Habuk-habuk Yang Membawa Maut
>> Saturday, June 1, 2013
MEMBAWA MAUT
Pagi
semalam, sewaktu berdiri untuk memasuki kereta di tepi jalan di hadapan rumah kami
di Saujana Utama, Sungai Buluh, tiba-tiba saya merasa satu hembusan angin yang
kuat telah melanggar tubuh kami, dan menampar muka kami dengan debu-debu yang terkandung
di dalamnya. Saya segera memejamkan mata dan secara spontan memalingkan belakang
ke arah angin yang berhembus kuat itu.
Kalau saya tidak segera memejamkan mata, kemungkinan besar debu-debu dan
habuk-habuk dalam udara itu akan menerjah ke dalam mata saya seperti biasa.
Saya
teringatkan Pondok Rahmat Rahmat di Kota Bharu. Kadang-kala ktika saya berdiri
di halaman pondok bersetentangan dengan pintu pagar, sewaktu-sewaktu ada hembusan
angin yang agak kuat secara mendadak, merempuh
pintu pagar itu yang membawa bersama-samanya
debu-debu dan habuk-habuk yang menampar wajah saya. Dan kadang-kadang pula,
kalau saya tidak sempat memejamkan mata, debu-debu itu terasa menerpa masuk ke dalam
mata saya, dan kadang-kadang mengambil masa berjam-jam baru terasa ia hilang
dari dalam mata yang menimbulkan keadaan yang tidak selesa.
Mengancam Kesihatan
Habuk ialah debu-debu halus yang berada dalam udara di mana-mana sahaja di sekitar kita. Kita tidak dapat melihatnya ketika berada dalam udara, tapi dapat merasanya jika ia melanggar wajah kita atau menerbus masuk ke dalam matakita. Juga kita dapat melihat bila habuk-habuk itu melekat pada sesuatu benda, seperti di dinding-dinding rumah, tembok-tembok atau pada kenderaan dan gelas-gelas minuman.
Habuk ialah debu-debu halus yang berada dalam udara di mana-mana sahaja di sekitar kita. Kita tidak dapat melihatnya ketika berada dalam udara, tapi dapat merasanya jika ia melanggar wajah kita atau menerbus masuk ke dalam matakita. Juga kita dapat melihat bila habuk-habuk itu melekat pada sesuatu benda, seperti di dinding-dinding rumah, tembok-tembok atau pada kenderaan dan gelas-gelas minuman.
Kita dapat
merasa kewujudannya dengan lebih jelas bila angin berhembus kencang ketika kita
berada di tempat terbuka atau terdedah tanpa halangan, seperti di tepi-tepi
jalanraya. Kita dapat melihat dengan jelas, debu-debu yang terdapat dalam air bersih yang berada dalam mangkuk atau
gelas yang tidak tertutup dan terdedah dalam udara.
Biasanya
debu-debu atau habuk-habuk itu keluar dari sisa-sisa alam, berpuca dari tanah-tanah
runtuh atau pasir-pasir dan sebagainya yang hancur kerana sebab-sebab tertentu.
Debu-debu
juga dihasilkan oleh asap-asap pembakaran, khususnya yang dikeluarkan oleh kilang-kilang
perindustrian yang mencemari alam, terutama udara yang digunakan untuk
bernafas.
Debu-debu
juga dikeluarkan oleh janakuasa-janakusa yang menggunakan tenaga arang batu
sebagai bahan bakarnya.
Debu-debu
juga dikeluarkan oleh keenderaan-keenderaan yang berinjin seperti motosikal,
motokar, van, pick up, bas, lori dan sebagainya.
Gunung-gunung
berapi juga mengeluarkan debu-debu halus dan kasar, terutama di kala ia meletus
dan memuntahkan belerangnya.
Kehadiran
habuk-habuk dan debu-debu ini tidak diberi perhatian selagi kehadirannya tidak
menimbulkan problem yang serius kepada manusia, seperti menimbulkan gangguan-gangguan
terhadap kesihatan yang serius.
Sedangkan,
baik kita sedari atau tidak sedari, kehadiran debu-debu ini, terutama dalam
jumlah yang banyak di dalam udara boleh menganggu kesihatan manusia, khususnya
berkaitan dengan penyakit-penyakit pernafasan, seperti penyakit bronchitis,
asma dan amphysema.
Debu-debu
dalam udara ini tetap menjadi ancaman kesihtan kepada orang-orang yang mengidap
penyakit asma dan kapada mereka yang mempunyai hidung yang sensitif.
Debu-debu
ini akan berada lama dalam udara, terutama di tempat yang ramai dtinggali
manusia di kota-kota besar, seumpama Beijing, Hongkong dan Los Angeles.
Keadaan
begini boleh berlaku dalam semua keadaan cuaca. Namun begitu keadaan yang lebih
teruk berlaku ialah dalam musim panas, kerana udara terhalang untuk beredar dengan
sewajarnya.
Bila
habuk-habuk dan debu-debu itu berasak-asak padat dalam udara, ia boleh
menganggu keadaan cuaca, menghalang cahaya matahari dari menyinari alam, dan
pada waktu itu kita katakan jerbu.
Menurut
pakar, kalau keadaan pencemaran udara itu tinggi, keadaannya menjadi tidak
selamat dan merbahaya, Bacaanya ialah 80 bahagian perjuta atau 0.5 ppm ozone.
Dalam
keadaan seperti itu, mereka yang berada di luar, dinasihatkan supaya memakai
penutup hidung supaya lebih selamat daripada ancaman penyakit yang diakibatkannya.
Menurut
kajian, pada tahun 2010 pencemaran udara
telah merampas nyawa seramai 1.2. juta manusia dengan kematian yang tidak
matang di negara China.
Kajian
itu juga menunjukkan pada tahun 2010 itu sebanyak 3.2. juta kematian belum
matang telah berlaku di seluruh dunia kerana pencemaran udara, di mana dengan
jumlah tersebut negara China memberi sumbangan sebanyak 40 peratus daripada jumlah
kematian itu.
Demikianlah
kita lihat ancaman-ancaman daripada benda-benda yang halus dan seni yang boleh
manganggu kesihatan para makhluk, khususnya makhluk manusia, dengan ancaman
yang serius jika tidak diberikan perhatian yang sewajarnya.
Debu
Meracun Jiwa
Di
samping itu ada lagi sejenis pencemaran yang amat merbahaya, iaitu pencemaran
kerohanian yang boleh merosak dan memporak-perandakan akidah dan jiwa manusia. Debu-debu pencemaran ini
disebarkan oleh musuh-musuh Islam yang memang sentiasa berusaha untuk merosak
dan membinasakan umat Islam dan agama Islam yang suci itu. Pencemaran ini telah
lama dilakukan, iaitu sejak kewujudan agama Islam lagi.
Debu-debu
pencemaran itu disebar menerusi beraneka wadah yang menarik, seperti menerusi
teori-teori, amalan-amalan, kepercayaan, seni, budaya, hiburan, seks dan
sebagainya yang telah merebak ke santero dunia hari ini. Ia disebar menerusi
berbagai-bagai saluran yang luas dan berkesan pula, seperti bahan-bahan bercetak,
radio, tv, kaset, viedo dan sebagainya. Penyebaran debu-debu yang beracun ini
menimpakan kesan yang besar terhadap manusia, khsusnya generasi muda, walaupun
berpendidikan tinggi tapi rendah darjah kerohaniannya.
Debu-debu pencemaran kerohanian ini amat merbahaya. Ia memberi ancaman yang berat terhadap akidah. Bila akidah telah rosak, maka rosaklah jiwa keIslaman seseorang. Maka dengan itu rosaklah imannya. Bila iman telah binasa, maka tidak ada apa lagi yang tinggal sebagai umat Islam, selain daripada nama Islam dan sebuah kerangka yang kering dan mati, yang tidak mempunyai apa-apa makna lagi kepada kehidupan keIslaman seseorang. Orang seperti itu dengan senang mudah gugur Islamnya.
Jaga-jagalah
diri kita daripada menjadi mangsa debu beracun yang disebar menerusi kaca-kaca
tv dengan rancangan yang boleh merosakkan akhlak kita. Berhati-hatilah dengan
pengelihatan kita, supaya mata kita tidak terpedaya dengan pandangan-pandnagan
yang dibungkus dengan debu-debu penyakit yang boleh merosakkan iman kita? Berhati-hatilah
dengan pendengaran kita, supaya telinga kita tidak dijangkati oleh debu-debu berkuman yang disebar
menerusi muzik-muzik, dan lagu-lagu yang boleh merosakkan moral? Berhati-hatilah
ketika mendengar ucapan-ucapan yang penuh penipuan dan pendustaan yang berbaur
dengan fitnah-fitnah dengan memutar-belitkan kenyataan dan fakta-fakta yang
dipalsukan?
Tegasnya
kita hendaklah sentiasa awas dan waspada dengan debu-debu beracun yang boleh
mrosakkan jasmani dan rohani kita ini demi kesihatan lahir dan batin kita. Segala
debu-denu beracun itu hendaklah dibersihkan. Tidak cukup dengan berlindung dari
ancamannya, tapi kita mesti menentangnya habis-habisan untuk menjaga iman dn
takwa kita sebagai orang Islam sejati.
0 comments:
Post a Comment