BERI MAKAN KEPADA ORANG BERBUKA PUASA DENGAN LEBIH SAKSAMA

>> Thursday, July 3, 2014





BERI MAKAN ORANG BERBUKA PUASA SECARA LEBIH  SAKSAMA


                                         Foto Metro 30 Jun 2014

Kita digalakkan untuk memberi sedekah. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang menerima sedekah, tapi juga kepada orang yang menghulurkan sedekah itu, yang merupakan kurniaan Allah kepada mereka yang pemurah.


Seperti biasa berbagai-bagai perkara boleh disedekahkan kepada mereka yang memerlukannya, antaranya wang ringgit, benda-benda keperluan seperti pakaian, dan juga makanan-makanan.


Dalam bulan Ramadan memberi makan berbuka kepada orang-orang berpuasa amatlah dituntut, kerana mereka akan menerima kurniaan pahala yang sungguh besar dan menyeluruh dari Allah SWT.


Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dan memberi bekal kepada orang yang pergi berjihad, maka pahalanya sebesar amal orang itu”.


Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:


“Barangsiapa memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka kepadanya dibalas dengan keampunan kepada dosa-dosanya, dan bebas daripada api neraka jahanam, dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tanpa sedikitpun mengurangkan pahala orang yang berpuasa itu”.


Malah Rasulullah  SAW menganjurkan orang-orang yang diberi makan atau diundang berbuka puasa itu bila selesai makan hendaklah segera mendoakan kepada mereka yang memberinya makan atau kepada tuan rumah di mana mereka baru selesai menikmati hidangannya.


Antara doa yang dianjurkan oleh Baginda S.A.W. ialah, “Ya Allah! Ampuni dan kasihanilah mereka, dan berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada mereka”.


Menyedari akan hebatnya manfaat memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa itulah, selain daripada individu-individu, banyak pula pihak-pihak lain, seperti institusi-institusi, Ngo-ngo malah kerajaan sendiri menerusii jabatan atau kementerianya menganjurkan majlis berbuka puasa.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara [JKKN] nampaknya tidak ketinggalan mengambil bahagian mengajurkan majlis berbuka yang dikenali dengan hama “Jom Buka Puasa”. Inilah tahun ketiga jabatan mengajurkan majlis seumpama itu. Kali ini diadakan di atas sebatang jalan, iaitu Jalan Raja, di mana juadah berbuka disediakan secara percuma kepada orang ramai untuk menikmatinya. Mengikut rancangannya program itu akan diteruskan selama lima kali sepanjang bulan Ramadan, dan seramai 25, 000 orang dijangka menghadirinya.


Tapi melihat sebahagian daripada foto-foto majlis berbuka itu yang disiarkan oleh media-media tanah air tidaklah memberangsangkan, kerana majlis itu diadakan bercampurgaul antara lelaki dan perempuan, dan sebahagian daripada wanita-wanita yang hadir itu pula tidak berpakaian secara Islam atau  tidak menutup aurat.


Foto Metro 30 Jun 2014



Mereka sapatutnya insaf majlis yang mereka hadir itu bukannya festeval sukan atau pesta budaya tapi satu majlis keagamaan, untuk berbuka puasa, dan puasa adalah salah rukun Islam yang ke lima.

Pihak penganjur memang wajar membuat peringatan kepada wanita-wanita Islam yang ingin menghadiri majlis berbuka itu supaya berpakaian sopan dan menutup aurat sebagaimana dituntut oleh Islam.


Pihak kerajaan negeri Kelantan telah bertahun-tahun menyediakan hidangan-hidangan berbuka untuk dinikmati oleh orang ramai secara percuma, tapi acara itu diadakan secara berasingan, tidak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan. Dan selepas berbuka, disedikan kemudahan kepada para tamu untuk solat Maghrib secara berjemaah dengan Iman yang memang disediakan.


Semoga amalan-amalan yang mulia ini akan memberi lebih manafaat kepada pihak penganjur dan juga kepada mereka yang menerima dan menikmati anjuran itu, dengan mendapat keredaan dari Allah SWT, berkat bulan Ramadan yang mulia ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP