KENAPA BIARKAN AIDILFITRI KEHILANGAN IDENTITI KEISLAMANNYA?
>> Sunday, July 27, 2014
AIDILFITRI
YANG KEHILANGAN INDENTITI KEISLAMANNYA
Seperti
lumrah kita menyambut kedatangan Aidilfitri bersemarak dengan penuh kemeriahan.
Kita sambutnya dengan penuh kegembiraan, tidak kira bila dan di mana umat Islam
berada. Lama sebelum ketibaan hari tersebut, kita telah melakar acara-acara dan
program dengan saksama untuk beria gembira di hari raya mulia itu. Ia meliputi
program berpakaian, makan minum, perhiasan rumahtangga, serta pesta-pesta
hiburan untuk menambahkan kemeriahan sambutan
hari raya.
Sedar
atau tidak sedar, sejak kebelakangan ini kita jadikan hari raya itu sebagai
hari untuk bergembira dan berpesta ria semata. Justeru kita sering melakukan
berbagai-bagai perkara yang tidak wajar pada hari Aidilfitri yang mulia ini.
Malah kadang-kadang kita melakukan perkara-perkara maksiat yang bercanggah
dengan nilai-nilai keIslaman yang suci. Kita tidak peduli, walaupun perkara
yang kita lakukan itu terang-terangan membawa kepada dosa-dosa yang boleh
merosakkan suasana suci hari raya, malah secara langusng boleh menguggatkan keimanan
kita sebagai umat Islam.
Sudah
agak lama kita menukar sambutan hari raya yang berbentuk agama kepada aneka
corak sambutan yang bercanggah dengan agama kita. Sedangkan hari raya itu sebahagian
daripada upcara keagamaan kita, tapi sedar atau tidak sedar, kita sering menukarnya
menjadi perayaan yang bukan lagi bercorak keagamaan. Kita telah musnahkan
nilai-nilai agama yang mulia itu, dengan menjadikan sambutan hari raya itu semacam
sambutan pesta budaya yang bercanggah dengan ajaran agama kita. Kita jadikan hari
raya itu sebagai hari berpesta, hari untuk bersuka ria yang kita penuhi dengan
segala macam hiburan yang melekakan, dan kita penuhi dengan tindakan-tindakan
yang mencerminkan kita telah menjadi hamba nafsu kita yang sebenarnya yang telah terpengaruh
dengan godaan syaitan. Kita sambut hari raya dengan penuh kemeriahan, tapi
dalam kemeriahan itu kita telah kehilangan identiti kita sebagai orang Islam.
Untuk
bergembira dan berhibur tidaklah dihalang, tapi bergembira dan berhibur itu
janganlah mejangkau keluar sempadan agama yang telah menentukan batasnya yang
tidak boleh dilanggari demi kesucian keimanan kita, demi kemuliaan agama kita.
Janganlah kita merelakan diri dan jiwa kita dilanyak oleh nafsu kita untuk berhibur
yang boleh membinasakan, dan menghilangkan segala nilai-nilai keagamaan yang
terdapat di dalam Aidilfitri itu sendiri.
Marilah
kita renung-renungkan. Menoleh ke belakang untuk meletakkannya dalam neraca
pertimbangan agama kita yang lohor. Semoga dengan itu kita akan tersedar
daripada tindakan-tindakan yang telah kita lakukan itu telah tergelincir dari jalan kebenaran yang dikehendaki oleh
agama kita. Sedarkah kita, sudah sekian lama kita cemari hari raya yang mulia
dengan berbagai-bagai perkara yang tidak wajar sama sekali kita lakukan,
amalan-amalan yang bercambah-ruah dengan kehendak-kehendak agama kita yang suci
dan mulia.
Cubalah
perhatikan berapa ramai anak-anak muda kita, khususnya yang tinggal di
kota-kota telah kesesatan dalam sambutan
hari raya mereka? Mereka mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini, untuk
bersosial dan campur gaul dengan bebas, antara lelaki dan perempuan. Mereka
makan minum bersama dan berpergian ke sana ke mari dengan merdeka seperti
sepasang suami isteri yang sudah bernikah.
Malah lebih jauh, ada di antara mereka melibatkan diri mereka dalam kerja-kerja durjana dengan berpesta minuman keras dan penyalahgunaan dadah. Aktiviti-aktiviti haram yang membawa mereka keluar dari kemanusiaanwi, malah boleh membunuh diri mereka, walaupun jiwanya telah lama biansa.
Ada di
antara mereka berempit dengan motosikal-motosikal ke sana ke mari, atau
berpesta dengan kereta di jalan-jalan raya, dengan pemanduan tidak lagi dapat
dikawal dengan sewajarnya yang akan mengkahirkan mereka dengan tragedi
berdarah. Pada stiap hari perayaan, seperti hari raya, para petugas di
hospital, seperti jururawat dan doktor-doktor terpaksa berjaga-jaga, kerana
pada hari-hari seumpama itu mereka akan menerima ramai tamu yang tidak diingin di
hospital-hospital mereka, iaitu para penunggang kenderaan yang nahas jalan raya,
khususnya dalam kalangan anak-anak muda kita yang berpesta. Ada di antara
mereka mengalami kecedaran kekal dan ada juga yang cedera maut.
Malangnya,
segala amalan-amalan bejat itu dilakukan dengan restu sesetengaah ibu bapa mereka sendiri
yang memberi lampu hijjau kepada anak-anak muda mereka bercampur gaul dengan bebas
lepas seperti haiwan-haiwan yang tidak berakal, yang selama ini menggalakan
kelahiran anak-anak haram. Kepada siapa hendak disalahlan, kalau kepada diri
sendiri?
Tidak
cukup dengan itu, aneka media massa, akan mengambil kesempatan hari mulia ini
untuk mempromosikan berbagai-bagai program hiburan hari raya, tanpa mengira
halal atau haram corak persembahannya? Akhbar-akhbar, radio dan tv semuanya
akan mengambil kesempatan untuk berhibur, persis hari raya itu hari bebas untuk
berhibur-hibur tanpa batas. Prgoram-program dan laman-laman khas untuk hiburan hari
raya telah disusun dan diatur dengan begitu rapi dan canggih untuk mengambil
perhatian yang lebih dari para pemabca, pendengar dan penonton yang mungkin
telah sesat dalam pencarian hiburan.
Tidak
memadai dengan itu, para pengamal media juga biasanya menyiarkan berita-berita
khsusus tentang pesta-pesta sambutan hari raya oleh para artis, para penghibur
dan juga para budayawan kita. Cubalah perhatikan, apakah pesta-pesta yang
dianjurkan itu selari dengan kehendak agama, atau sebaliknya selaras dengan
kehendak nafsu kita yang rakus?
Malah
sebelum hari raya lagi, setidak-tidaknya masuk sahaja bulan Ramadan
berbagai-bagai peristiwa yang dikaitkan
dengan hari raya telah dijadikan laporan khusus, terutama sekali mengenai
penyediaan makanan dan pakaian hari raya, bukan sahaja tidak sederhana, tapi secara
yang berlebih-lebihan, malampaui batas dalam tujuan dan juga dalam bentuk penayampaiannya
yang tidak Islamik, bagaimana tidak Islamiknya wanita-wanita yang muncul di
kaca-kaca TV dengan para Ustaz berbicara tentang agama, dengan membuka aurat?
Media-media massa, seperti akhbar, majalah dan tv telah lama mengheret kita keluar dari ajaran berhibur yang benar mengikut Islam. Mereka telah membawa peminat-peminatnya kembara di lembah-lembah penyelewengan yang hitam dan gelap untuk menyambut hari raya.
Perkara-perkara
seumpama ini merupakan amalan yang telah tergelincir dalam ajaran Islam yang
sebenarnya dalam menyambut hari raya yang mulia itu. Ia telah lari dari ajaran
agama yang sebenarnya yang menuntut kita menjaga kesucian hari yang mulia itu, bukan
dengan menodainya dengan tindakan-tindakan kita yang menyanggah ajarannya
dengan perbuatan-perbutan kita yang melampaui batasan.
Kita
sepatutnya merayakan hari mulia, dan hari kejayaan ini dengan penuh kesyukuran
dan takzim kepada Allah yang dengan rahmatnya kita mampu menghadapi segala
cabaran-cabaran yang boleh memusnahkan ibadat puasa kita selama sebulan Ramadan
itu, hingga sampai ke penghujungnya dengan pengurniaan Aidilfitri yag kita
rayakan dengan pemuh takwa dan kerendahan hati.
Kalau
selama sebulan Ramadan kita telah mampu membendung segala keinginan-keingnan
nafsu ynag menggoda kita yang sentiasa semarak untuk menyelewengkan kita
daripada jalan-jalan yang lurus dan terang benderang dan ke jalan bengkok dan
gelap gelmat yang di penghujungnya bukan berakhir dengan syurga tapi sebaliknya
neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat untuk dijadikan istana. Justeru pada
hari raya yang mulia ini, janganlah sama sekali kita nembuka bedung dan ikatan
yang telah kita pasungkan ke atas diri kita untuk membuka segala perintah-perintah
yang berupa larangan Allah. Malah bedungan itu hendaklah sentiasa kita ketatkan simpulannya
selepas hari raya dan untuk selama-lamanya selagi nafas di kandung jasad sebelum
kita pulang ke pangkuan Ilahi.
Marilah
kita kembali ke pangkal jalan, kalau selama ini kita berada dalam kesesatan
dalam mencipta suasana-suasana hari raya dengan mengotorinya dengan amalan-amalan
yang tidak diizinkah oleh Allah dengan aneka pesta dan hiburan yang melalaikan.
Marilah
kita tinggalkan segala bentuk penyelewengan, segala macam kemaksiatan, segala
macam fitnah, dan kembali kepada kebenaran, jalan pilihan kita, jalan yang
unggul dan diredai Allah. Itulah sistem hidup kita, dan itulah perjalanan hidup
pilihan kita sebagai hamba Allah, untuk mencari keredaaan-Nya, demi kebahagian
hidup kita dunia dan akhirat. Itulah jalan kita yang tersendiri, jalan Allah, satu-satunya
jalan pilihan yang tidak boleh kita
mungkiri sebagai umat Islam. Tidak ada lagi jalan lain, selain jalan Islam yang
diredai Allah.
0 comments:
Post a Comment