PENGKALAN CHEPA DENGAN MASJID SALAM YANG TERBELAI
>> Thursday, June 26, 2014
Masjid yang bersih
Pengkalan Chepa adalah salah sebuah tempat yang terkenal di Negeri Kelantan Darulnaim. Dalam sejarah Perang Dunia Ke Dua, Pengkalan Chepa terkenal bila Jepun mendarat di Pantai Sabak, kira-kira tiga kilometer dari situ.
Pengkalan Chepa terletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan kira-kira lapan kilometer
sahaja dari ibu Negeri Kelantan, Kota Bharu.
Laman yang luas
Pengkalan Chepa menjadi terkenal kerana Lapangan Terbang Negeri Kelantan yang dikenali dengan Lapangan Terbang Ismail Petra terletak di situ, yang merupakan salah sebuah lapangan terbang yang sibuk setiap hari di Malaysia.
Di Pengkalan Chepa juga terletak Maktab Perguruan Kota Bharu, kini Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Ia ditubuhkan pada tahun 1954 untuk mengganti maktab-maktab yang berada di luar negara untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi pendidik.
Di sini terdapat sebuah kem tentera
Salah sebuah penjara di Malaysia terletak di Pengkalan Chepa, di mana orang-orang
yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman menjalani hukuman penjara.
Pandangan yang menyejukkan
Kemudian wujud lagi berbagai-bagai institusi-intutsi penting berkaian dengan pendidikan.
Pusat Sumber Kementerian Pendidikan, kini dikenali dengan nama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan [BTP] terletak di Jalan Maktab, Pengkalan Chepa.
Di sini terdapat Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu.
Sudut yang menyegarkan
Dan di sini terdapat Sekolah Menengah Sains Kelantan yang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
Terdapat College of Technology [KTD].
Terdapat juga sebuah universiti iaitu University of Malaysia Kelantan.
Lorong dari tandas ke masjid
Dan satu perkara lagi yang tidak patut di lupakan ialah Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa yang terletak tidak jauh dengan penjara, BTP, dan Maktab Perguruan, di jalan yang sama, Jalan Maktab.
Dan satu perkara lagi yang tidak patut di lupakan ialah Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa yang terletak tidak jauh dengan penjara, BTP, dan Maktab Perguruan, di jalan yang sama, Jalan Maktab.
Saya telah agak lama tidak singgah di masjid As-Salam ini, dan hanya satu
pagi dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan singgah sekejap.
Mimbar masjid
Pagi itu saya lihat ramai orang yang singgah, dan bersolat, mungkin Solat Duha. Dari pakaian mereka, smart, ada yang berkot dan tertali leher menunjukkan mereka terdiri dari kaki tangan kerajaan dalam perjalanan.
Alhmdulillah, syukur kerana Masjid As-Salam ini kelihatan kemas dan bersih, di samping kawasannya luas dan terjaga.
Benarlah Ramadan tanpa rokok lebih berkat
Waktu saya sampai itu, ada beberapa orang sedang bekerja menyapu, membersih lantai, membelai dan menyiram pokok-pokok bunga. Ada pokok dari jenis yang berbunga dan ada dari jenis yang berdaun tanpa bunga.
Tandasnya bersih, tidak seperti sesetengah tandas masjid di negeri
ini kotor dan menjijikkan, dengan paip
air yang rosak, tiris dan bocor, dan dengan pintu-pintu yang rosak,
kebanyakannya tidak dapat diselak, kerana penyelaknya telah hilang. Justeru ada
sesetengah orang yang prihatin menyediakan ballpen atau pensil bila hendak
masuk tandas untuk digunakan sebagai penyelak pintu kiranya penyelaknya telah
lesap.
Dari tandas ke masjid ada sebuah lorong berteduh yang pendek untuk pejalan
kaki, di mana di kiri kanannya dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang
menyenangkan mata memandang.
Berhampiran di situ juga ada sebuah kolam kecil air pancur yang menambahkan
lagi keselesaan.
Di penjuru pagar masjid ada sebuah wakaf di mana orang ramai boleh berhenti
berihat. Malah saya pernah melihat juga orang menggunakannya utuk makan dan
minum makanan yang mereka bawa, seperti nasi bungkus.
Berhampiran dengan masjid pula disediakan tempat berihat berasingan untuk
Muslimin dan Muslimat di mana disediakan bangku-bangku yang khas di mana mereka
boleh duduk sebelum berwuduk atau selepas solat sebelum meneruskan perjalanan.
Bila saya masuk ke dalam masjid karpetnya seluas bangunan masjid yang luas
itu kelihatan bersih. Ada sekumpulan anak-anak gadis sedang belajar mengaji
al-Quran di sayap kanan masjid.
Air botol juga dijual dengan diletak di atas bekas bertingkat di tepi pintu
sebelah dalam masjid. Botol-botol air diletakkan di situ tanpa penjual dan hanya sebuah bekas wang sahaja diletakkan. Sesiapa yang
memerlukannya masukkan wang secukupnya ke dalam bekas tersebut sebagaimana
harga yang telah ditetapkan kemudian ambillah airnya. Terserahlah kepada
keikhlasan dan kejujuran para tetamu masjid.
Beli atas keikhlasan sendiri
Sesungguhnya pehak berkuasa ke atas masjid-masjid di negeri ini iaitu Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Istiadat Melayu Kelantan [MAJLIS] telah menggariskan beberapa tugas yang perlu dipatuhi oleh pegawai-pegawai setiap masjid, termasuklah menjaga bagunan masjid mereka, antara ketetapan itu ialah:
-Pegawai masjid hendaklah sentiasa menyelia hal kedaan bangunan masjid bagi
mukimnya supaya selamat digunakan oleh orang ramai untuk sembahayang jemaah
atau Jumaat.
-Kebersihan bangunan masjid hendaklah sentiasa terkawal dan bersih samada
di bahagian dalam mahu pun luar termasuk
siling, dinding, longkang, tandas, tempat wuduk dan halaman masjid.
Namun begitu masih ada masjid-masjid di negeri yang didapati tidak mengikuti garis-garis panduan yang disediakan oleh
MAJLIS itu. Akibatnya masjid mereka kelihatan terbiar dan tidak terurus, tidak
seperti Masjid As-Salam Pengkalan Chepa ini yang membanggakan.
0 comments:
Post a Comment