MENGANDUNG DAN BUNTING APA BEZANYA?
>> Sunday, June 15, 2014
PERUT besar bahasa Kelantan yang bererti mengandung atau hamil. Tapi di
kalangan wanita-wanita muda mutakhir lebih suka menyebutnya “pregnant” yang
membawa maksud yang sama.
Ada satu perkataan lagi yang juga membawa erti mengandung iaitu “bunting”, tapi biasanya digunakan kepada haiwan yang mengandung, dan juga biasa juga digunakan kepada wanita-wanita yang mengandung anak di luar nikah atau anak zina ataupun anak haram.
Orang sekarang tidak berani menyebutnya anak zina atau anak haram, tapi memanggilnya anak terlanjur, iaitu hasil perbuatan terlanjur ibu dan ayah kerana menurut nafsu.
Tapi perkataan bunting ini jika digunakan kepada tumbuhan-tumbuhan, khususnya padi ia menujnukkan satu bahagian daripada batang padi di bahagian atasnyta sedang membengak untuk mengeluarkan buah dalam satu bentuk yang luar biasa dan indah. Kerana bentuknya yang luar biasa itu, ia dirujukkan kepada betis seseorang wanita yang cantik dikatakan betisnya seperti bunting padi.
Justerutidak ada orang berkata, “padi saya sedang mengandung” dalam keadaannya sedang bunting.
Demikian juga kita tidak pernah mendengar orang mengatakan “kuncing saya
sedang mengandung”., tapi dikatakan "kucing saya bunting".
Betis wanita yang seperti ini memang sungguh cantik bentuknya. Adakah
bentuk betis anda seperti bunting padi? Atau adakah bentuk betis isteri anda
seperti bunting padi? Bertuah anda kalau memilikinya, kerana ianya merupakan
keindahan asli yang semula jadi.
Ini bererti kecanitkan betis itu bukan sahaja terletak pada keadaannya yang gebu, licin
dan mulus, tapi juga kepada keadaan bentuknya yang asli ciptaan Allah.
Untuk mempastikan keadaan betis, bila anda berada di rumah perhatikan betis
anda atau betis isteri anda samada bentuknya bunting padi atau tidak.
Namun, generasi hari ini bukan sahaja tidak tahu menikmati betis bunting
padi, malah tidak mengetahui kewujudannya. Oleh itu mereka tidak mengetahui nilainya
yang tersembunyi di sebalik betis bunting padi.
Di samping itu hari ini tidak lagi mudah untuk melihat betis wanita Islam
yang bunting padi, kerana kebanyakan mereka telah menutupnya, walaupun
tidak menutup aurat, sekurang-kurangnya mereka memakai seluar jeans. Sedangkan
perintah menutup aurat itu wajib dalam Islam, mereka tidak mengindahkannya.
Inikah yang dikatakan bunting padi?
Untuk melihat batang padi bunting anda tidak dapat melihatnya dari jauh, melihat padi di sebidang tanah. Anda mesti mendekatinya, dan melihat batangnya dari dekat satu persatu, sebelum batang padi yang bunting itu pecah mengeluarkan buah.
Selain itu ada beberapa peribahasa yang menggunakan perkataan bunting, sebahagian darinya saya kutip di sini sekadar untuk pengetahuan:
-Wanita yang suka marah-marah dalam masa mengandung dikatakan bunting harimau.
-Wanita yang pertama kali mengandung atau mengandung anak sulung dikatakan
bunting jolong.
-Wanita yang mengandungi lamanya lebih dari sembilan bulan untuk melahirkan
anak dikatakan bunting kerbau.
-Wanita yang mengandung pada bulan mereka berkahwin dikatakan bunting pelamin.
Di bawah anggota betis yang bunting padi itu ada keting, di bawah keting ada buku lali, dan
di bawah buku lali itu ada tumit. Adakah anda tahu, tumit wanita itu membawa
rahsianya yang tersendiri.
Dikatakan oleh orang-orang tua “tumitnya [wanita] seperti telur puyuh atau telur ayam”. Adakah anda pernah melihat telur burung puyuh, dan bolehkah anda bayangkan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata “tumitnya seperti telur puyuh atau telur ayam" itu?
Ianya mengandungi rahsia kebatinan yang hanya diketahui oleh orang-orang
yang arif, khususnya kaum lelaki.
Tapi orang sekarang, bukan sahaja tidak mencari tumit telur puyuh, atau
telur ayam, malah tidak pun mengetahui kewujudan tumit seperti itu.
Walau bagaimana pun kepada para wanita Islam, semua kecantikan yang mereka
miliki, baik tumit atau betis, bukanlah untuk ditonton oleh umum atau
dipamer-pamerkan terutama kepada semua lelaki, itulah haram yang membawa dosa.
0 comments:
Post a Comment