SABAK YANG KEHILANGAN PANTAI DASAR YANG CANTIK
>> Saturday, June 14, 2014
SABAK KEHILANGAN PANTAI DASAR
Menahan pukat di Sungai Sabak
SABAK adalah sebuah kampung nelayan yang mempunyai pantai yang cantik menawan dan merupakan salah sebuah pantai yang terkenal indah di Negeri Kelantan Darulnaim. Ia merupakan salah sebuah daripada pantai yang menarik di negeri ini selama beberapa dekad.
SABAK adalah sebuah kampung nelayan yang mempunyai pantai yang cantik menawan dan merupakan salah sebuah pantai yang terkenal indah di Negeri Kelantan Darulnaim. Ia merupakan salah sebuah daripada pantai yang menarik di negeri ini selama beberapa dekad.
Batu-batu sepanjang pantai
Letaknya pun tidak jauh daripada ibu negeri Kelantan, Kota Bharu, iaitu 13 km dan hanya 3 km daripada Lapangan Terbang, Ismail Petra, di Pengkalan Chepa.
Pantainya terkenal dengan panggilan Pantai Dasar mempunyai pantai yang lebar, memanjang dengan pasir yang putih yang dipayungi oleh pokok-pokok rhu yang daunnya sentiasa gemersik dibelai bayu pantai yang sejuk dan nyaman. Airnya jernih bening yang aman sesuai untuk bersantai dan mandi manda., dan juga untuk menangkap ikan.
Sungai Sabak
Dulunya setiap minggu Pantai Dasar merupakan salah sebuah pantai pilihan seluruh penduduk Kelantan melepaskan penat lelah untuk berihat-rihat dan mandi manda bersama keluarga. Dulunya ada beberapa buah gerai, tempat menjual minuman dan makanan kepada para pengunjung dan juga penduduk-penduduk tempatan yang berumah di tepi pantai.
Di situ juga ada sebuah rumah papan yang cantik yang dikatakan miliki
keluarga kerabat di raja. Di situ juga ada sebuah “kubu Jepun”.
Jambatan Ke Pantai Sabak
Tapi bila saya sampai ke Pantai Sabak yang terkenal dengan panggilan Pantai Dasar itu baru-baru ini semuanya telah ghaib. Yang ada hanya batu-batu besar yang merupakan tembok pemisah antara laut dan daratan. Tembok itulah yang menjadi penyelamat Kampung Sabak daripada tenggelam ditelan laut.
Batu-batu dan laut
Walau pun saya dari masa ke masa pergi Ke Sabak, kerana urusan-urusan tertentu, dan keluarga saya pun masih ramai di Sabak walau pun sejak kebelakaqngan ini tidak pernah berpergian, tapi saya sudah lama tidak sampai ke Pantai Dasar Sabak. Hanya baru-baru ini sahaja terlanjur saya pergi ke Pantai Dasar dengan harapan untuk menikmati keindahanannya. Alangkah terkejut saya kerana semuanya telah lesap. Diganti dengan tembok-tembok batu.
Walau pun saya dari masa ke masa pergi Ke Sabak, kerana urusan-urusan tertentu, dan keluarga saya pun masih ramai di Sabak walau pun sejak kebelakaqngan ini tidak pernah berpergian, tapi saya sudah lama tidak sampai ke Pantai Dasar Sabak. Hanya baru-baru ini sahaja terlanjur saya pergi ke Pantai Dasar dengan harapan untuk menikmati keindahanannya. Alangkah terkejut saya kerana semuanya telah lesap. Diganti dengan tembok-tembok batu.
Sangkar-sangkar di Sungai Sabak
Alangkah cepatnya masa berlalu dan alam berubah. Itulah sebabnya sejak kebelakangan ini, Sabak tidak lagi daftarkan sebagai salah sebuah pantai yang indah di Kelantan, tapi dikatagorikan sebagai sebuah kampung nelayan. Pantai Dasar Sabak sekarang telah berubah wajah, tidak ada lagi pokok kelapa, pokok rhu dan tidak ada lagi pengunjung, kerana yang ada ialah batu-batu besar yang memagari pantai.
Dalam perjalanan pulang, di atas jambatan batu, saya melihat seorang lelaki
berhenti di tepi jambatan, dan tanpa turun dari motosikalnya dia memandang
ke bawah jambatan dan bercakap dengan seseorang. Itulah orang yang pertama sama
temui di Sabak pagi itu. Bila sampai di hujung jambatan di tempat yang agak
lapang saya memberhentikan kereta dan turun berjalan ke arah lelaki itu yang
masih berada di atas motorsikalnya yang enjinnya masih hidup.
Jambatan Tok Kasim
Menjawab pertanyaa saya lelaki itu memberitahu dia melihat orang sedang menahan pukat dalam sungai, dan sebaliknya menanya saya hendak ke mana. Pemukat itu tidak pun mengangkatkan kepalanya, kerana sibuk dengan pukatnya. Sejurus kemudian lelaki itu pula mengerakkan motornya, lalu menaymbung perjalannya.
Seminggu kemudian saya pergi lagi ke Sabak, tapi kali ini saya tidak lagi
pergi ke Pantai Dasar, sebaliknya saya mengambiil jalan melintasi jambatan Tok
Kasim menuju ke pantai. Waktu itu kira-kira pukul 10.30 pagi, di kiri jalan ada
rumah-rumah nelayan, tapi bila sampai di tepi pantai, keadaannya sama sahaja, terdapat
banjaran timbunan batu-batu besar dan keadaannya sunyi sepi di bawah terik mata
hari yang mulai membakar.
Saya sebenarnya ingin pergi ke Pengkalan Tok Kasim tempat nelayan mendarat ikan, tapi oleh sebab sukar untuk mengambil arah kerana tidak ada penunjuk jalan, apa lagi saya sendirian, dalam keadaan cuaca yag bahang panas pantai membakar saya terpaksa membatalkan maksud itu. Lagi pun tidak ada sesiapa pun yang saya temui hendak menanya arahnya.
Insya-Allah lain kali saya akan pergi lagi ke Pengkalan Tok Kasim untuk
melihat nelayan naik ke darat di watu petang di masa dan waktu yang lebih sesuai.
Pokok-pokok nipah tumbuh subur
Walau bagaimana pun dari segi sejarahnya pantai Sabak ini amat penting, kerana pantai inilah yang pertama kali diserang oleh Tentera Jepun bila mereka menyerang Tanah Melayu pada 7 Disember 1941 sehingga berjaya menakluki seluruh Tanah Melayu dan Singapura daripada penguasaan British.
Saya tercari-cari rumah-rumah keluarga saya di situ, tapi kerana lama tidak mejengak mereka, dan keadaan perkampungnannya telah jauh berubah, saya tidak tahu ke mana hendak dihalakan arah. Saya teringatkan seseorang yang sering datang ke rumah saya di Kamung Salor pada suatu ketika dulu, namanya Yaakob. Tapi di mana dia sekarang?
Saya terus memandu kereta berpatah balik menuju ke rumah di Pasir Tumbuh.
Bila sampai di simpang tiga, membelok ke kiri, melalui Kg. Kemumin, terus ke
Kubang Kerin, dan tidak lagi melewati lapangan Terbang pengkalan Chepa jalan yang
saya lalui tadi ketika datang ke Sabak.
Masjid Sabak
Saya teringatkan masa-masa yang lalu di mana saya dan keluarga sering datang ke pantai Sabak, malah saya pernah bermalam di situ dengan bertilam pasir dan beratapkan daun-daun rhu yang membanjir tepi pantainya yang indah. Saya banyak menyimpan foto-foto bersama dengan keluarga, terutama Allahyarhmah isteri saya ketika kami berihat-rihat dan bercanda di Pantai Sabak yang meninggalkan seribu kenangan.
Tapi tidak ada apa-apa lagi di Pantai Sabak sekarang, semunya sudah musnah dalam permainan alam, ditelan laut dan disapu ombak yang menerjah pantai di musim laut bergelora. Dan yang tinggal hanya kenangan yang membelai fantasi di pantai yang pernah terkenal indah dan cantik menggoda itu.
Demikianlah cepatnya alam berubah sejajar dengan usia manusia yang tidak pernah menoleh ke belakang.Tidak ada apa pun yang kekal di dunia yang fana ini.
0 comments:
Post a Comment