JIKA ANDA MENGANDUNG BERHATI-HATILAH DEMI KESELAMATAN
>> Sunday, June 22, 2014
JIKA ANDA MENGANDUNG BERHATI-HATILAH DEMI KESELAMATAN
Salah satu pengalaman penting kepada seseorang wanita ialah mengandung atau hamil. Memanglah secara necralinya Allah jadikan kaum wanita untuk mengandung, yang bertujuan untuk melanjutkan survival manusia di muka bumi ini. Justeru sejak dari wanita pertama di dunia, iaitu Hawa, salah satu fungsi utama wanita ialah mengandung dan melahirkan keturunan yang terus berkembang hingga ke hari ini.
Normalinya seorang wanita itu mengandung selepas melakukan persetubuhan
antara seorang lelaki dan seorang perempuan jika diizinkan Allah. Ia bermula
dengan pancaran air mani atau nutfah. Sebagaimana firman Allah, “Telah dijadikan
anak itu daripada air manis yang terpancar”. At-Taariq:6. Hanya Nabi Adam dan
Siti Hawa sahaja yang dijadikan Allah tidak bermula dari nutfah.
Oleh sebab, mengandung dan melahirkan anak itu merupakan proses yang
kompliketed dan memerlukan perhatian yang serius, khsususnya daripada ibu-ibu
itu sendiri, maka berbagai pelajaran, nasihat dan petua-petua khusus
disampaikan kepada sang ibu yang bakal melahirkan ini, demi kebajikan diri dan
anak yang bakal mereka lahirkan.
Nasihat-nasihat itu pada masa yang lalu disampaikan oleh mak-mak bidan dan
orang-orang tua, tapi hari ini doktor-doktor dan pakar-pakar perbidanan dan
juga pakar-pakar kesihatan tdak
ketingalan menyampaikan nasihat dan pesanan-pesanan kepada bakal-bakal ibu yang
akan melahirkan itu supaya melahirkan anak dengan selamat dirinya dan juga
anak yang dikandungnya itu.
Justeru memanglah wajar, Allah memerintahkan para hambaNya agar menghormati
dan berbuat kepada kedua ibu bapanya. Firman-Nya, “Dan Kami perintahkan
kepada manusia [agar berbuat baik] kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah
mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan
kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku-lah kamu kembali”. Luqman:14.
Di sini untuk faedah para isteri dan wanita yang bakal mengandung dan juga
ibu-ibu yang sedang mengandung dan keluarga mereka, khsusunya para suami, kita
petik dan siarkan petua-petua atau nasihat-nasihat yang pernah dikeluarkan oleh
Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk
perhatian kita semua. Semoga memberi manfaat.
Selamat membaca.
UNTUK MELAHIRKAN ANAK YANG SIHAT,
KESIHATAN IBU PADA MASA MENGANDUNG PERLU DIJAGA.
AMALAN-AMALAN BERIKUT WAJAR DIIKUTI:
-Makan Makanan Yang Mencukupi Dan Seimbang Stiap Hari
-Tidur Dan Rehat Dengan Cukup.
-Bertenang selalu. Sila Catatkan Tarikh Datang Haid Setiap Bulan Dan Beritahu Doktor Bila Puan Tidak Datang Hai
-Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik-Klnik Kesihatan Atau Hospital Seperti mana Yang Dinasihatkan Oleh Kakitantgan-kakitangan Kesihatan Secepat Mungkin Apabila Puan Mengandung. Ikutilah Nasihat Dan Temujanji Yang Diberikan.
1.UMUR IBU
Ibu yang dibawah umur 19 tahun.
-Ibu yang mengandung anak sulung ketika berumur 35 tahun ke atas.
2.BiILANGAN KANDUGAN
-Kandungan anak yang ke 5 atau lebih.
3.JARAK KELAHIRAN
-Kurang dari dua tahun
-lima tahun ke atas.
4.MASALAH PADA KANDUNGAN YANG LALU
Ibu mengalami masalah seperti:
-Tumpah darah semsa mengandung
-Tumpah darah seleaps mengandung
-Anak mati dalam perut.
-Keguguran berturut-turut lebih dari 2 kali pada kandungan-kandungan yang lalu.
5.PENYAKIT
Ibu yang mngidap penyakti seperti:
-Kencing manis
-Sakit buah pinggang
-Sakit jantung
-Penyakit lelah.
6,KANDUNGAN KEMBAR
-Ibu mengandung anak kembar.
7.KEDUDUKAN JANIN YANG LUAR BIASA
-Contohnya janin yang songsang.
8.KURANG DARAH
-Ibu yang pucat dan lemah.
9.DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG
Ibu yang mengalami:
-Tekanan darah tinggi
-Kencing kotor dan
-kaki bengkak.
10.PENDARAHAN
Tumpah darah semasa mengandung.
LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT PUAN AMBIL
JIKA TERDAPAT KEADAAN SEPERTI [1] HINGGA [10].
Puan tidak perlu bimbang kerana puan masih boleh melahirkan anak yang sihat
jika puan mengamalkan nasihat berikut:
1.DAPATKAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN DARI
-Klinik Desa
-Klinik-klinik Kesihatan
-Hospital yang berhampiran.
2.IKUTI SEEPENUHNYA NASIHAT YANG DIBERI OLEH KAKITANGAN DI:
-Klinik Desa
-Klinik Kesihatan
-Hospital
3.BERSALIN DI HOSPITAL
-Bila puan dinasihatkan berbuat demikian.
DAPATKAN KETERANGAN LEBIH LANJUT DARIPADA DOKTOR ATAU JURURAWAT DI KLINIK-KLINIK YANG PUAN LAWATI. REBUTLAH PELUANG INI DEMI KESIHATAN PUAN DAN ANAK PUAN.
IBU MENGANDUNG MEMERLUKAN PENJAGAAN KESIHATAN YANG SEMPURNA UNTUK KESIHATAN DIRI SENDIRI DAN UNTUK MELAHIRKAN ANAK YANG SIHAT DAN CERGAS.
Sekian. Semoga berfaedah.
0 comments:
Post a Comment