HAFIZ MUDA JADI IMAM SOLAT
>> Saturday, July 19, 2014
HAFIZ
MUDA JADI IMAM SOLAT
Kitab
Suci al-Quran adalah kitab suci yang datang dari Allah dan amat penting untuk
dibaca, diimani, dipelajari dan diamali kandungannya untuk menjamin kebahagian
hidup manusia di dunia dan akhirat.
Tahfiz Mohamad Ilyas
Berdasarkan kesedaran tentang pentingnya al-Quran itulah sejak kebelakangan ini kian ramai umat Islam memberi perhatian istimewa kepada al-Quran, bukan sahaja sekadar membaca, tapi juga menghafalnya demi kerana Allah Yang Maha Berkuasa.
Kerana
itu kian meningkatnya bilangan penghafal al-Quran, terutama dari kalangan generasi muda,
khususnya di negara kita, Malaysia. Untuk memenuhi keperluan itu, maka
bercambahlah institusi-institusi menghafal al-Quran secara khusus di segenap ceruk rantau tanah air. Dan
bilangan ini terus bercambah dari masa ke masa didorongkan oleh mereka yang
prihatin terhadap kepenting al-Quran dan hafalannya.
Biasanya
sejak tahun-tahun kebelakangan ini, masjid-masjid dan surau-surau di seluruh
tanah air memerlukan khidmat tenaga hafiz di sepanjang bulan Ramadan yang
mulia. Khidmat hafiz itu diperlukan untuk menjadi imam solat tarawih di masjid-masjid
atau di surau-surau mereka, dan juga
untuk menjadi imam sembahayang fardhu setiap waktu sepanjang bulan Ramadan.
Mereka
tidak ragu-ragu untuk mengumpul dana untuk para hafiz itu yang pada umumnya
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tahfiz dari seluruh negara. Malah ada
juga di antara mereka itu berasal dari negara jiran, Thailand yang sedang belajar menghafaz al-Quran di sekolah-sekolah
di Malaysia, atau dijemput khas dari sana untuk berkhdimat penuh selama sebulan
Ramadan.
Bergambar Selepas Solat Asar
Walau bagaimanapun sehari dua menjelang hari raya Aidilfitri mereka terpakasa meninggalkan surau atau masjid di mana mereka berkhdimat dengan ikhlas itu untuk balik ke kampung halaman mereka untuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara di hari yang mulia itu.
Para
penduduk di sekitar sebuah surau kecil di Kampung Kubang Siput, Pasir Tumbuh,
Kota Bharu merasa amat bertuah kerana pada tahun ini mereka mendapat khidmat dua orang hafiz muda
yang berkhdimat di sepanjang bulan Ramadan 1435 ini untuk menjadi imam solat
tarawih dan juga solat fardhu setiap hari.
Kedua-duanya
merupakan pelajar di Tahfiz Banggol Kulim, Pasir Mas Kelantan. Kedua-duanya
ketika ditemui di suaru itu merasa amat syukur dan gembira kerana dapat memberi
khidmat bakti mereka yang ikhlas kepada penduduk-penduduk sekitar untuk menunai ibadat
di suaru itu yang terletak di Lorong Masjid, Kampung Parit.
Kedua-dua
hafiz muda itu ialah Sulaiman bin Ahmad dan Mohamad Ilyas, dari Tahfiz Banggol
Kulim. Keduanya sebaya, dalam usia, iaitu sembilan belas tahun.
Sulaiman
Ahmad berasal dari Patani Thailand, sementara Mohamad Ilyas berasal dari
Banting Selangor. Sudah tiga tahun lamanya, bedua belajar di institusi tahfiz
tersebut.
Bersama Tuan Iman "Abang Mat".
Mohamad Ilyas menyatakan bila tamat pengajiannya nanti dia akan menyambung pelajaran untuk mendalami kitab-kitab ilmu yang institusinya memang terdapat di negerinya Selangor. Pelajaran inilah yang amat diminatinya.
Sementara
Sulaiman Ahmad pula memberitahu dia masih lagi belum menentukan arah tujunya
selepas tamat nanti, dan akan memikirkannya dengan sebaik-baiknya bila masanya
tiba nanti.
Kita doakan
semoga kedua-duanya berjaya menrcapai cita-cita masing-masing untuk memajukan
umat Islam menerusi al-Quran dan ilmu Islam yang sentiasa cemerlang itu.
Insya-Allah.
Berbincang Tentang Ayat Al-Quran
Justeru alangkah bertuahnya jika setiap buah desa atau kampung mempunyai beberapa orang tahfiz untuk menyemarakkan syiar Islam, khususnya menghidupkan ilmu al-Quran untuk melahirkan Generasi al-Quran yang menjadi impian setiap umat Islam yang waras.
Sesungguhnya
Allah S.W.A. berfirman, “Bacalah kitab [al-Quran] yang telah diwahyukan
kepadamu [Muhammad] dan laksanakan solat”. Al-Ankabut: 45.
Rasulullah
saw bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah yang belajar dan mengajarkan
al-Quran”.-HR:Bukhari.
0 comments:
Post a Comment