DA'I FARHAN DI MASJID AL-QASIMI-PERJALANAN KE AKHIRAT

>> Friday, December 5, 2014





DA’I FARHAN DI MASJID AL-QASIMI- DALAM
PERJALANAN KE AKHIRAT



Semalam Jumaat 4 Disember 2014 [12 Safar 1436] Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhammad atau Da’i Ustaz Farhan menghuraikan beberapa jalan yang perlu ditempoh untuk mencapai kejayaan dalam “Perjalanan Ke Akhirat”.


                                          Banner mengali-alukan kehadiran Farhan
 
Dalam ceramahnya di Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh, Kota Bharu antara lain beliau telah menjelaskan beberapa perkara yang amat perlu diutamakan oleh orang-orang ysang ingin berjaya di Akhirat nanti:


-Kita hendaklah menjadi seorang yang beriman dan bertakwa.



                                          Farhan menyampai tazkirah


-Kita hendaklah sentiasa menjaga solat lima waktu, dan jangan sekalipun mengabaikannya.


-Kita hendaklah menghormati  kedua ibu bapa yang begitu besar jasanya kepada kita.




                                           Melayan jemaah



-Jangan lupa mengucapkan “birthday” pada hari kelahiran kita kepada ibu yang melahirkan kita dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Pada hari itu ibulah yang wajar menerima hadiah hari lahir, dan bukannya kita anaknya.



                                         Bersama Muslimat


Penyampaian takzirah beliau pada malam itu nampaknya  disenangi olehi pendengar, muslimin dan muslimat yang memenuhi Masjid Al-Qasimi dengan suara beliau yang lembut, tenang, dan kadang kala mengalunkan lagu-lagu nasihat, dan kata-kata sindiran yang disampai secara bersahaja dan mmenccolek hati.



                                          Masjid Al-Qasimi


Ustaz Farhan, 24 tahun adalah Juara Program Da’i Pendakwah Milenia 2014, anjuran TV 3. Beliau berasal dari Tanah Merah Kelantan dan pelajar Jurusan Pendidikan Islam Dan Pengajian al-Quran Universiti Malaya.



Jalan Masjid Abidin,
Kuala Terengganu.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP