CORET-CORET KE BANDAR PENYU BERTELUR

>> Saturday, December 6, 2014





CORET-CORET KEMBARA DI BANDAR PENYU BERTELUR




Sudah beberapa tahun kami tidak menjejakkan kaki di bandar Penyu Bertelur, Kuala Terengganu. Semalam kami tiba lagi kerana ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan dan akan berada di sini selama beberapa hari.



Menara Masjid Abidin KT






Seperti biasa ada beberapa keperluan semasa yang tidak boleh dilupakan, antara lain ialah pengangkutan, penginapan dan mengisi perut. 


Dalam perjalanan pagi semalam, kami singgah sarapan di sebuah warung di panggir jalan di Jerteh, sebuah bandar pertama yang terpaksa ditempohoi untuk sampai ke Kuala Terengganu dari Kelantan, selepas melewati bandar Pasir Puteh di Kelantan,


Warung makan itu, nampaknya sebuah warung yang laris, ramai orang singgah makan, termasuklah pemandu-pemandu bas dan lori yang melalui jalan tersebut. Mereka menyediakan nasi dagang dan nasi belauk, roti canai dan kueh-kueh trafisional.


Pada umumnya makanan di situ bagus. Keluagra saya makan dengan berselera, kecuali saya yang gagal menyesuaikan selera dengan masakan mereka.


Sebelum sampai ke bandar Kuala Terengganu, kami singgah berbalanja sedikit di sebuah  pasar cabang empat yang selalu kami singgah jika kami datang ke Terengganu, terutama dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu untuk membeli kueh-mueh tradisional yang banyak dijual di situ. Kami beli beberapa jenis kueh, antaranya akok kemboja [?] dan kueh beka. Kueh beka ini diperbuat dari isi kelapa yang empuk dan  rasanya sungguh enak.



Ikan Kukus Halia





Oleh sebab hari masih awal, tempat penginapan masih belum boleh dimasuki, kami terus di Pantai Batu Buruk, sebuah pantai yang menarik. Anak-anak kecil suka bermain di situ, kerana ada taman kanak-kanak, serta disediakan kuda untuk ditunggangi, kereta kuda, dan sejenis kenderaan mainan bermotor yang  boleh dipandu sendiri, mengikuti laluan atas pasir pantai yang telah disediakan, di mana kiri kanan laluannya disekat dengan tayar-tayar untuk mengelak kenderaan terbabas keluar kawasan yang telah ditentukan, demi keselamatan para pengguna.



                                     Di Batu Buruk


Tengah harinya, dalam perjalanan ke tempat peginanapan di Jalan Masjid Abidin, kami berhenti makan tengah hari di sebuah warung yang terletak di tepi jalan.  Di warung ini terlalu banyak jenis lauk-pauk yang disediakan, berpuluh-puluh jenis termasuk ikan bakar, untuk pilihan para pelanggan. Kami pun tergaman untuk memilihnya.




Pulut Berinti




Selepas makan, kami terus ke tempat penginapan untuk berihat dalam keadaan sedikit keletihan  kerana kami turun dari rumah di Kota Bharu, awal-awal pagi lagi.

Pada sebelah malamnya, selepas Maghrib kami keluar lagi untuk mencari makan malam. Pada mula-mulannya kami menuju ke Dataran  Shahbandar, tapi bila kami sampai, setelah menimbang-nimbang sejenak, kami membuat keputusan untuk mencari  makan di tempat lain.



                                         Aneka lauk-pauk disediakan


Lalu kami ke ke Losong, dan kebetulan berhampiran dengan sekolah Losong itu ada sebuah restoran masakan panas yang dibuka dan masih belum dipenuhi pelanggan. Kami singgah di situ dan menikmati makan malam yang menyenangkan selera, antara yang disediakan di situ ialah ikan bakar. Tapi makan ikan kakap masak kukus halia.



                                         Macam-macam kueh-mueh

Satu lagi program kami malam itu, terpaksa dibatalkan kerana  hujan mulai turun rintik-rintik yang disertai dengan bunyi guntur bertalu-talu di angkasa. Kami pun terus balik ke tempat penginapan. Oleh sebab keletihan saya terus tertidur dengan lena.


Pagi keesokannya kami keluar untuk mencari sarapan pagi. Kami pergi ke Batu Buruk, dan daripada barisan warung-warung di situ kami memilih sebuah warung yang termasyur dengan nasi dagang,

 



                                                Roti canai pisang

Waktu kami sampai itu pelanggan sudah agak ramai. Ada yang duduk dan ada yang berdiri. Lelaki dan perempuan, tua dan muda, dan dari kalangan mereka terdapat beberapa orang kaum China. Kami memilih dua buah meja panjang. Sebenarnya waktu itu nasi masih belum mulai dijual, dan bila dijual nanti, pelanggan-pelanggan kena beridri dalam barisan untuk menunggu giliran masing-masing mengambil nasi mereka. Di sebelah kanan barisan untuk mereka yang ingin makan di situ, dan di sebelah kiri pula untuk mereka yang ingin membeli nasi bungkus. Sebelum itu minuman ditempah terlebih dahulu.



                                         Warung Nasi Dagang di Batu Buruk KT


Nasi dagang di sini memang menyelerakan, dengan  lauk ikan aya atau tongkol masak Terengganu. Nasi dagang tambahan boleh diminta jika tidak cukup, dan dikenakan bayaran, tapi lauk tambahannya percuma tanpa bayaran. Selain dari nasi dagangnya yang menyelera, dan lauk tambahan percuma itu antara lainnya  menjadik warung ini mendapat tarikan ramai. Harganya amat berpatutan.


Demikianlah secebis coretan dalam kembara kami di Kuala Terengganu kali ini yang kami harap akan mendapat rahmat dari Allah  dengan pengurniaan bukan sahaja rezeki jasmani tapi juga rezeki ruhani yang melimpah-ruah dalam kembara kami ini dan juga selepasnya selagi hayat dikandung badan. Semoga kurniaannitu akan melimpah juga kepada anda semua.


Kuala Terengganu,
Terengganu.




















0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP