KEAJAIBAN HANYA ADA DI HUJUNG KAKI ANDA

>> Tuesday, June 10, 2014






                                          Iwan Syahman:Semua Allah Punya

KEAJAIBAN HANYA ADA DI HUJUNG KAKI ANDA?



Sedar atau tidak sedar alam semesta ini penuh dengan keajaiban. Buka sahaja mata, buka sahaja telinga, dan buka sahaja kaki untuk melangkah, kita akan dapati keajaiban itu di sekeliling pinggang kita. Hanya kita sahaja, mungkin tidak menyedarinya, walau pun berada di hujung mata.

langit penuh dengan keajaiban



Kalau sekadar untuk melihat keajaiban, anda tidak perlu pergi jauh, menghabiskan perbelanjaan yang besar, menghabiskan masa, kerana keajaiban itu ada di birai mata anda, dan di hujung kaki anda, kiranya anda rajin mencarinya. 




Andainya anda seorang penulis, dan ingin mencatat atau menulis tentang keajaiban yang ada di sekitar anda, seumur hidup anda pun, anda tidak akan dapat meghabiskannya, kerana setiap hari sepanjang hidup, anda akan menemui berbagai-bagai keajaiban.


Zaman Kanak-kanak


Pada masa kita kanak-kanak, kita sering merasa dunia ini penuh dengan ketakjuban dan kehairanan. Ketakjubaan  inilah yang melahirkan keajaiban pada hati dan pandangan kita. Ia juga membuat kita menjadi kriatif, melahirkan sesuatu untuk kita kagumi.


Daripada sekeping papan kita bentuk ia menjadi sebilah pedang, golok, selaras senapang atau pistol, kemudian kita gunakan untuk main-main perang.

.
Kalau kita bertemu dengan seketul tanah liat, kita akan membentuknya menjadi binatang-binatang yang kita minati, seperti seekor burung. Dan kalau kita lebih kratif, kita buat matanya dengan getah pokok sena, kita korek isi perut burung itu dan menjadikan seruling, dan bila kita tiup ia akan mengeluarkan bunyi. Kita panggil puling.


Kalau kita bertemu dengan kertas akhbar, kita akan lipat-lipatkan ia menjadi  sebuah perahu atau kapal, dan kalau perahu kertas itu diletak di atas air dalam pasu atau dalam parit yang mengalir ia akan hanyut dibawa arus sebelum ia basah dan tenggelam.


Atau kita cari sekeping buloh, merautnya, menjadi beberapa keping, lalu membentuknya menjadi sebuah kerangka wau atau layang-layang, kemudian menampalkannya dengan kertas untuk diterbangkan ke angkasa.


Demikian juga dengan perkara-perkara yang lain walau sekecil mana sekali pun penuh dengan ketakjubaan dan keajaiban.


Tapi dalam masa-masa yang berlalu, usia kita terus mendaki meninggalkan zaman kanak-kanak itu, keajaiban dan ketakjubaan itu akan terhakis dan diganti dengan sikap baru, di mana kita secara spontan menerima bahawa semua perkara akan berlaku dengan sendirinya begitu sahaja, dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara.


Dengan itu rasa ketakjuabaan dan keajaiban yang kita miliki akan hilang lesap. Ini menyebabkan kita kehilangan sebuah anugerah Allah  yang bernilai dalam hidup ini.


Sedangkan hakikatnya tidak ada perubahan seperti itu. Semua perkara pada dasarnya masih berada dalam kejadian asalnya. Cuma kita sahaja yang kehilangan sebuah “sense” atau kerasaannya. Akibatnya semua perkara yang kita lihat telah kehilangan ketakjubaan dan keajaibannya. Mata kita menjadi buta, telinga kita menjadi tuli, hati kita telah menjadi batu, perasaan kita telah menjadi kayu mati,  yang menyebabkan kita terhijab melihat sesuatu di sebalik apa yang dilihat, didengar dan dirasakan.  Sedangkan di sebalik rasa takjub dan ajaib inilah tersembunyi rahsia kebesaran Ilahi, Maha Pencipta.


Kita sering melupakan bahawa semua perkara yang kita guna, kita lihat, kita dengar, kita baca, kita hidu, kita kecap, dan kita makan masih tetap mempunyai ketakjuban dan keajaiban yang tersendiri. Cuma kita sahaja tidak mempunyai kemampuan untuk merasa dan menikmati ketakjubaan dan keajaibaannya itu.


Isteri atau suami kita hari ini, walau pun insan yang serupa, tapi tidak sama dengan isteri atau suami kita kelmarin, kelmarin dulu, besok atau lusa. Senyum mereka hari ini tidak serupa dengan senyum mereka kelmarin. Walau pun masih ramah dan menggoda. Masakan mereka kelmarin tidak sama dengan masakan hari ini, walaupun namanya sama, ikan patin masak tempoyak. Yang pastinya hari ini usia mereka telah tua sehari dari kelmarin


Sekuntum bunga liar yang berkembangan di belukar-belukar atau di hutan, kalau kita perhatikan dengan mata dan mata hati kita, ia  tetap mempunyai rahsia-rahsia keindahannya yang tersendiri. Tapi berapa ramai dari kita yang mampu melihat apa yang tersirat di sebalik sekuntum bunga liar yang tidak berharga itu?


Keajaiban ada di mana-mana dan di sepanjang waktu.


Jika anda tinggal di kota, anda berangkat ke luar kota, ke kampung dan desa, anda akan menemui berbagai-bagai keajaiban, pokok-pokok yang beraneka jenis,


Anda mungkin melihat aneka jenis tanaman yang berbeza-beza, bukannya nama dan keadaan pokoknya yang berlainan, tapi juga mengeluarkan buahan yang bermacam-macam rupa, warna, dan rasa yang berbeza-beza.


Di dahan-dahan pokok anda melihat labah-labah terbentang pada jaringan sarangnya. Kita mungkin berfikir labah-labah itu tidak perlu ada di dunia ini, hanya jadi penyibuk sahaja. Tapi kepada ahli-ahli biologi yang mengetahui rahsianya lain pula pendapatnya. Kata mereka labah-labah itu berguna untuk menjaga keharmonian alam ini, kerana seekor labah-labah menjadikan binatang-binatang kecil sebagai makannya, di mana seekor labah-labah dilaporkan memakan 3 juta binatang kecil dalam masa setahun. Tidakkah ini sesuatu yang menakjubkan?


Anda pergi ke bendang-bendang yang kelihatan seperti lautan menghijau dipenuhi dengan pokok-pokok padi yang mulai mengeluarkan buah. Buah-buah padi inilah yang menjadi makanan utama sebahagian besar penduduk dunia. Dari pokok padi, keluar buah padi, diketam, padi ditumbuk atau dikilang untuk memisahkan kulit dan isinya [beras], kemudian beras perlu dimasak untuk dijadikan nasi, baru boleh dimakan. Tidakkah itu satu keajaiban namanya?


Ke Pantai




Anda mungkin pergi ke laut, ke tepi pantai, melihat ombak yang bergulung-gulung, berdebur-debur melanda pantai. Di manakah  lautan itu mendapat tenaga untuk menggulungkan airnya dan menghempaskannya ke pantai?


Anda menundukkan kepala anda, di bawah tapak kaki anda dan sekitar terdapat pasir-pasir halus dan putih bersih. Siapakah yang mengisarkannya menjadikanya halus dan membersihkannya menjadi putih dan menghamparkanya sebagai sebahagian daripada permukaan bumi?
  

Anda mengangkat kepala memandang ke laut, melihat kapal-kapal terapung di permukaan laut, bergerak ke haluan masing-masing. Apakah rahsianya?


Anda mendongak ke langit. Langit biru, awam-awam bertaburan di dada langit dalam berbagai-bagai bentuk. Bagaimana langit itu tidak jatuh menyerkup bumi, atau jatuh berkeping-keping menimpa kepala kita yang tersekup di bawahnya?


Anda  sendiri pun tentu tahu lautan mengandungi banyak khazanah-khazanah yang berharga, harta-harta yang berharga dan bahan-bahan yang boleh dimakan. Bagaimana ia terjadi, bila, di mana, dan bagimana untuk memperolehinya? Semuanya penuh dengan seribu tanda tanya?


Objek yang paling dekat ialah diri kita sendiri. Semua kejadian dalam diri kita penuh keajaiban. Mata kita, telinga kita,  perut kita, rambut kita, kenapa kita tidur, kenapa kita ketawa, mengapa dan mengapa, kerana semuanya yang ada pada kita penuh dengan keajaiban. Bagaimana ia bekerja, bagaimana ia bertindak. Bertanyalah dan bawalah berfikir. Bukankah ajaib namanya?


Ia terletak di atas kesediaan anda untuk berfikir dan bertanya rahsia alam atau rahsia-rahsia Allah di sebalik yang tersurat’ Apa, siapa, kenapa, bagaimana dan bila? Kalau anda tidak mempunyai kesesdiaan untuk berfikir, sudah tentu anda tidak akan menemui rahsia keajaiban alam yang berselerak di sekeliling pinggang anda.


Katakanlah saya dan anda berada di sebuah bandar dan kebetulan sedang berjalan di lorong yang sama dan menghala ke arah yang sama.


Kepada saya tidak ada apa-apa yang menarik di lorong itu, baik pada kedai-kedai yang berderet di sepanjang lorong, orang-orang yang saya temui, aneka barang yang dipamerkan, semuanya perkara biasa yang sama sekali tidak mengusik perasaan dan menarik hati saya.




                                          bumi pun penuh keajaiban

Tapi kepada anda, mungkin berlainan, anda mungkin melihat sesuatu yang menarik, orang-orang yang berselisih jalan dengan anda, bangunan-bangunan kedai yang cantik, barang-barang pameran yang menarik dan sebagainya.


Demikianlah semuanya menakjubkan yang terdapat di sekeliling kelalang kita. Tidak ada suatu apa pun yang Allah jadikan sia-sia.


Allah berfirman:


“Dan tidaklah  Kami bermain-main  menciptakan langit dan bumi  dan apa yang ada antara keduanya”. D-Dukhan:38


Mengenali keajaiban alam ini, khususnya kepada para pencinta alam, menjadi salah satu sumber kebahagian hidup kepada insan. Kerana yang sebenarnya yang ajaib itu bukan alam, tapi Pencipta keajaiban itu sendiri, iaitu Yang Maha Pencipta. Itulah rahsianya yang terbesar. Menemui keajaiban alam bererti seseorang itu bertemu dengan Allah, menikmati keagungannya


Itulah sebabnya seorang pengarang Arab yang termasyur menyarankan kepada manusia supaya mencari kebahagian mereka dari sumber alam. Katanya, sebagaimana diangkat Al-Marhum Bapak HAMKA:


“Carilah bahagia di dalam rimba dan belukar, di lurah dan di bukit-bukit, di kebun dan di kayu-kayu, di daun yang hijau dan bunga yang mekar, di danau dan sungai yang mengalir.


“Carilah bahagia pada sang suria, yang terbit pagi dan terbenam petang, pada awan yang sedang berarak dan sedang berkumpul, pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang terbang, pada bintang-bintang yang berkelap kelip dan yang tetap di tempatnya.


“Carilah bahagia di kebun bunga dekat rumahmu, di bandarnya yang baru dibikin, di barisan tanamannya yang baru di atur.


“Carilah di pinggir sungai sambil bermenung, di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah, ke dalam lurah yang dituruni.


“Carilah ketika mendengar aliran air tengah malam, pada bunyi angin sepoi-sepoi basah, pada persentuhan daun kayu ketika hendak lurut, pada bunyi cengkerik tengah malam dan bunyi katak di tengah sawah.


Dan carilah bahagia dengan persahabatan yang setia, pada memberikan si miskin derma, melepaskan hajat orang yang sangsara.


Dalam semua yang saya sebutkan itu tersimpanlah bahagia yang sejati, yang indah, mulia, murni, sakti, yang menyuruh faham menjalar, menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan, menghidupkan hati yang telah mati, mendatangkan kenteraman yang sejati di dalam lapangan hayat”.


Dunia ini memang penuh dengan keajaiban. Bermulalah dengan menanya tentang sesuatu, apa dia, kenapa, bagaimana  dan bila kemudian berusahalah untuk mencari jawapannya, dan ia akan menemukan anda kepada jawaban yang ajaib dan menakjubkan yang akan menjadi sumber kebahagian hidup anda.


Saya ingin mengulangi apa yang ditegaskan Almarhum Bapak HAMKA yang bermadah: “Mengapa kita insan ini tidak memerhatikan keindahan yang tersimpan dalam alam, tapi lebih sudi mencari cacatnya? Mengapa kita tidak memerhatikan keindahan yang memenuhi segenap  ruhani dan jasmani kita sendiri? Dan hanya mencari aib  dan cela orang lain? Mengapa kita hanya hendak memperkatakan keburukan niat, hasad dan dengki, tipu dan daya? Sempitkah dunia ini tempat bersemadi? Tempat orang menunjukkan bakti kepada Tuhan?”.


Ya carilah keindahannya, kerana keindahan itu satu bentuk keajaiban rahsia Ilahi yang akan membawa anda kepada kebahagiaan.


Dan: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata] “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka”. Al-Imran: 190-191.


Cari dan carilah rahsia keajaiban itu. Anda akan merasa nikmat ketika mencari, dan merasa lebih nikmat lagi bila menemuinya. Jangan malas dan jangan lokek, kerana si pemalas dan si pelokek tidak berhak untuk mendapat kejayaan. Jangan tutup mata anda untuk melihat kebenaran, nanti Allah butakan mata anda. Jangan tutup telinga anda, nanti Allah pekakkan telinga anda. Jika mata telah dibuta, telinga telah dituli, maka hati anda akan terkunci menyebabkan anda tersesat dalam terang benderang. Di takuti dalam keadaan begitu, anda bukan sahaja tidak bertemu dengan keajaiabn, malah akan kehilangan Allah. kerana hati telah terkunci.
































































































































































































Anda mungkin pergi ke laut, ke tepi pantai, melihat ombak yang bergulung-gulung, berdebur-debur melanda pantai. Di manakah  lautan itu mendapat tenaga untuk menggulungkan airnya dan menghempaskannya ke pantai?

Anda menundukkan kepala anda, di bawah tapak kaki anda dan sekitar terdapat pasir-pasir halus dan putih bersih. Siapakah yang mengisarkannya menjadikanya halus dan membersihkannya menjadi putih dan menghamparkanya sebagai sebahagian daripada permukaan bumi?

Anda mendongakkan
 kepala memandang ke laut, melihat kapal-kapal terapung di permukaan laut, bergerak ke haluan masing-masing. Apakah rahsianya?

Anda mendongak ke langit. Langit biru, awam-awam bertaburan di dada langit dalam berbagai-bagai bentuk. Bagaimana langit itu tidak jatuh menyerkup bumi, atau jatuh berkeping-keping menimpa kepala kita yang tersekup di bawahnya?

Anda  sendiri pun tentu tahu lautan mengandungi banyak khazanah-khazanah yang berharga, harata-harta yang berharga dan bahan-bahan yang boleh dimakan. Bagaimana ia terjadi, bila, di mana, dan bagimana untuk memperolehinya? Semuanya penuh dengan seribu tanda tanya?

Objek yang paling dekat ialah diri kita sendiri. Semua kejadian dalam diri kita penuh keajaiban. Mata kita, telinga kita,  perut kita, rambut kita, kenapa kita tidur, kenapa kita ketawa, mengapa dan mengapa, kerana semuanya yang ada pada kita penuh dengan keajaiban. Bagaimana ia bekerja, bagaimana ia bertindak. Bertanyalah dan bawalah berfikir.

Ia terletak di atas kesediaan anda untuk berfikir dan bertanya rahsia alam atau rahsia-rahsia Allah di sebalik yang tersurat’ Apa, siapa, kenapa, bagaimana dan bila? Kalau anda tidak mempunyai kesesdiaan untuk berfikir, sudah tentu anda tidak akan menemui rahsia keajaiban alam yang berselerak di sekeliling pinggang anda.

Katakanlah saya dan anda berada di sebuah bandar dan kebetulan sedang berjalan di lorong yang sama dan menghala ke arah yang sama.

Kepada saya tidak ada apa-apa yang menarik di lorong itu, baik pada kedai-kedai yang berderet di sepanjang lorong, orang-orang yang saya temui, aneka barang yang dipamerkan, semuanya perkara biasa yang sama sekali tidak mengusik perasaan dan menarik hati saya.




                                          bumi pun padat dengan keajaiban 


Tapi kepada anda, mungkin berlainan, anda mungkin melihat sesuatu yang menarik, orang-orang yang berselisih jalan dengan anda, bangunan-bangunan kedai yang cantik, barang-barang pameran yang menarik dan sebagainya.

Demikianlah semuanya menakjubkan yang terdapat di sekeliling kelalang kita. Tidak ada suatu apa pun yang Allah jadikan sia-sia.

Allah berfirman:

“Dan tidaklah  Kami bermain-main  menciptakan langit dan bumi  dan apa yang ada antara keduanya”. D-Dukhan:38

Mengenali keajaiban alam ini, khususnya kepada para pencinta alam, menjadi salah satu sumber kebahagian hidup kepada insan. Kerana yang sebenarnya yang ajaib itu bukan alam, tapi Pencipta keajaiban itu sendiri, iaitu Yang Maha Pencipta. Itulah rahsianya yang terbesar. Menemui keajaiban alam bererti seseorang itu bertemu dengan Allah, menikmati keagungannya

Itulah sebabnya seorang pengarang Arab yang termasyur menyarankan kepada manusia supaya mencari kebahagian mereka dari sumber alam. Katanya, sebagaimana diangkat Al-Marhum Bapak HAMKA:

“Carilah bahagia di dalam rimba dan belukar, di lurah dan di bukit-bukit, di kebun dan di kayu-kayu, di daun yang hijau dan bunga yang mekar, di danau dan sungai yang mengalir.

“Carilah bahagia pada sang suria, yang terbit pagi dan terbenam petang, pada awan yang sedang berarak dan sedang berkumpul, pada burung-burung yang sedang hinggap dan sedang terbang, pada bintang-bintang yang berkelap kelip dan yang tetap di tempatnya.

“Carilah bahagia di kebun bunga dekat rumahmu, di bandarnya yang baru dibikin, di barisan tanamannya yang baru di atur.

“Carilah di pinggir sungai sambil bermenung, di puncak-puncak bukit yang didaki dengan payah, ke dalam lurah yang dituruni.

“Carilah ketika mendengar aliran air tengah malam, pada bunyi angin sepoi-sepoi basah, pada persentuhan daun kayu ketika hendak lurut, pada bunyi cengkerik tengah malam dan bunyi katak di tengah sawah.

Dan carilah bahagia dengan persahabatan yang setia, pada memberikan si miskin derma, melepaskan hajat orang yang sangsara.

Dalam semua yang saya sebutkan itu tersimpanlah bahagia yang sejati, yang indah, mulia, murni, sakti, yang menyuruh faham menjalar, menyuruh perasaan menjalar ke dalam keindahan, menghidupkan hati yang telah mati, mendatangkan kenteraman yang sejati di dalam lapangan hayat”.

Dunia ini memang penuh dengan keajaiban. Bermulalah dengan menanya tentang sesuatu, apa dia, kenapa, bagaimana  dan bila kemudian berusahalah untuk mencari jawapannya, dan ia akan menemukan anda kepada jawaban yang ajaib dan menakjubkan yang akan menjadi sumber kebahagian hidup anda.

Saya ingin mengulangi apa yang ditegaskan Almarhum Bapak HAMKA yang bermadah: “Mengapa kita insan ini tidak memerhatikan keindahan yang tersimpan dalam alam, tapi lebih sudi mencari cacatnya? Mengapa kita tidak memerhatikan keindahan yang memenuhi segenap  ruhani dan jasmani kita sendiri? Dan hanya mencari aib  dan cela orang lain? Mengapa kita hanya hendak memperkatakan keburukan niat, hasad dan dengki, tipu dan daya? Semoitkah dunia ini tempat bersemadi? Tempat orang menunjukkan bakti kepada Tuhan?”.

Ya carilah keindahannya, kerana keindahan itu satu bentuk keajaiban rahsia Ilahi yang akan membawa anda kepada kebahagiaan.

Dan: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi [seraya berkata] “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari siksa neraka”. Al-Imran: 190-191.

Cari dan carilah rahsia keajaiban itu. Anda akan merasa nikmat ketika mencari, dan merasa lebih nikmat lagi bila menemuinya. Jangan malas dan jangan lokek, kerana si pemalas dan si pelokek tidak berhak untuk mendapat kejayaan. Jangan tutup mata anda untuk melihat kebenaran, nanti Allah butakan mata anda. Jangan tutup telinga anda, nanti Allah pekakkan telinga anda. Jika mata telah dibuta, telinga telah dituli, maka hati anda akan terkunci menyebabkan anda tersesat dalam terang benderang. Di takuti dalam keadaan begitu, anda bukan tidak bertemu dengan keajaiabn, malah akan kehilangan Allah. kerana hati telah terkunci.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Werd by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP