribu satu kilogram.


Beliau tidak menerima upah wang dari kerjanya itu, tapi dalam bentuk  pembagian hasil nira, iaitu lima hari bekerja untuk tuan pokok kelapa, sementara lima hari lagi pula untuk dirinya,


Beliau tidak menggunakan sebarang bahan kimia sebagai pengawet, sebaliknya mengguna bahan asli dari getah pokok manggis, sementara penyadap di Kelantan menggunakan kulit kayu yang saya lupa namnya untuk dicampirkan dengan air tuak.

                                         PAIINA DI ATAS POKOK


Beliau mempunyai pengalaman yang pahit sebagai penyadap nira. Walaupun hujan turun, dia terpakasa juga memanjat pokok kelapa untuk mendapat hasilnya, dan katanya pernah pada suatu ketika dia hampir terkena panahan petir yang memanah ketika dia berada di atas pokok perhampiran dengan tempat kejaDian itu.


Selain dari menyadap, beliau juga menjalankan pekerjaan-pekerjaan lain untuk mencari rezeki, seperti memotong ranting-ranting atau dahan pokok yang yang terkena dawai elektrik.


Walau bagaimanapun beliau berharap akan meninggalkan pekerjaan yang berisiko tinggi ini, kiranya ada peluang kerja yang lebih baik di masa-masas akan datang.



Lorong Masjid,
Kg. Kubang Siput,
PT.KB.Kelantan









Kg.Kubang Siput, PT.KB, Kelantan.

Read more...

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP