ADUHAI MANISNYA SAYANG!
>> Wednesday, December 17, 2014
ADUHAI MANISNYA SAYANG
Pada umumnya semua orang sukakan
manis. Manis makanan. Manis minuman dan manis wajahnya. Kerana manis itu sedap
rasanya, dan sedap dipandang. Justeru itu kita selalu mencari yang manis-manis.
Aduhai banyaknya pilihan
Kalau kita mencari buah-buahan kita mencari buah-buah yang manis. Bukan buah yang masam atau kelat. Kalau kita mencari minuman, kita mencari minuman yang manis dan bukannya yang tawar atau pahit. Kalau kita mencari kek atau kuih-muih, kita juga mencari yang manis-manis, dan bukannya yang tawar atau masam.
Malah kalau mencari pasangan pun,
baik lelaki atau perempuan, kita mencari yang berwajah manis, kerana
menyedapkan mata memandang. Malah hitam sedikit pun tidak mengapa, asalkan
manis.
Mana satu yang anda suka?
Mana satu yang anda suka?
Maka kita katakan wajahnya “hitam manis”. Lantas diungkapkan dalam peribahasa, “Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam, dipandang manis”.
Untuk menyesuaikan dengan kehendak manusia sukakan yang manis-manis itu, maka berbagai-bagai perkara yang manis-manis telah dicipta dan akan diciptakan oleh mnusia di masa-masa akan datang. Khususnya dalam bentuk makanan yang manis-manis.
Yang inikah anda sukai
Justeru itu di mana sahaja kita berada atau kita pergi, kita akan menemui perkara yang manis. Malah ada perkara yang tidak wajar menjadi manis pun dimaniskan juga untuk disesuaikan dengan keinginan manusia.
Oleh itu pada hari ini terlalu
banyak makanan yang manis-manis rasanya. Baik kuih-kmuih moden, berupa kek-kek,
dan juga makanan-makanan, tidak terkecuali di Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan, rasa
manis terus berkelana. Kuih-muihnya,
terutama kuih-kuih tradisional, manisnya tak payah dicerita. Tidak ada yang
tidak manis, kuih lapis, nasi kaya pulut, donat dan sebagainya semuanya
manis-manis. Selain itu ada pula kuih yang mempunyai dua rasa, manis dan masin,
iaitu kuih yang berinti, seperti roti goreng, tu roti bun berinti, kulitnyaa masin, tapi inti
kaya atau kacangnya pula manis.
Kuih tradsisi yang digemari
Kuih tradsisi yang digemari
Walau bagaimana pun kuih-kuih itu terus diminati ramai. Orang-orang luar negara yang saya temui juga meminati kuih-kuih yang manis itu. Saya mendengar pelancung-pelancung ketika memilih aneka jenis makanan Malaysia berkata, “This food is from heaven”, dan “I like Malaysia food”.
Apa lagi para pengusaha dan para peniaga sudah tentu bertambah rancak menyediakan makanan-makanan yang berselera manis, kerana sambutan kepada yang manis-manis terus menggalakkan.
Memang manis ada di mana-mana. Kita telah dikepung oleh lautan manis. Ke mana pergi pun manis.
Nak buat lagu mana?
Barangkali yang tidak banyak yang
manis secara semula jadi ialah muka manusia. Banyak muka yang berkerut dan masam-masam
kerana dihimpit oleh aneka problam hidup yang melengkari mereka siang dan
malam. Namun begitu kita tidaklah mengharapkan
kebanyakan manusia hanya bermanis-manis muka sahaja, supaya kelihatan
manis. Janganlah bertanam tebu di bibir mulut, tapi tebunya tidak manis, hanya
bibir yang dimanis-maniskan.
Ini pun sedap juga
Ini pun sedap juga
Walau bagaimanapun, peminat-peminat barang manis-manis pada akhirnya akan menjadi masam juga mukanya, kerana manis itu menjadi ibu kepada aneka jenis penyakit, selain daripada penyakit diabetes atau penyakit kencing manis itu sendiri.
Seluruh dunia hari ini terancam
oleh penyakit kencing manis. Sebahagian besar daripada mereka merupakan penduduk-penduduk
bandar. Daripada 382 juta pegidap-pengidap kencing di seluruh dunia, sebanyak
64 peratus adalah terdiri daripada penduduk-penduduk bandar di seluruh dunia.
Di Malaysia kira-kira satu daripada tujuh orang-orang dewasa adalah pengidap kencing manis. Jumlah pengidap kencing manis di Malaysia sekarang ialah seramai 2.6 juta orang, dan jumlah ini dijangka terus meningkat dari masa ke masa.
Daripada jumlah itu seramai 72 peratus penduduk-penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-bandar mengidap penyakit kencing manis.
Atau yang ini jadi pilihan?
Peningkatan penyakit kencing manis berlaku akibat daripada cara hidup yang tidak sihat, dan cara makan yang tidak betul, terutama peningkatan penggunaan aneka makanan-makanan segera. Dan juga kerana peningkatan penggunaan gula yang menjadi sumber manis itu dalam pemakanan masyarakat. Kita tidak makan gula secara langsung seperti memakan coklat, tapi kita makan gula ketika minum air, teh, kopi, milo dan sebagainya, dan juga ketika makan makanan-makanan seperti kuih-muih dan sebagainya. Benda-benda ini semua menjadi sumber manis yang menjadi punca kepada penyakit kencing manis.
Dah pilih makanankah
Oleh itu alangkah baiknya kalau kita kurang menyediakan makanan-makanan yang manis, dan sebagai pengguna pula kita hendaklah kurang menikmati makanan-makanan yang manis-manis demi kesejahteraan hidup kita sendiri. Kalau kita sakit, kita bukan sahaja menyusahkan diri kita, tapi juga membebankan orang lain di sekeliling kelalang kita, termasuk orang-orang yang kita sayangi, terutama kiranya penyakit telah berada di tahap kritikal. Mengelak penyakit lebih baik daripada merawatnya selepas dilanda penyakit.
Andainya kita tidak ingin berubah, tidak bersedia untuk berhijrah, tidak ada sesiapa yang mampu megubahnya. Kita boleh membawa kuda ke air, tapi kita tidak boleh memaksa kuda minum air, walau pun kakinya telah berendam dalam air.
Nak buat lagu mana ni!
- Saujana,
Sungai Buloh
0 comments:
Post a Comment