UKRAINE DAN MALA PETAKA CHERNOBYL
>> Friday, July 25, 2014
UKRAINE DAN PETAKA CHERNOBYL
MH17
telah ditembak jatuh pada 17hb Julai, 2014 di Ukraine, merupakan tragedi
berdarah yang amat memilukan hati, khususnya kepada keluarga yang terlibat
dalam petaka berdarah itu, dan juga negara kita Malaysia di mana MH17 adalah
milik MAS kepunyaan kerajaan Malaysia.Takziah untuk mereka semha, dan Al-Fatihah untuk umat Islam yang terkorban.
Yang Musnah
Angkara siapakah yang menembak kapal terbang itu belum dapat disahkan lagi kerana masih dalam penyiasatan yang menghadapi berbagai-bagai kesukaran. Kedua-dua pihak yang melibatkan dua kuasa besar dunia masih saling tuding menuding jari. Pihak pemberontak Donsetk yang pro-Russia menuduh kerajaan Ukraine yang bertanggungjawab melakukannya, sementara pihak Ukraine yang pro-Amerika pula menuduh pihak pemberontak yang bertanggungjawab menembak MH17. Hanya penyiasatan yang wajar dan telus sahaja dapat merungkai siapa yang sebenarnya yang menjadi pembunuh.
Angkara siapakah yang menembak kapal terbang itu belum dapat disahkan lagi kerana masih dalam penyiasatan yang menghadapi berbagai-bagai kesukaran. Kedua-dua pihak yang melibatkan dua kuasa besar dunia masih saling tuding menuding jari. Pihak pemberontak Donsetk yang pro-Russia menuduh kerajaan Ukraine yang bertanggungjawab melakukannya, sementara pihak Ukraine yang pro-Amerika pula menuduh pihak pemberontak yang bertanggungjawab menembak MH17. Hanya penyiasatan yang wajar dan telus sahaja dapat merungkai siapa yang sebenarnya yang menjadi pembunuh.
Walau
bagaimanapun tragedi ini mengingatkan kita kembali peristiwa petaka loji
nuklear yang berlaku di Chernobyl, yang terletak 14,3 km arah ke Selatan hampir
tiga dekad yang lalu. Petaka itu menimpa Setesen Janakuasa Nuklear Chernobyl pada
26 April 1986, yang merupakan salah satu bencana yang seumpamanya yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah. Ia
berlaku ke atas loji no 4, iaitu loji nuklear itu yang telah meletup tanpa
diduga yang menjadi sebab kemusnahannya.
Masa itu
Ukraine merupakan sebahagian daripada negara Kesatuan Soviet yang besar itu,
dan bertanggungjawab ke atas projek raksaksa itu. Ukraine kini merupakan serpihan
daripada negara Kesatuan Soviet yang telah mengistiyarkan kemerdekaannya tidak
berapa lama dulu.
Mengikut
kajian letupan di janakuasa nuklear itu menimpakan kesan buruk seratus kali
ganda lebih besar daripada kesan bom nuklear yang digugurkan ke atas Bandar
Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua 1945 dalam usaha Pihak Berikat
untuk menumpaskan Jepun yang telah mabuk kuasa ketika itu.
Letupan loji
tenaga nuklear itu telah mencemarkan udara dengan bahan-bahan radio aktif yang
merbahaya di Ukraine dan seluruh bahagian Barat Kesatuan Soviet pada masa itu, malah
juga telah sampai ke negara-negara Eropah. Salah satu penyakit yang mungkin
ditimpakannya ialah kanser, terutama kanser tyroid akibat pancaran radiasi.
Minuman susu di negara-negara Eropah didakwa telah tercemar, dan menimpakan
penyakit, khususnya kepada kanak-kanak yang meminum susu-susu yang telah
tercemar oleh bahan-bahan radio aktif
yang bertebaran dalam udara yang telah merebak sampai ke negara mereka.
Untuk mengelak
janaskuasa itu daripada terus menjadi ancaman, tindakan awal yang diambil
ialah menimbus blok 4 yang meletup itu untuk mencegahnya daripada terus mengeluarkan
bahan-bahan radio aktif yang merbahaya itu. Bangunan itu segera ditimbuskan dengan
pasir yang dicurah dengan menggunakan helikopter untuk memadamkan api dari
terus menyala dan mengeluarkan radio aktif, dan boron digunakan untuk mencegah
pengeluaran radio aktif seterusnya. Beberapa minggu kemudian bangunan itu terus
ditutup dengan bangunan konkrit yang dipanggil “sarcophyus” untuk mengurang
pelepasan radio aktif seterusnya.
Sebagai
tindakan pencegahan selanjutnya, kerajaan Russia telah menebang dan mengambus
pokok-pokok pain sepanjang kira-kira satu kilomter berhampiran dengan janakuasa yang musnah itu
untuk mencegah daripada berlaku pencemaran di situ dan juga di kawasan yang
berhampiran. Walaupun tiga buah janakuasa itu terus digunakan juga buat
beberapa waktu, tapi akhirnya ketiga-tiganya juga telah ditutup demi kebaikan.
Akibat
peristiwa yang tidak diingini itu, ribuan penduduk Chornbyl terpaksa
dipindahkan demi menjaga keselamatan mereka daripada ancaman debu-debu radio
aktif yang beracun. Selain itu kawasan sejauh 30 km daripada tempat kejadian
yang mengancam itu telah dikosongkan. Pihak berkuasa Russia terpaksa menghabiskan
perbelanjaan sebanyak 18 milion rubel untuk menampung kos pemulihan janakuasa
itu, dan peristiwa pahit ini juga telah menjejaskan ekonomi Russia.
Sepi Ditinggalkan
Hari ini tidak ada lagi manusia tinggal dalam kawasan sekitari bandar Chernobyl yang telah bertukar menjadi bndar hantu. Hanya sebilangan keci dari mereka yang masih tinggal, khsusnya pakar-pakar yang membuat kajian. Sedangkan sebelum tragedi itu penduduknya berjumlah seramai 55,000 orang yang hampir ke seluruhannya telah dipindahkan atas alasan keselamatan. Sebenarnya pada peringkat awal tahun 1986 seramai 115,000 orang telah dipindah daripada kawasan yang amat tidak selamat, tahun berikut seramai 220,000 orang lagi telah dipindahkan. Sesiapa pun tidak diizinkan tinggal di situ kecuali petugas-petugas khas yang dilantik oleh pihak berkuasa.
Ada ahli-ahli
sains berpendapat bahawa kawasan yang tercemar oleh letupan janakusa nuklear itu akan
mengambil masa berabad-abad lamanya untuk bersih dari radio aktif dan pulih
seperti sedia kala untuk membolehkan kawasan itu dihuni semula. Mereka berkata
sebarang jenis radio aktif yang paling merbahaya akan memakan masa sehingga sembilan
ratus tahun untuk hilang sepenuhnya dan untuk menjadikan sesuatu kawasan yang
terlibat itu selamat untuk dihuni kembali.
Sesungguhnya
segala musibah yang berlaku di dunia ini adalah hasil kerja tangan manusia itu
sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab ke atasnya. Sebarang ciptaan manusia
dalam mengejar kemajuan dunia, tidak dapat tidak mengandungi risiko yang
menjadi punca kepada aneka musibah, kecil atau besar. Manusia hanya mampu merancang,
tapi penentu mutlaknya terletak di tangan Allah belaka.
Allah
berfirman, maksudnya, “Dan apa musibah yang menimpa kamu, maka adalah
disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagtian besar
kesalahan-kesalahmu”.Al-Syura: 30.
0 comments:
Post a Comment