MASJID AL-QASIMI TERIMA TAMU RAMADAN

>> Tuesday, July 8, 2014





MASJID AL-QASIMI, PASIR TUMBOH, SAMBUT TAMU RAMADAN


Bulan Ramadan bulan berkah, bulan mahabah dan berkasih sayang, melebar dan mengeratkan persaudaran Islam tanpa batas dengan penuh takzim.



Sedang Berucap




Semalam, hari Isnin, malam Selasa 9 Ramadan1435, Masjid Al-Qasimi, Kg. Parit, Pasir Tumboh. Kota Bharu telah mendapat penghormatan dengan kunjungan sekumpulan sahabat-sahabat seagama mereka untuk bersolat Tarawih dengan anak-anak mungkin di sini.


Mereka terdiri daripada sekumpulan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan [NGO] dari dalam dan luar negara.


Sempena dengan kunjungan itu, salah seorang dari mereka telah memberi sedikit ucapan kepada para jemaah sekaliannya.


Dalam ucapan singkatnya, beliau antara lain mengajak umat Islam supaya mengingati nasib malang yang menimpa umat di  seluruh dunia, seperti di Myamar dan Syria.
                                         Ucapan diterjemah ke Bahasa Malaysia

Katanya di Syria sahaja seramai lebih daripada seratus ribu orang telah terkorban dalam konflik yang masih berlanjutan sampai sekarang, dan di samping itu lebih seratus ribu orang wanita ikut menjadi janda.



                                         Ralik mendengar ucapan

Kerana konflik yang dasyat itu ramai dari mereka telah meninggalkan negara mereka Syria menguggusi ke negara-negara jiran, antaranya ke Jordan. Antara mereka itu termasuklah kanak-kanak yang masih memerlukan pelajaran dan pendidikan yang sewajarnya.

                                        Amin! Amin1 Amin

Bertolak dari ini, ada di kalangan mereka yang sedar telah melancarkan usaha untuk membina institusi-institusi pelajaran untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak yang malang itu. Dengan itu, bila mereka pulang ke tanah air mereka pada suatu hari nanti, mereka memiliki ilmu, dan ilmu itu boleh pula dikembangkan kepada penduduk  di negara asal mereka, yang entah bila konfliknya akan berakhir?



                                      Masjid Al-Qasimi

Beliau menyeru umat Islam di Malaysia, khususnya di Negeri Kelantan Darulnaim supaya turut berjihad dengan menghulurkan bantuan kewangan untuk membolehkan mereka membina sekolah yang seumpama itu di Jordan bagi merealisasikan cita-cita murni mereka, iaitu memberi pendidikan kepada anak-anak pelarian yang menderita hidupnya. 

Di akhir majlis para jemaah secara sukarela dan ikhlas menghulurkan derma untuk menyahut seruan yang mulia itu.


 

Kalau Anda Berminat:

MASJID AL-QASIMI,PASIR TUMBOH
KEMPEN TUTUP AURAT


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP