UKRAINE NEGARA BERDANAU DI MANA MH17 HANCUR BERKECAI
>> Sunday, July 20, 2014
UKRAINE
NEGARA BERDANAU DI MANA MH17 BERKECAI
UKRAINE
adalah bumi yang telah mengorban pesawat MH17 bersama para penumpangnya seramai 298 orang, termasuk anak-anak kapalnya
seramai 13 orang. Sebagaimana diketahui pesawat MAS itu dalam perjalanan dari,
Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur, Malaysia. Pesawat itu terhempas dan hancur
lebur di Ukraine, sebuah negara yang dilanda konflik hebat sejak beberapa tahun
yang lalu.
Krisis
bermula bila rakyat Ukraine mendesak ketua negaranya, Presiden Viktor
Yanukovych menandatangani perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Marah
dengan kengganan Presiden Viktor Yanukovych yang enggan menandatangani
perjanjian itu, maka rakyat Ukraine pun bangkit memberontak.
Akibatnya
jawatan Presiden Ukraine telah diganti oleh pemangku Presiden Arseniy
Yatseniuk. Beliau dan sebilangan besar rakyat Ukraine telah bangkit memberontak
menentang Yanukovych. Presiden Ukraine yang baru ini Pro-Barat. Ini menyebabkan
api konflik bertambah marak menyala.
Untuk
menyelamatkan diri dan kerajaannya, Presiden Yanukovych memohon bantuan
Presiden Vladimir Vladimirovich Putin, pemimpin
tertinggi negara komunis Russia. Ini mendorongkan Russia mencemar tangan dalam
pergolakan politik di Ukraine.
Sudah tentu Yanukovych mendapat kerjasama daripada kerajaan Russia. Presdien V. Putin secara adhock telah menghantar bantuan dengan mengirim seramai 6,000 anggota tentera Russia ke Ukraine. Selepas berlaku perlawanan yang sengit, akkhirnya Russia dapat menawan beberapa buah pengkalan udara Ukraine dan juga menawan Crimea.
V.V.Putin
Tindakan pencerobohan Russia itu dikecam hebat oleh dunia, dan Amerika pula telah melancarkan tindakan sekatan ekonomi.
Tindakan pencerobohan Russia itu dikecam hebat oleh dunia, dan Amerika pula telah melancarkan tindakan sekatan ekonomi.
Russia telah berjaya menghasut rakyat Crimea supaya bangkit berjuang untuk berpisah dengan Ukraine.
Di celah-celah kekacauan itu, lahirlah kumpulan militan yang memberontak mencetuskan keganansan yang menelan korban nyawa orang ramai dan harta benda. Kumpulan militan ini pro-Russia. Di Donetsk dan Lugansk, kumpulan militan ini telah menawan bandar-bandar, bangunan-bangunan kerajaan dan balai-balai polis.
Demikianlah krisis Ukraine terus bergolak hingga ke hari ini dan pesawat MH17, Malaysia adalah merupakan mangsa yang tidak wajar dalam konflik yang masih belum berkesudahan itu.
MH17
Hancur Berkecai
Dalam tragedi
itu, mengikut laporan awal, pesawat malang itu telah ditembak dengan peluru
berpandu darat ke udara oleh kumpulan pemberontak pro-Russia di Wilayah Donestk
yang mereka kuasai.
Pesawat malang MAS itu telah terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, berhampiran bandar Donetsk, kira-kira 40 km dari sempadan Russia, iaitu wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak dan mereka aktif di kawasan itu.
Ia juga mengingatkan kita satu petaka besar yang berlaku di Chermobly, Ukraine di mana sebuah kilang tenaga nuklear di situ telah ditimpa bencana besar yang menimpakan kesan yang buruk di persekitarannya, Bencana itu berlaku pada 26 April, 1986.
Negara Ukraine
Negara Ukraine
Ukraine
sebuah negara yang terletak di Eropah Timur. Ianya bersempadan dengan Russia di
sebelah Timur, dengan Poland dan Slowvakia di sebelah Utara, Hungria di sebelah
Barat, dan Romania dan Moldayia di sebelah Barat Daya dan Laut Hitam dan Laut
Azov di sebelah Selatan.
Luas
muka buminya 603,628 km. Mempunyai 24 buah wilayah. Sebahagian dari muka
buminya merupakan tanah datar yang rendah, dan hampir tidak bergunung ganang.
Sungainya yang termashyur menjalar di bumi Ukraine ialah Sungai Dineper, iaitu
sungai yang ketiga terpanjang di Eropah selepas Sungai Volga dan Donak.
Tapi
yang menariknya muka bumi Ukraine ini dipenuh dengan danau-danau yang bertabur
di merata tempat. Sebanyak 20,000 buah danau kecil memenuhi muka buminya,
dengan danau terbesar ialah Danau Yalpuh. Selain itu Ukraine juga mempunyai lebih
daripada 6,000 jenis fungus.
Mengikut
banci tahun 2012 penduduknya berjumlah seramai 44,854, 065 jiwa. Jumlah penduduknya
telah merosot kerana kadar kematian yang tinggi tapi kadar kelahiran yang
rendah.
Lagu
Kebangsaannya berjodol Shche ne Umerla Ukarina, yang bermaksud, “Ukraine
Masih Belum Mati”, dengan mottonya berbunyi “Volya, zlahoda, dobra”
yang bermaksud “Kebebasan, Keselesaan, Kebajikan”.
Ibu
kotanya Kiev, yang merupakan sebuah bandar yang terbesar di Ukraine.
Ukraine
merupakan negara serpihan daripada Kesatuan Soviet [Soviet Union]. Sebuah
negara republik. Ukraine memproklamasikan kemerdekaannya dari Kesatuan Russia
pada 24 Ogos 1991, ketika negara komunis itu dalam krisis besar.
Presiden
Ukarine sekarang ialah Petro Poroshenko dan Perdana Menterinya Arsenity
Yabsenyuk.
Walaupun kita merasa pencapaian keadilan yang tulen dalam peristiwa
pahit ini tidak berada dalam jangka masa yang singkat, tapi apapun yang berlaku
dan akan berlaku kita berharap tragedi yang menimpa MH17 dapat diselesaikan
dengan segera, dan mereka yang bertanggung jawab melakukan kekejaman itu dapat
diseret ke muka pengadilan.
0 comments:
Post a Comment